Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Siape taknak cantik oiiii? Part 1

Bila korang start pandai pakai minyak wangi? Sejak bila pandai bersolek? Siapa nak jadi cantik?
Setiap manusia yang hidup kat muka bumi ni mesti ada jawapan sendiri untuk soalan-soalan di atas ye tak? Eleh..jangan tipu. Mesti korang start dari curi-curi mak, abang, kakak atau sapa-sapa punye lah kan.. hehehe..

Seingat aku la, aku start mule nak cantik-cantik ni lewat sikit. Tapi aku lebih suka pada wangi-wangian terutamanya minyak wangi.
"Banyak2 anak mama, ko dengan abang ko je pakai minyak wangi macam mandi minyak wangi" -mama
Ye,mula-mula aku belajar pakai minyak wangi ni curi-curi dari abang punya, wakakaakakak... Dulu dia suka pakai minyak wangi Body Shop. Nasib baik affordable uols,bau pun sedap. Zaman2 tu mana ade perfume roll-on bagai, paling cikai yang main selet2 tu haaa..
 botol rupe ini la yg aku curi2 selet abg aku nye minyak wangi..lol

Aku ingat lagi dia suka bau white-musk,bila dia gi keje aku amik sket selet kat tangan aku.. hahaha..
Pastu bila dah besar sikit da pandai simpan duit walaupun dari belanja sekolah,bila pegi jalan2 kat KL/Melaka masuk Body Shop boronglah apa lagi.. LOL
Sekarang jangan kata botol selet2,yang botol spray, berapa ml,bau jenis apa, semua aku dah try.. hohoho

Kalau boleh semua perfume aku nak beli,tapi harganya ya ampun boleh buat belanja dapur sebulan. Agak2 tak mampu beli yg pati perfume yang murah2 mcm One Drop Perfume tu ha,jadilah asalkan bau tahan 1-2 hari.. kekekek.. Hari tu masa pegi Kuching sambar 2 botol Ninna Ricci yg botol apple tu.. murah uols,beli ler.. ehemm.. duit mak aku pas pencen, kecek je dapat.. wakakaak... Sekarang dah ada bisnes sendiri br la mampu nak beli sedebab yang mahal sebijik dua,alhamdulillah... hari tu dapat rembat Armani Diamond satu kat midvalley, puas hati, terasa diri ini seperti Beyonce uols.. wakakakak... pasni ntah 5-6 bulan lg br beli kot...


Bab solek2 plak,ermm..bila ek? Aku rasa dah lepas sekolah kot dan sebelum masuk UiTM. Kebetulan pulak uols,course yang aku amik kat UiTM tu Tourism Management kena student yang berpakaian kemas,imej itu penting ok. Sampai pegi kelas kena solek bagai lecturer mau tengok appearance sorang2.. perghhh... nak tak nak harus lah jugak conteng muka dgn warna2 yg berkenaan.
Masa tu apa yang aku ada benda2 basic je mcm compact powder,lip gloss, eyeliner, blusher dan eyeshadow. Lepas cuci muka, sapu toner, tepek moisturizer contenglah muka apa yg patut.. lol takde nak makeup base la, foundation la, bb cream la bagai.. tak reti lah mak uols... conteng asal cukup syarat jeee...

Tapi dalam zaman2 kat uitm tu gak la aku mencuba product itu ini, ade yang berkesan, mula2 je pakai pastu lupa entah ke mana, hilang lah ape lah. Tak konsisten pakainye.. itu ler masalah aku...




Bersambung... penatlah nak taip panjang2..

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


Domestic Overseas....

Ok, sebenarnya entri ni dah lama.. Tapi tiba-tiba ada orang komen, iaitu Shee. Huhuh..
Gambar-gambar ni diambil masa aku dengan classmate pergi buat assignment untuk Tourism Marketing. Kitorang kena buat documentary untuk promote tempat ni.

Nama tempat ni Tropical Village. Lokasinya di Ayer Hitam, Johor. Kalau dari rumah aku dalam 40 minit je. Group aku cuma 4 orang. Sebenarnya aku buat kat sini pasal nak save budget, haha taknaklah buat jauh-jauh. Kawan-kawan yang lain tu 2 orang dari Kelantan, seorang dari Terengganu. Alang-alang dah dekat dengan rumah aku, dorang tido jerlah kat rumah aku, daripada pergi jauh-jauh pastu nak tido hotel la apela kan. Makan tidur pun FOC je, hahahah.

Tempat ni nak kata macam theme park, tak jugak. Kawasan pun takde la luas mana pun. Kat dalam tempat ni ada mini-world landmarks macam Statue of Liberty, Eiffel Tower, Grand Pyramid and Sphinx of Egypt, Taj Mahal, dan lain-lain lagi. Selain dari tu, ada Ghost House dengan Alien House. Aku cuma masuk kat Alien House aje, tapi sound efek dalam tu dari rumah hantu. Dahla gelap nak mamp**.. Memang tak nampak ape2. Alien pun nampak cuma samar-samar je.

Kalau tengok video masa kitorang dalm rumah alien tu, mesti korang gelak. Tapi mana ntah videonya..ishh..
Korang layan jer lah gambar kat bawah ni ek.



















Kembali ke zaman 'sekolah'!!~

Kepada adik-adik, rakan-rakan, cikgu-cikgu, kerani-kerani sekolah, tukang kebun sekolah, makcik/pakcik/abang/kakak kantin.... Selamat kembali ke sekolah!!!!!

Ahahahaha...
Hari ni hari persekolahan pun bermula, begitu juga dengan pusat pengajian tinggi awam semester juga bermula hari ini...
Teringat aku zaman budak-budak dulu, masa mula masuk darjah satu dulu, kalau budak lain ditemani mak bapak ke sekolah, tapi aku tidak. Kakak aku yang temankan aku, lebih kurang seminggu rasanye. Aku pun tak berapa ingat. Masa tu akak aku umur 16 tahun. (tak sekolah ke beliau??) Hahahah.. ntah, tak la tu kot. Lagipun masa tu dia nak masuk sekolah Vokasional kat Muar, kemasukan die lambat sikit rasenyer.

weii budak-budak, amacam? best tak sekolah?
apsal muke dak kecik JunPyo sentap semacam jek?

Aku pun dah tak ingat sangat zaman-zaman tuh. Tapi yang aku tau lepas habis akak aku teman aku gi sekolah, makcik aku yang selalu hantar/ambik aku balik sekolah. Mak dengan ayah aku cikgu, sekolah pagi plak tuh, mane la sempat nak hantar/ambik aku, sekolah dorang jauh di kampung aku Parit Sulong, tapi sekolah aku betul2 kat bandar Batu Pahat.

wuuuuuu.. takmo gi sekolah!!!!!!

Tapikan, seriously la aku bagitau ni, aku memang malas nak pergi sekolah. Ahahaahha.... kadang-kadang bile malam nak tido tuh siap nangis mengenangkan esoknye kene bangun pagi nak pergi sekolah weh, hohohoo..giler buruk betul perangai. Malas2 sekolah pun masa darjah 1 tu periksa akhir tahun dapat nombor 3. Masa darjah 1 aku kelas hijau. Tapi ditukar ke kelas biru masa darjah 2 sampai 5. Masa tuh kelas biru ni kelas budak pandai, diikuti kelas kuning, hijau dan merah. Secara jujurnya, bila aku dah masuk kelas biru aku rasa macam tak berapa nak masuk kepala sangat dengan budak pandai2 ni. Masa darjah 4 tuh aku dah masuk angin sikit, malas...fedap dowh dengan kawan-kawan dan cikgu. Bile darjah 5 pulak jangan kate masuk angin, ntah ape anasir jahat/setan masuk dalam kepala, periksa akhir tahun teruk giler tu yang kene masuk kelas kuning. Hahahahahah....


Aku sedar bila masuk kelas kuning masa darjah 6 tuh, aku cam happy jugak.. sebab kelas member-member sume layan kepala, cikgu kelas pun sporting habis. Puan Halina..wohohoho walaupun die agak garang tapi dia best. Kawan2 sekolah yang still rapat pun majoriti dari kelas kuning. Bila aku masuk kelas kuning plak, exam akhir tahun aku dapat nombor 3... hahahaha bangga dowh! Tapi UPSR dapat 3A jek... cehh, target dapat 4A.

ni muke bajet sopan jer ni dengan uniform sekolah, boleh percaya ke sampai sekolah ni? ke nak cover line je dengan wat muke camtu?

Bile masuk sekolah menengah...hurmmm.. lagilah aku masuk angin. Sikap malas nak pergi sekolah tuh makin menjadi-jadi. Kadang-kadang badan je dalam sekolah, pale hotak ntah ke mana. (ye aku bukan pelajar contoh!..boo!!) Pergi kelas, masuk aktiviti itu ini, kerja sekolah buat...tapi semua benda aku buat dengan niat terpaksa. Hurmmm, manela nak berkat ilmu. Hahahah..serious weh aku memang buruk perangai zaman2 tuh. Tapi nasib baik la budak2 kat kelas aku ni memang stok layan kepala laa walaupun dalam kelas tu ade geng2 tertentu.

haaa.. tu tengok2 jam, tersengih-sengih tu, komplot jahat ape lagi la yang korang nak buat ni... insafla weii, muke jambu2 pun ade hati nak jadi budak jahat...hhmmppfftt!~

Masa zaman tuh, kalau aku betul2 malas gi sekolah memang aku ponteng merayap ke mane-mane ntah, lebih-lebih lagi masa form 1&2, pulak tu sekolah petang. Dalam beg dah bawak baju siap2. Hahahahaah.. aku buat bukan sekali weh, banyak kali tu. Aku memang tak suke sekolah petang ni, cepat penat dan mengantuk. Jangan kate ponteng sekolah, ponteng kelas, kantoi bawak handphone, bawak majalah, macam2 lagilaa. Tapi bile ade aktiviti yang bukan berkaitan dengan pelajaran kat sekolah macam hari keusahawanan tuh, aku la paling rajin tolong. Bile naik form 3 aku dah ok sikit lah... sikit je, bwahahahaha!!

alang-alang ponteng tu, kite enjoy laa... lalalalalalla
(amboi, senangnye hati!!)

Cuma aku tak puas hati masa nak masuk tingkatan 4. Aku dimasukkan ke kelas sains tulin, padahal kalau nak ikutkan result PMR aku yang cuma 1A untuk BI dan banyak B & C untuk matapelajaran lain. Gila ke ape. Sains dahla C, bila masuk kelas sains dah tentu aku kene belajar BIO, Fizik, Kimia, Sains Pertanian yang memang aku tak minat. Orang lain mintak tukar kelas Sains Teknikal sebab ada subjek IT dapat, aku tak dapat plak. Giler frust aku... Tengok apa dah jadi dengan result SPM aku...cehhhh!!!!!

oh, dunia! Lihatlah dunia!! Setelah bersusah-payah, aku berjaya menamatkan pengajian ku di menara gading. woohoo!!!
(cam tak sesuai je statement di atas dengan muka sopan beradab tatasusila dia ni)

Walaubagaimanapun, aku tetap berjaya menjejakkan kaki ke IPTA ok!! Hohoho... sapa kate malas takleh berjaya, tengok jugak tahap kemalasan yang macam mane ye tak. Pokok pangkalnye diri sendiri.

Sejujurnya zaman kat IPTA is the best!!! Zaman pengajian tinggi dengan sekolah banyak beza tau adik-adikku. (cehh poyo jek cakap camtu) Bile masuk UiTM makin bertambah gile2 la perangai aku, dapat pulak course Tourism yang banyak trip sana-sini, fuhhh seronok siot!!!! Organize itu ini, penat memang penat, tapi pengalaman dan pengetahuan yang kite dapat berbaloi-baloi. Bila assignment banyak, time tu la bersengkang mata tak tido, pegi kelas muke macam mayat, kadang-kadang tak mandi weh... ahhahahahaha
Walaupun tempohnye cuma 3 tahun, (untuk muke2 extend 3 tahun setengah la macam aku..hahah) banyak benda yang dapat belajar, tentang persahabatan, kehidupan, sosial, macam2lah.

Alhamdulillah, anak-anak Puan Rosdiati Minhaj dan Encik Md.Sindi Sabilan semuanya produk UiTM~~~~

Memori 2009

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2009...
Dan ini juga entri aku yang ke-200, setelah beberapa tahun aku mule memblogkan diri..
Aku lalui hari-hari sepanjang 2009 dengan biasa-biasa je...

Januari
  • Masih lagi belajar kat UiTM Melaka walaupun sepatutnye aku dah grad macam kawan-kawan 1 batch yang lain..tapi kawan2 lain yang same-same extend ade gak. Hihihi..
  • Buat pinjaman kat AgroBank sebab mane ade loan lagi nak tanggung aku belajar weii..nasib baik dapat walaupun tak berapa nak cukup.
Februari
  • Aku meninggalkan dunia blog untuk seketika sebab masih belajar lagi.
Mac
  • Ade tarikh yang memang aku takkan lupekan dalam bulan ni sampai bila-bila.
  • 1 day trip to Putrajaya untuk siapkan documentary, assignment ni weiii!!
  • Video editing yang menggiler!! Buat sampai tak tido malam, nak dubbing suare lagi.
April
  • Birthday housemate aku, kitorang kene kan dia kaw2 sampai kotor rumah! Mandi kunyit, tepung, bedak..ahahah macam-macam bau ade wei.
  • Bulan ni jugak laa pulun carry mark untuk final exam, penuh dgn test, quizzes, assignment yang macam #$%^&*(*&^%#$%^
  • Mulanya final exam...
  • Buat BBQ Party kat rumah sewa..happening giler weh!
Mei
  • Masih lagi dalam minggu exam....dalam minggu ni jugak la kitorang berfoya-foya sakan, sebab banyak gap antara 1 subjek ke 1 subjek..lepas tu study macam org giler.
  • Exam ni la jugak menentukan aku boleh grad ke tidak, sebab ade 1 paper tu aku dua kali fail, ahahahah...accounting memang bukan bidang aku laa..hhmmppffttt!!
  • Bulan ni jugak adalah birthday aku... Cisssss, kene mandi air sabun dengan bedak plak..
  • 1st time pergi Air Terjun Gunung Dato'...best wohh!!~
Jun
  • Habis belajar duduk rumah, bulan ni jugak aku start mengadap internet sampai lebam weii..
  • Pulun tengok drama Jepun/Korea habis-habisan..
  • Dapat result exam. Alhamdulillah, aku lulus semua. Yiipppiiee!!~
Julai
  • Kembali memblogkan diri..secara aktif.
  • Mule kenal dengan geng-geng GO. Blog2 dorang memang wajib singgah..
Ogos
  • Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52. Tahniah!!
  • SS501 ade kat Kota Kinabalu shooting DVD terbaru. (perlu ke masukkan bende ni?..ahahah)
September
  • SS501 fan-meeting kat One World Hotel PJ, bulan puasa plak tu weii. (poyo je, bukan ko pegi pun) Geng2 bloggers lain semangat pegi walaupun tak dapat jumpe SS501 depan mata.
  • CD SS501 yang aku kirim kat Waiem masa fan-meeting hari tuh sampai sudah. Yahoo!!!
  • Hari Raya paling tak best dalam hidup. Menyakitkan hati!!!
Oktober
  • Hari konvokesyen ku!!
  • Dapat tengok Lee Min Ho depan mata weii!! Terkesima aku sekejap..selalu tengok kat tv/monitor pc jer. Tak dapat autograph pun tak kisah janji dapat tengok dengan mata aku sendiri. Nice view dowh!~ Memang hadiah hari konvokesyen yang terbaik aku bagi kat diri sendiri. Hahahaha...sanggup tunggu dari pagi sampai petang, berdiri untuk beberapa jam.
  • Hari paling sibuk aku dalam bulan ni la, turun naik KL/Subang beberapa kali nak settlekan banyak hal.
  • Virus URB sudah mula menular dikalangan Netizens (drama You're Beautiful). Kerana drama ni semua orang jadi tak senang duduk.
November
  • Birthday mak aku.
  • Hari persaraan mak aku jugak.
  • Handphone kesayangan gua hilang! !@#$%^&^%$#@#$%^&*()
  • Dapat handphone baru. Hahahahahah
  • Hari Raya AidilAdha.
  • Kenduri kesyukuran, potong jambul anak sedara aku yang ke-2. Senang cerita bulan ni jugak memang bz.
  • Shopping barang-barang baru untuk rumah.
  • Aku fail untuk dapatkan lesen P. !@#$%^&*!@#$%^&
  • Kim Joon kene H1N1, tapi cepat je dah sihat. (perlu gak ke masukkan yang ni?)
Disember
  • Berjaya mendapatkan lesen P.
  • Masih aktif memblogkan diri hingga kini.
  • Frust tak dapat pegi Sundown Festival kat Singapore.
  • 'collapse' lepas balik dari JB, mabuk semacam..adeh! Tapi pastu tak pasal-pasal geng bloggers ucap tahniah..ape kes?? Sapa bawak gossip nih? Ahahahaahah
Aku malas nak cakap pasal azam tahun baru, sebab biasanya memang tak tercapai pun azam tuh, cuma berharap hari-hari yang akan datang akan jadi lebih baik dari sebelumnya...
Selamat Tahun Baru untuk semua :)
Related Posts with Thumbnails