parents aku takde, dorang balik USJ jenguk cucu.. pastu kazen aku kahwin plak semalam.. aku? kenapa aku masih di sini? hahaha.. malaslah nak balik sana.. aku rimas duk rumah makcik aku tuh lama-lama.. yelah, aku kan tak gemar sangat perangai dia tu.. lagipun aku baru extend 1 month Megaupload..kalau aku tinggalkan pc aku 5 hari, tak ke rugi.. bahahahah.. gile tak munasabah alasan...
Hahaha biadap punye kucing. Tergamak kau letak bontot ko kat muka MinHo. Tsk tsk... Nasib baik ko comel.
Sebenarnya aku dah post gambar ni kat twitter, sapa yang ada follow twitter aku mesti dah tgk punya, tapi saja nak post kat sini. Lagipun dah lama tak update. Sindrom malas masih terperangkap dalam badan ekoran daripada demam dan sakit tekak balik dari Sarawak. Sobs...
Hari ni bosan!!! Aku tido pun dah lambat, kul 9 pagi baru nak tido. Bagus kan..hahah.
Oh, ye.. minggu depan aku akan ke Kuching, Sarawak. Saje jalan-jalan carik makan. Huhu.. Yelah banyak-banyak negeri kat Malaysia ni Sabah dan Sarawak je aku tak jejak lagi. Ni ade rezeki lebih, boleh lah terbang ke sana.
ehemhurulehemkeklapissatudozenplis...miahahahaha.. Just kidding..LOL!
Aku tak packing lagi pun. Packing la hal paling malas aku nak buat kalau pergi travel, begitu juga dengan unpacking. Hoh..!!~
Tadi mak aku masuk bilik, saje nak skodeng aku la tuh..
Ko dah packing?
Belum..alaa nanti ah..
(dia ternampak seluar jeans aku masih bergantung belum dibasuh)
Haa, tuh seluar bila nak basuh? kang nak gi Sarawak takde seluar..hee budak ni..
Alaa, malam ni pun boleh basuh, esok pon boleh..
Hmmppfftt!!
Pastu dia usha henfon aku plak. Touch screen phone ni bila kita sentuh skrin kan nanti kita objek2 dalam tuh. Bila mak aku sentuh je, keluar plak gambar aku tengah mencapab pakai headphone baru..miahahahaha.. kantoi di situ.
Chewahh..gambar dengan headphone baru...
Hah? Mane2? (dalam hati, alamak kantoi)
(Pastu amik handphone terus cancel banyak2 kali sampai keluar wallpaper..)
aishh..sekali mak mertua nampak aku daaa...
(ni laa wallpaper handphone aku..LOL)
Haa, tu muka sapa tu? Budak jepun ke korea mana tuh?
Mana2?
Tu kat handphone..
o0o..ala gambar sapa2laa...
Bukan gambar MinHo?
hishh.. MinHo saje yang mama ingat... tsk tsk...
Manalah tau kan, nak letak muka MinHo kat situ..hehe
(mama keluar bilik)
Lepas dia keluar aku gelak tutup muka dengan rasa takleh blah... Aigoo, mak aku ni.. tak habis-habis dengan MinHo dia. Kang aku tunjuk rancangan Hello Baby dengan SHINee tu kang, ada yang dia melepak dalam bilik aku. Ish Ish....
Noona, tgk yoogeun, comel tak? Suruhlah makcik tengok Hello Baby, mana tau kite boleh jadi calon menantu dia..hehehe
Ok, kali ni aku nak buat entri seringkas yang boleh. Sebab otak ada beku sikit plak malam ni. Aku malas nak explain panjang-panjang. So now, introducing..my top ten Korean male singers. (aku main list aje, takde nak ikut turutan..sebab dorang ni terlampau best, taktau nak rate dari 1 sampai 10)
1. Kim Tae Woo Sapa yang tak kenal dengan bekas ahli kumpulan G.O.D ni. Lepas menamatkan military service, beliau keluar dengan album T-Virus yang meletup dengan lagu Love Rain. Suaranya yang lantang tu tak padan dengan badan besar ala-ala Gom itu. Gom tu dalam bahasa Korea maksudnya beruang. Pada tahun 2006, beliau juga telah mengeluarkan album solo iaitu Solo Special. Pastu untuk Krismas 2009 dia tukar lagu Love Rain tu jadi Love Snow.
Cuba dengar kat 4.02, gile boleh capai high note tuh wehh!
2. Shin Min Chul Siape die ni? Mesti ramai yang tak kenal. T-Max? Kenal kan? Dialah lead vocal/leader kumpulan T-Max. Almost Paradiseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...haaa tang tu suara dia lah tu. Aku suka suara dia ni yang ala-ala nasal tone itu, agak seksi ok. Hahahaha...
3.Kim Hyung Joon Yessssss!! Second lead vocal in SS501. Aku juga suka suara Baby ni, suara die pun ala-ala nasal tone macam Shin Min Chul. Masa mula-mula kenal SS501, I was like 'uhh..whose voice was that? sexy nye suare' hahahah.. Dia nyanyi lagu James Ingram - Just Once sedap jugak, Lagi satu lagu Ne-Yo - So Sick, not bad..ignore jer la sebutan tuh, paham2 sudah.
4.Fly to the Sky Aku mula terpikat dengan suara diorang ni bila aku dengar lagu Sea Of Love lebih kurang 4-5 tahun lepas. Masa tuh zaman-zaman aku tengah gila drama Taiwan, tengok variety shows pun yg dari Taiwan punya, tiba-tiba ade keluar video klip lagu ni, terus jadi suka. Aku suka suara HwanHee lebih dari Brian. Brian pun not bad jugak. Beberapa tahun lepas tu dorang ni gerak solo, HwanHee dengan lagu Because I Missed Your Heart.
5.Park Jung Min Ehem-ehem, chenta hati aku yang sorang mana boleh lupa, ngeh3. Dia ni pun suara tak padan betul dengan dia yang gila-gila tuh. Kagum jugaklah aku dengar lagu-lagu solo dia. Low tone suara dia mahal tuh beb. Kadang-kadang aku ada jugak tiru suara dia ni, pastu gelak-gelak..hahaha
6.Heo Young Saeng Mamat camwhore dan lead vocal dalam SS501 ni memang terbaik lah suare dia. Sumpah tak tipu. Aku mula recognize suara dia masa lagu Find. Sebelum tu aku tak ambil kisah pun dalam group tu mana satu suara siapa. Aku memang suka giler2 kat lagu Find, kemudian barulah aku nak ambil tahu pasal suara masing-masing. Cuba tengok kat video ni, walaupun dia nyanyi ada pancit sikit tu tolak tepi ajerlah. Lagu tu key tinggi ok.
7.Lee Hong Ki Budak rambut karat ni sapa yang tak kenal. Suara beliau yang serak-serak basah itu boleh menggoda telinga aku ok. Hahahaha... Walaupun umurnya begitu muda, tapi suaranya tidak melambangkan umur beliau.
8.Kim Jong Gook Abang badan ketul-ketul tapi suara kecik ni pun best jugak suara. Walaupun suara agak kepit, tapi bukan sebarang kepit, mantap yeewwwwww... Hehehe... Suara dia ni selalu sangat artis-artis lain tiru termasuklah aku...ahahahah
9.Lee Seung Gi Chenta hati aku yang sorang lagi ni. Hahahah oh, he has beautiful voice. Genre lagu yang dia nyanyi pun stok ballad song, maknanya memang semua lagu jiwang lah. Tajuk-tajuk lagu pun semua stok bunga-bunga macam Will You Marry Me. Agak-agak nak feeling jiwang sebelum tido atau terus nak tido dengarlah lagu dia.
10.SHINee Ahaaa.. ini boyband stok anak-anak ikan punya. Walaubagaimanapun, dorang punya suara pun boleh tahan jugak. Sapa layan Boys Over Flowers mesti tau lagu Stand By Me, dari situ la aku kenal diorang. Ternyata suara mereka tak mengecewakan aku, nyanyi live pun still best.
Ok dah. Aku cuba buat yang paling ringkas pun tak ringkas jugak. Sebenarnya banyak lagi suara artis lelaki Korea yang aku suka, tapi tak cukup tempat. Nak 10 je kan, kalau banyak2 mau aku letak sampai berpuluh-puluh kang.
Kenapa dengan MinHo? MinHo mana satu? Kenapa pilih tajuk MinHo?
Ngeh3...ok2, aku rase entri kali ni agak...ermm, ntah ek.. Bagi aku cam kelakar pun ade gak. Meh, aku cerita...
Jumaat minggu lepas kan aku lepak gi KL, stay kat Boulevard Hotel Midvalley, berbaloi-baloi jugak, saje nak buang-buang masa dengan family. Sebelum pergi KL lagi aku dah rancang nak pergi rumah MinHo kaler pink tu sebab nak beli barang. Kenapa aku panggil rumah MinHo? Sebab dia duta produk Etude House.. Heheheh...
Selamat Datang ke Etude House!! (awek ni laa yang aku mula-mula aku nampak kat rumah MinHo..aishh stand-picture ajerlaa)
Hari Sabtu aku check-out hotel terus gi Sunway Pyramid. Dah lame aku tak jejak Sunway Pyramid tuh, masa nak carik pintu masuk parking pun dah blur, aku main tunjuk je jalan kat bapak aku nasib baik betul. Masuk je Sunway Pyramid tu, ommmakkk aihhh...mana satu nak pegi dulu. Makin besar, dah tak macam dulu, silap-silap boleh lost. Agenda utama, carik rumah MinHo dulu, baru boleh jalan secara berdendang-dendang dalam tuh. Puas jalan naik turun escelator, akhirnya jumpe gak..fuhhh!!!
Aku belek2, usha2 barang dalam tuh, mak aku tunggu kat luar..... Lepas aku gi bayar kat kaunter, aku keluar jumpe mak aku. Mak aku cakap... 'Patutlah nak sangat pergi kedai ni, ade MinHo rupenyer...' 'Hah? MinHo? MinHo mana?' 'Tu...(sambil tunjuk kat gambar MinHo) Yang dalam gameshow tu kan...''Aiyarkkk...bukanlah! Ni MinHo lain.. Ni MinHo budak bunga.. Dalam gameshow tu MinHo lain, nama je sama...' 'Oh, yeke..' Mak aku agak sukar untuk bezakan muka orang-orang Korea, sebab dia kata same aje.
Hai makcik, layak tak saya jadi menantu makcik? (MinHo jangan perasan please!) Gambar ni la yang terpampang kat Etude House, siap ada nama dia kat tepi tu, buat mak aku perasan dia ni MinHo SHINee..cehhh
Hari Ahad tu aku stay kat Putra Heights USJ, takde watpe, tgk TV layan Dream Team dengan mak aku dgn kakak aku. Mak aku paling semangat tengok MinHo, bersorak habis. Bila dia tak lepas halangan tuh mak aku pulak cam frust.. 'Alaaaaaaa, sayangnyer....' Kakak aku pulak mengekek-ngekek gelak tengok dorang jatuh masa nak harungi halangan tuh.. 'Weh, ko nak tau? Group dia la yang nyanyi lagu Ring Ding Dong tuh...' 'Oh, yeke...'
MinHo: Hyung..kalau aku survive sampai akhir belanja HOTSUN Chicken eh. HyunJoong: Ececece...boleh ke? MinHo: Hyung...see the leg la. HyunJoong: Ok, Yela-yela.
Hari ni, (Jumaat) aku layan KBS Music Bank jap tadi. Semangat tengok pasal ada debut stage CNBlue. Whoaahhhh Yong Hwa sangat hot. Dorang nyanyi live best!!! Ok, sempat promote CNBlue plak..berbalik cerita pasal MinHo. Mak aku kejap-kejap tengok sekali Music Bank tuh, tetiba dia tanye..'MinHo nyanyi eh?' Masa tu BEAST tengah nyanyi. 'Eh, bukanlaa..kejap lagi kot.' Tak lama tuh, dia join sekali duduk kat sofa tengok Music Bank...sampaila turn SHINee nyanyi JoJo dengan Ring Ding Dong.
'Tu, kan MinHo tengah nyanyi tuh...' 'Tulaa, tengok macam MinHo tadi, memang die pun..tu group dia ke?' 'Ha'ah' 'Dia paling tinggi ek...'
MinHo: Ye, makcik. Saya paling tinggi. Amacam? Boleh jadi menantu tak? (hhmmppffttt!!! kamu tu anak-anak ikan aje!)
Pastu habis tengok Music Bank dia tanya... 'Cerita pasal budak perempuan carik boyfriend dia hari tu kat hotel tu bila?' 'Hah? o0oh, cerita tuh..Isnin sampai Jumaat kat 8tv kul 830. Alah, takyah tengok kat tv, tak best. Nak tengok orang ade DVD, boleh tengok sampai lebam' 'o0o yeke, nanti boleh lah tengok. ceritanya macam mana?'
Aku pun explain la..blablablabla... 'Dialaa MinHo yang mama tengok kat Sunway Pyramid tuh...' 'Oo0o..namanye same.'
Ye, makcik. Cari saya ke? Makcik apa khabar? (ecececec, bajet sopan la tuh..kuikuikui)
Kesimpulannya, mak aku suka dengan MinHo agaknya kot. Taktau pulak dia suka yang mana satu. Tapi masa mula-mula tengok Dream Team dia kutuk MinHo SHINee macam pondan...aishhh!!! Haa..kutuk-kutuk, kan dah suka... ngeh3