Showing posts with label T-Max. Show all posts
Showing posts with label T-Max. Show all posts

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


T-Max New Member

Good news for T-Max fans. Good news for me too! kekeke.. T-max gained more popularity when one of the member KimJoon acted in Boys Over Flowers as Prince Song Woo Bin. T-Max already known for a trio group, but now they will continue their activities with four members.

Newbie, Park HanBi, 20, will now be added as the fourth member. (ouh..another pretty boy.. he looks yummy to me.. kekeke)
He has been selected through audition and currently attending Myung Ji University majoring in acting.

In the picture below, he looked like a rock star.. maybe T-Max upcoming album will come out with a new concept. Ouh, I can't wait.. Heyy..this boy caught my eye.. urmm.. no worries, my KimJoon still number one okay.. kekeke...

gothic looks huh? cool.. guys with eyeliner are sexy...


heyy.. it's vampire KimJoon.. and.. with eyeliner too!

Top Ten Voice

Ok, kali ni aku nak buat entri seringkas yang boleh. Sebab otak ada beku sikit plak malam ni. Aku malas nak explain panjang-panjang.
So now, introducing..my top ten Korean male singers. (aku main list aje, takde nak ikut turutan..sebab dorang ni terlampau best, taktau nak rate dari 1 sampai 10)

1. Kim Tae Woo
Sapa yang tak kenal dengan bekas ahli kumpulan G.O.D ni. Lepas menamatkan military service, beliau keluar dengan album T-Virus yang meletup dengan lagu Love Rain. Suaranya yang lantang tu tak padan dengan badan besar ala-ala Gom itu. Gom tu dalam bahasa Korea maksudnya beruang. Pada tahun 2006, beliau juga telah mengeluarkan album solo iaitu Solo Special. Pastu untuk Krismas 2009 dia tukar lagu Love Rain tu jadi Love Snow.


Cuba dengar kat 4.02, gile boleh capai high note tuh wehh!

2. Shin Min Chul
Siape die ni? Mesti ramai yang tak kenal. T-Max? Kenal kan? Dialah lead vocal/leader kumpulan T-Max. Almost Paradiseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...haaa tang tu suara dia lah tu. Aku suka suara dia ni yang ala-ala nasal tone itu, agak seksi ok. Hahahaha...


3.Kim Hyung Joon
Yessssss!! Second lead vocal in SS501. Aku juga suka suara Baby ni, suara die pun ala-ala nasal tone macam Shin Min Chul. Masa mula-mula kenal SS501, I was like 'uhh..whose voice was that? sexy nye suare' hahahah.. Dia nyanyi lagu James Ingram - Just Once sedap jugak, Lagi satu lagu Ne-Yo - So Sick, not bad..ignore jer la sebutan tuh, paham2 sudah.


4.Fly to the Sky
Aku mula terpikat dengan suara diorang ni bila aku dengar lagu Sea Of Love lebih kurang 4-5 tahun lepas. Masa tuh zaman-zaman aku tengah gila drama Taiwan, tengok variety shows pun yg dari Taiwan punya, tiba-tiba ade keluar video klip lagu ni, terus jadi suka. Aku suka suara HwanHee lebih dari Brian. Brian pun not bad jugak. Beberapa tahun lepas tu dorang ni gerak solo, HwanHee dengan lagu Because I Missed Your Heart.


5.Park Jung Min
Ehem-ehem, chenta hati aku yang sorang mana boleh lupa, ngeh3. Dia ni pun suara tak padan betul dengan dia yang gila-gila tuh. Kagum jugaklah aku dengar lagu-lagu solo dia. Low tone suara dia mahal tuh beb. Kadang-kadang aku ada jugak tiru suara dia ni, pastu gelak-gelak..hahaha


6.Heo Young Saeng
Mamat camwhore dan lead vocal dalam SS501 ni memang terbaik lah suare dia. Sumpah tak tipu. Aku mula recognize suara dia masa lagu Find. Sebelum tu aku tak ambil kisah pun dalam group tu mana satu suara siapa. Aku memang suka giler2 kat lagu Find, kemudian barulah aku nak ambil tahu pasal suara masing-masing.
Cuba tengok kat video ni, walaupun dia nyanyi ada pancit sikit tu tolak tepi ajerlah. Lagu tu key tinggi ok.



7.Lee Hong Ki
Budak rambut karat ni sapa yang tak kenal. Suara beliau yang serak-serak basah itu boleh menggoda telinga aku ok. Hahahaha... Walaupun umurnya begitu muda, tapi suaranya tidak melambangkan umur beliau.


8.Kim Jong Gook
Abang badan ketul-ketul tapi suara kecik ni pun best jugak suara. Walaupun suara agak kepit, tapi bukan sebarang kepit, mantap yeewwwwww... Hehehe... Suara dia ni selalu sangat artis-artis lain tiru termasuklah aku...ahahahah


9.Lee Seung Gi
Chenta hati aku yang sorang lagi ni. Hahahah oh, he has beautiful voice. Genre lagu yang dia nyanyi pun stok ballad song, maknanya memang semua lagu jiwang lah. Tajuk-tajuk lagu pun semua stok bunga-bunga macam Will You Marry Me. Agak-agak nak feeling jiwang sebelum tido atau terus nak tido dengarlah lagu dia.


10.SHINee
Ahaaa.. ini boyband stok anak-anak ikan punya. Walaubagaimanapun, dorang punya suara pun boleh tahan jugak. Sapa layan Boys Over Flowers mesti tau lagu Stand By Me, dari situ la aku kenal diorang. Ternyata suara mereka tak mengecewakan aku, nyanyi live pun still best.


Ok dah. Aku cuba buat yang paling ringkas pun tak ringkas jugak. Sebenarnya banyak lagi suara artis lelaki Korea yang aku suka, tapi tak cukup tempat. Nak 10 je kan, kalau banyak2 mau aku letak sampai berpuluh-puluh kang.

BuZZ @ GO - T-Max in Singapore

OK, entri kali ni memang sangat bias..hahahah!
Sebab aku nak update pasal T-Max jer yang baru2 ni datang Singapore untuk Sundown Festival Concert.

T-Max tiba kat Singapore dua hari lebih awal daripada event tersebut, iaitu pada 10/12/2009 di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
So, dorang ni excited la nak jumpe peminat sume kan. Oleh kerana terlebih excited tuh, ketua kumpulan T-Max Min Chul boleh terjatuh kat airport tu...aigoo..otteoke? Gwenchana yo?


Iskk..sabar jer la. Mesti malu punye tuh beb..mana nak sorok muka? hahaha..ok2, next time be careful ok Min Chul-ssi.
(Naseb baik MinChul, kalau KimJoon yang jatuh camne????)

Yang ni view lain pulak, masih kat airport lagi...

Oh, I love Kim Joon with his beanie hat...cool!!~
(dalam hati tetap jeles...cissssskek!!~)



Oh, MinChul was having fun with the organizer.. Nampak cam dia sorang je yang hyper semacam..

Ni masa last minit punye fanmeeting. Dengar kata tak ramai yang datang..whoaaa, I wish I was there!~ CD untuk promotion yang di sign oleh KimJoon plak katenyer habis dalam sekelip mata je. Wahh..memang penangan mamat bunga betul, ehh Boys Over Flowers. (taktau kenapa aku suke sangat tengok KimJoon yang terbaru ni...hehehe)

suke sangat gambar ni, everyone looks happy!~
(cehh..padahal fokus yang kat tengah2 tu..kyaaaaaaaaa!!)
(apelaa yang lawak sangat agaknye tu...ececec cover gelak la tuh..hhihi)

Ni masa press conference sehari lepas dorang sampai kat Singapore.

*wartawan sangat syok sendiri nampaknye dengan buat entri camni...haishhh.. kalau majalah betul2 mau kene reject dengan editor..wakakakak

Credit pics as labeled.

BuZZ @ GO - Sundown Festival

12/12/09 Tarikh ni amat bermakna bagi peminat2 K-Pop kat HongKong dengan Singapore sebab artis K-Pop kegemaran dorang datang buat konsert kat sane.
Kalau kat HongKong ada SS501 Asia Persona Tour Concert, kat Singapore plak ade Sundown Festival. Arghhhh!! Stress mak!! I wish I was there!! Lebih-lebih lagi yang kat Singapore tu...
*ehemsayangkukimjoonehem* LOL!

Kalau tengok kat sebelah kanan ni "What's On My Mind" tuh, macam la aku pegi dua-dua konsert tu kan. Hmmm..takde maknenyer. But for sure lah aku dapat info2 terkini tu dari sumber2 yang memang sangat boleh dipercayai. Jealous lah wei.. Bila Malaysia nak ade konsert2 camni ah?? KTO taknak buat pape ke dengan benda2 camni? Hehehe...


Ni promo untuk Sundown Festival Seoul'd Out dari Harley Davidson Riders kat Singapore, fuiyo0o!!~

Ni antara2 video masa konsert Sundown Festival kat Singapore tu.. tengok2 lah...



I'm not very sure T-Max perform berapa lagu, tapi rasenya lebih dari 2 lagu. Biasalah, lagu wajib.... "Ohooo Paradise...." (Deyyy, lu nak jadi macam Yu Jae Seok ke nyanyi camtu?) Ok2, Almost Paradise........gelakgulinggelakguling


FT Island nyanyi lagu feveret aku.. I Hope..besh!! Wahh, HongKi dengan rambut aliennya..(masih belum boleh tgglkan watak Jeremy kah??) Ok, but seriously budak yg nyanyi tu tau sebut 'anilgeoya' aje...duhhh!!~


Whoaaa..Narsha & Ga-In..woot!! Brown Eyed Girls performed 4 lagu kalau tak silap malam tuh. Lagu wajib, abracadabra harusla ade kan.. seksi seksa dorang ni..fuhh!!
Related Posts with Thumbnails