Showing posts with label Jung YongHwa. Show all posts
Showing posts with label Jung YongHwa. Show all posts

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


CNBlue - Official Fanclub Name

Hello.
I'm in charge of the FNC MUSIC's Fanclub.

First we would like to say our thanks to
all the fans who loved CNBLUE's first album [Bluetory].

Due to all the love and support from the fans
we have decided to get a name for the official fanclub of CNBLUE.

The fanclub name for CNBLUE
Will be chosen by CNBLUE members themselves from the ideas that you guys provide.
To the person that gets their idea chosen, there will be a gift of gratitude as well.

[ Time periods to request ]
- 2010.03.11 ~ 2010.03.18 at 12 o'clock


[ Informations for participation ]
- Title : Fanclub name / Your name / Contact number /
- Details : ① Your name
② Contact number
③ Fan club name
④ The meaning of the fanclub name
- Where to send to : fncmusic2@hanmail.net

[ The method the name will be chosen ]
① 1st Stage : From all the mails sent, we choose 5 that are the most common
② 2nd Stage : After that, we narrow it down to 3 different ideas after a round of voting
③ Last Stage : As the last step, with the 3 narrowed choices, CNBLUE members and the FNC Music will make a decision.
That becomes the fan club name.


[ Warning ]
- If your title and details are not in that format, you will be disqualified.
- Make to write the fanclub name and the fan club description clearly.
- All the mails sent after 12 o'clock of March 18th will be automatically eliminated, so please check for the time period.
- We won't receive any mails asking questions

The fan club name for CNBLUE,
Please make it with your creative ideas.

We will be waiting for the awesome ideas of CNBLUE fans

Thank you.

Credit: Translations By: aoistars @ CodeAzzurro
Source: cnblue.co.kr


Korang!!!! Joinlaa.. mana tau suggestion name korang terpilih ke. Spread the news, mana tau nanti CNBlue boleh datang Malaysia ke wat konsert or fanmeeting. Huhuhu...
Please join http://cnbluemalaysiafc.blogspot.com

BLUETORY Territory


uhuk uhuk kuhekk kuhekk kohookkk kohokkk... batuk macam orang nak mati dah, aduh! Sakit betul otak, mana taknye batuk je sakit sampai kepala. Ulcer kat tekak belum baik sepenuhnya, ni semua kesan daripada aku demam masa kat Sarawak hari tu. hmmpppffttt!!!
Dan buat kesekian kalinya intro takde kena-mengena dengan entri.. ahahahah

Tadi aku cek status barang yang aku beli kat yesasia.com barang dah shipped, pastu aku cek kat courier DPex plak, status delay. Bengang betul aku, kalau nak ikutkan dah sampai awal, tapi biasalah mesti sangkut dekat airport punya.
Tiba-tiba 'waetoriya waetoriya..daridiridaraduuuuuu' handphone aku berbunyi..

yoboseyo...
Hello, assalamualaikum... nak tanya, awak nama Kimchi kah?
Waalaikumussalam, aaa saye la tu.
Haaa, baguslah..saya nak hantar barang yang awak order dari Yesasia ni. Awak ada kat rumah ke?
o0oo0..ade2. Silalah jemput datang..buat cam rumah sendiri.

Sukanya dalam hati, sebab barang yang ditunggu2 sampai juga. Padahal tadi cek status kata delay.
Jeng jeng jeng... inilah barangnya..

CD CNBlue Bluetory
JungShin: Akhirnya sampai juga rumah Kimchi noona.
JongHyun: Dah sampai eh? Errr..malu la
YongHwa: Cool tak kulit album we all?
MinHyuk: Err, nak kena main drum ke nih?

Isi dalam.. macam buku ABC pun ye jugak, tulisan besar2..ahaha
yang belah kiri tu macam mini photo book siap dengan lirik lagu








jelingan yg membunuh!

Ni back cover album..
macam beratur nak masuk kelas pulak..hehe

Album ni harga sangat berpatutan, takde la mahal macam album SS501 tu (cehh mahal pun ko beli juga kan..poyo) Tapi yang tak best nya, kulit album punya kualiti kertas dia macam kulit buku sekolah yang warna coklat tu punya kualiti. Mungkin juga salah satu sebab album ni murah. Hahahah.. Lain-lain semua ok lah.

Padahal lagu-lagu dalam mini album ni semua aku dah download bila album ni release, tapi minat punya pasal beli juga. Semangat betul. Takpe, lepas ni aku simpan CD ni elok2 dalam kotak dengan CD original yang lain. Huhuhu..

****Budak JongHyun ni punya mata boleh membunuh betul la. Mata jenis menjeling tajam betul. Patutla YongHwa kata kalau dalam You're Beautiful dia ni Hwang Tae Kyung..ahahahaha. Bila senyum saling tak tumpah macam JaeJoong DBSK.****

JiHoo sunbae vs ShinWoo hyung








Aku memang dah lama nampak persamaan dorang berdua ni. Baru sekarang je nak tunjuk, sebab takde gambar yang sesuai.

Rupa ada la sikit hampir sama.

Bakat main gitar, pandai nyanyi.

Pandai wat muka seksi.. miahahahahah.. Tapi seksi lagi YongHwa sebab suka main bibir..

Berlakon drama dengan membawa watak yang lebih kurang sama. Sorang firefighter, sorang anjell. Kiranya penyelamat wanita lah..

Rambut dulu dan sekarang pun macam sama jugak.

Credit pic as labeled.
Related Posts with Thumbnails