Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

JiHoo sunbae vs ShinWoo hyung








Aku memang dah lama nampak persamaan dorang berdua ni. Baru sekarang je nak tunjuk, sebab takde gambar yang sesuai.

Rupa ada la sikit hampir sama.

Bakat main gitar, pandai nyanyi.

Pandai wat muka seksi.. miahahahahah.. Tapi seksi lagi YongHwa sebab suka main bibir..

Berlakon drama dengan membawa watak yang lebih kurang sama. Sorang firefighter, sorang anjell. Kiranya penyelamat wanita lah..

Rambut dulu dan sekarang pun macam sama jugak.

Credit pic as labeled.

Top Ten Voice

Ok, kali ni aku nak buat entri seringkas yang boleh. Sebab otak ada beku sikit plak malam ni. Aku malas nak explain panjang-panjang.
So now, introducing..my top ten Korean male singers. (aku main list aje, takde nak ikut turutan..sebab dorang ni terlampau best, taktau nak rate dari 1 sampai 10)

1. Kim Tae Woo
Sapa yang tak kenal dengan bekas ahli kumpulan G.O.D ni. Lepas menamatkan military service, beliau keluar dengan album T-Virus yang meletup dengan lagu Love Rain. Suaranya yang lantang tu tak padan dengan badan besar ala-ala Gom itu. Gom tu dalam bahasa Korea maksudnya beruang. Pada tahun 2006, beliau juga telah mengeluarkan album solo iaitu Solo Special. Pastu untuk Krismas 2009 dia tukar lagu Love Rain tu jadi Love Snow.


Cuba dengar kat 4.02, gile boleh capai high note tuh wehh!

2. Shin Min Chul
Siape die ni? Mesti ramai yang tak kenal. T-Max? Kenal kan? Dialah lead vocal/leader kumpulan T-Max. Almost Paradiseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...haaa tang tu suara dia lah tu. Aku suka suara dia ni yang ala-ala nasal tone itu, agak seksi ok. Hahahaha...


3.Kim Hyung Joon
Yessssss!! Second lead vocal in SS501. Aku juga suka suara Baby ni, suara die pun ala-ala nasal tone macam Shin Min Chul. Masa mula-mula kenal SS501, I was like 'uhh..whose voice was that? sexy nye suare' hahahah.. Dia nyanyi lagu James Ingram - Just Once sedap jugak, Lagi satu lagu Ne-Yo - So Sick, not bad..ignore jer la sebutan tuh, paham2 sudah.


4.Fly to the Sky
Aku mula terpikat dengan suara diorang ni bila aku dengar lagu Sea Of Love lebih kurang 4-5 tahun lepas. Masa tuh zaman-zaman aku tengah gila drama Taiwan, tengok variety shows pun yg dari Taiwan punya, tiba-tiba ade keluar video klip lagu ni, terus jadi suka. Aku suka suara HwanHee lebih dari Brian. Brian pun not bad jugak. Beberapa tahun lepas tu dorang ni gerak solo, HwanHee dengan lagu Because I Missed Your Heart.


5.Park Jung Min
Ehem-ehem, chenta hati aku yang sorang mana boleh lupa, ngeh3. Dia ni pun suara tak padan betul dengan dia yang gila-gila tuh. Kagum jugaklah aku dengar lagu-lagu solo dia. Low tone suara dia mahal tuh beb. Kadang-kadang aku ada jugak tiru suara dia ni, pastu gelak-gelak..hahaha


6.Heo Young Saeng
Mamat camwhore dan lead vocal dalam SS501 ni memang terbaik lah suare dia. Sumpah tak tipu. Aku mula recognize suara dia masa lagu Find. Sebelum tu aku tak ambil kisah pun dalam group tu mana satu suara siapa. Aku memang suka giler2 kat lagu Find, kemudian barulah aku nak ambil tahu pasal suara masing-masing.
Cuba tengok kat video ni, walaupun dia nyanyi ada pancit sikit tu tolak tepi ajerlah. Lagu tu key tinggi ok.



7.Lee Hong Ki
Budak rambut karat ni sapa yang tak kenal. Suara beliau yang serak-serak basah itu boleh menggoda telinga aku ok. Hahahaha... Walaupun umurnya begitu muda, tapi suaranya tidak melambangkan umur beliau.


8.Kim Jong Gook
Abang badan ketul-ketul tapi suara kecik ni pun best jugak suara. Walaupun suara agak kepit, tapi bukan sebarang kepit, mantap yeewwwwww... Hehehe... Suara dia ni selalu sangat artis-artis lain tiru termasuklah aku...ahahahah


9.Lee Seung Gi
Chenta hati aku yang sorang lagi ni. Hahahah oh, he has beautiful voice. Genre lagu yang dia nyanyi pun stok ballad song, maknanya memang semua lagu jiwang lah. Tajuk-tajuk lagu pun semua stok bunga-bunga macam Will You Marry Me. Agak-agak nak feeling jiwang sebelum tido atau terus nak tido dengarlah lagu dia.


10.SHINee
Ahaaa.. ini boyband stok anak-anak ikan punya. Walaubagaimanapun, dorang punya suara pun boleh tahan jugak. Sapa layan Boys Over Flowers mesti tau lagu Stand By Me, dari situ la aku kenal diorang. Ternyata suara mereka tak mengecewakan aku, nyanyi live pun still best.


Ok dah. Aku cuba buat yang paling ringkas pun tak ringkas jugak. Sebenarnya banyak lagi suara artis lelaki Korea yang aku suka, tapi tak cukup tempat. Nak 10 je kan, kalau banyak2 mau aku letak sampai berpuluh-puluh kang.

MinHo oh MinHo

Kenapa dengan MinHo?
MinHo mana satu?
Kenapa pilih tajuk MinHo?

Ngeh3...ok2, aku rase entri kali ni agak...ermm, ntah ek.. Bagi aku cam kelakar pun ade gak. Meh, aku cerita...

Jumaat minggu lepas kan aku lepak gi KL, stay kat Boulevard Hotel Midvalley, berbaloi-baloi jugak, saje nak buang-buang masa dengan family. Sebelum pergi KL lagi aku dah rancang nak pergi rumah MinHo kaler pink tu sebab nak beli barang. Kenapa aku panggil rumah MinHo? Sebab dia duta produk Etude House.. Heheheh...

Selamat Datang ke Etude House!!
(awek ni laa yang aku mula-mula aku nampak kat rumah MinHo..aishh stand-picture ajerlaa)

Hari Sabtu aku check-out hotel terus gi Sunway Pyramid. Dah lame aku tak jejak Sunway Pyramid tuh, masa nak carik pintu masuk parking pun dah blur, aku main tunjuk je jalan kat bapak aku nasib baik betul. Masuk je Sunway Pyramid tu, ommmakkk aihhh...mana satu nak pegi dulu. Makin besar, dah tak macam dulu, silap-silap boleh lost. Agenda utama, carik rumah MinHo dulu, baru boleh jalan secara berdendang-dendang dalam tuh. Puas jalan naik turun escelator, akhirnya jumpe gak..fuhhh!!!

Aku belek2, usha2 barang dalam tuh, mak aku tunggu kat luar..... Lepas aku gi bayar kat kaunter, aku keluar jumpe mak aku. Mak aku cakap...
'Patutlah nak sangat pergi kedai ni, ade MinHo rupenyer...'
'Hah? MinHo? MinHo mana?'

'Tu...(sambil tunjuk kat gambar MinHo) Yang dalam gameshow tu kan...'
'Aiyarkkk...bukanlah! Ni MinHo lain.. Ni MinHo budak bunga.. Dalam gameshow tu MinHo lain, nama je sama...'
'Oh, yeke..'

Mak aku agak sukar untuk bezakan muka orang-orang Korea, sebab dia kata same aje.

Hai makcik, layak tak saya jadi menantu makcik?
(MinHo jangan perasan please!)
Gambar ni la yang terpampang kat Etude House, siap ada nama dia kat tepi tu, buat mak aku perasan dia ni MinHo SHINee..cehhh

Hari Ahad tu aku stay kat Putra Heights USJ, takde watpe, tgk TV layan Dream Team dengan mak aku dgn kakak aku. Mak aku paling semangat tengok MinHo, bersorak habis. Bila dia tak lepas halangan tuh mak aku pulak cam frust.. 'Alaaaaaaa, sayangnyer....'
Kakak aku pulak mengekek-ngekek gelak tengok dorang jatuh masa nak harungi halangan tuh..
'Weh, ko nak tau? Group dia la yang nyanyi lagu Ring Ding Dong tuh...'
'Oh, yeke...'

MinHo: Hyung..kalau aku survive sampai akhir belanja HOTSUN Chicken eh.
HyunJoong: Ececece...boleh ke?

MinHo: Hyung...see the leg la.

HyunJoong: Ok, Yela-yela.


Hari ni, (Jumaat) aku layan KBS Music Bank jap tadi. Semangat tengok pasal ada debut stage CNBlue. Whoaahhhh Yong Hwa sangat hot. Dorang nyanyi live best!!!
Ok, sempat promote CNBlue plak..berbalik cerita pasal MinHo. Mak aku kejap-kejap tengok sekali Music Bank tuh, tetiba dia tanye..'MinHo nyanyi eh?' Masa tu BEAST tengah nyanyi. 'Eh, bukanlaa..kejap lagi kot.' Tak lama tuh, dia join sekali duduk kat sofa tengok Music Bank...sampaila turn SHINee nyanyi JoJo dengan Ring Ding Dong.

'Tu, kan MinHo tengah nyanyi tuh...'
'Tulaa, tengok macam MinHo tadi, memang die pun..tu group dia ke?'
'Ha'ah'
'Dia paling tinggi ek...'

MinHo: Ye, makcik. Saya paling tinggi. Amacam? Boleh jadi menantu tak?
(hhmmppffttt!!! kamu tu anak-anak ikan aje!)

Pastu habis tengok Music Bank dia tanya...
'Cerita pasal budak perempuan carik boyfriend dia hari tu kat hotel tu bila?'
'Hah? o0oh, cerita tuh..Isnin sampai Jumaat kat 8tv kul 830. Alah, takyah tengok kat tv, tak best. Nak tengok orang ade DVD, boleh tengok sampai lebam'
'o0o yeke, nanti boleh lah tengok. ceritanya macam mana?'

Aku pun explain la..blablablabla...
'Dialaa MinHo yang mama tengok kat Sunway Pyramid tuh...'
'Oo0o..namanye same.'

Ye, makcik. Cari saya ke? Makcik apa khabar?
(ecececec, bajet sopan la tuh..kuikuikui)

Kesimpulannya, mak aku suka dengan MinHo agaknya kot. Taktau pulak dia suka yang mana satu. Tapi masa mula-mula tengok Dream Team dia kutuk MinHo SHINee macam pondan...aishhh!!! Haa..kutuk-kutuk, kan dah suka... ngeh3

Tag Photo Spam

Baiklah... kene tag lagi. Tamak haloba<--(ni tuan punye diri yang cakap camtu aaa) betul orang yang tag aku kali ni....
Pasal die nak share gambar kegemaran dalam 'Star Folder' nye.
Aku takde star folder, main masuk je mana-mana folder yang boleh dimasukkan. Nampak sangat tak teratur aku ni, hahahah...
Baiklah, ni antara gambar favourite.. Kalau nak ikutkan banyak sangat, tapi yang aku nak tayang kat sini cume beberapa jer...

TaeKyung: mintak-mintaklah resepi masakan aku menang untuk competition kali ni..fuhh fuhh
ShinWoo: alaaa..harapan aku nak menang, lupe letak ajinomoto dgn ajisio dalam makanan, masa dah habis pulak..
Jeremy: aku tak reti nak masak2 ni, ambik gambar je wat kenangan..

KiDong: Hmmppfftt! Merajuk, samchoon dah patahkan pedang, pastu taknak ganti lak.

MinHo: Kering pulak bibir ni. Lip balm tertinggal dalam helikopter plak...
(suke gambar ni sebab aku yang amik gambar ni wohh, kenangan tuh)

KimJoon: Sorrylah, masa ni I taktau lagi nak posing untuk gambar ala-ala myspace.
(nampak biase je kan gambar ni, tapi aku suke sangat!!!)

JungMin: 1st time sampai Malaysia ni. Aku Cinta Kamu!!
(ceh, nampak sangat baru nak belajar cakap melayu..hahahah)
(suka gambar ni sebab nampak cute je, style die macam budak2 kecik jepun gi sekolah, yang penting rambut MANGKUK tu yang mahal)

KyuJong: Hehehe..baju sponsor jer nih.
(suka tengok mata dia..enough said)

HyungJoon: Seksi tak posing camni?
(gile gay kan gambar ni..hahaha, tapi aku suke!)

HyunJoong: Akulah alien bertelinga kon. Janji bukan ET mcm HyungJoon, kehkehkeh!
(ko ni, mengata orang aje tau, cuba try test mengata YoungSaeng, confirm tak sampai hati punye kan)

YoungSaeng: Sesekali mencapab. Comel gak aku ni ek.
(hello, sesekali apenyer.. dalam folder aku banyak je muke ko mencapab merata-rata tempat)


Nota Untuk Diri Sendiri: Hoiii!! Ko ni kata banyak entri nak update, dah berpuluh entri terperap tuh, bile nak edit dan publish?? Tag2 plak yang ko jawab. Pastu tgk drama tak habis2.

Lelaki Idaman?

Bila bercakap tentang lelaki idaman, apa ciri-ciri lelaki idaman korang?
'aku nak yang romantik'
'aku nak yang kacak'
'aku nak yang kaya'
'aku nak muka ala-ala chinese look' ...........hhhmmmpppfttt!!!~
Macam2 laa yang korang nak.
macam aku taknak ke? pilih la aku, nanti dapat jam tangan ni free..ala-ala buy 1 get 1 free gitu..:P

Kita boleh cakap macam2, nak yang begitu, begini,...tapi nanti bila nak buat suami ingat ape yang kita idam2 kan tu dapat ke? Takde maknanyer.
Ape yang kita nak tu cuma nafsu je. Kita tak kenal lagi dengan orang yang sesuai dengan kita boleh la kita cakap macam2. Sebab tu tak kenal maka tak cinta.

Macam jugak korang suka artis korea, dah tentu lah yang jadi artis ni semua hensem2 kan. Dari situ jugak korang akan kata 'oh, dia ni hensemla, aku nak la lelaki camni'. Ko dah jadi peminat dia memang la ko suka. Tapi tahukah korang yang korang nampak tu luaran aje. Tapi memang tak dinafikan, ade jugak sifat dalaman seseorang tak banyak beza dengan sifat luaran. Tapi kalau sekadar untuk suka tu takde salahnye, takde sapa nak halang pun. Nak berangan artis tu jadi laki ko pun takpe... (erkk....ni macam kene batang hidung sendiri je..hahahah)

masih lagi kah dia ni lelaki idaman anda lepas tengok gambar ni? hahahahaahahahahah....gelakguling

Contoh lain, masa kita berada di kolej/universiti, kita dikelilingi dengan ramai manusia yg pelbagai ragam, yang si lelaki mencuci mata dengan tengok perempuan, begitu juga dengan si perempuan. Pantang nampak yang cun/hensem mesti 'nak masuk line' atau 'test market'. Sekali dah kenal, si dia yang pada mulanya ko puja-puja sangat tuh taklah seindah yang kita sangka. Tak salah kalau kita memilih, tapi jangan terlalu memilih atau meletakkan harapan yang tinggi, kang diri sendiri gak yang kecewa.

pilihlah aku jadi pacarmu....!!~
(eh, cam kenal je lagu tuh?)

Soalan 'Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?' pernah ditujukan pada aku suatu ketika dulu. (tu masa tengah boring-boring sambil borak-borak kosong la tu) Aku tak ingat pulak ape aku jawab. Sekarang ni, aku taktau nak jawab ape, sebab kehendak manusia ni berubah-ubah. Tapi sudah semestinya aku nak yang terbaik untuk aku, aku pon taknak letak harapan yang tinggi sebab aku pun sedar tahap aku kat mana.

Aku tak kisah kalau lelaki itu seorang yang 'dork' atau segila Jo Kwon. Sekurang-kurangnya dia boleh menghiburkan hati aku. Hahahaah..ke aku yang gila sekarang ni?
Yang penting sekali jangan suruh aku panggil dia 'abang'..!@&#*$#@%^$%^&^$%^$#%^##@!##$!@%$ Sumpah aku tak suka ok!
Dan semestinya dia harus berfikiran matang dan lebih logical dari aku, aku tak kisah kalau dia kelihatan seperti budak-budak atau lebih muda dari aku, asalkan bukan berfikiran macam budak-budak. Yelaa, nak buat laki kot,mestilah yang boleh guide kita ye tak.

agak-agak kalau die joget zapin atau kuda kepang camne rupenye ek?

ngan kite taknak ke?
(yang ni nak kene tunggu 15 tahun lagila, takpun abis SPM...ceh, aku dah anak dua agaknye time tuh)

Senang cerita, aku ni tak kisah sangat, agak-agak yang boleh ngam dengam aku, boleh layan kepala....aku ok aje. Terserah jer lah pada tuhan. Lagipun tak semua yang kita nak kat dunia ni kita dapat, ape yang kita dapat tu bersyukur ajelah.
Korang pulak macam mane?
Related Posts with Thumbnails