Showing posts with label Duit. Show all posts
Showing posts with label Duit. Show all posts

Aku kembali lagi...

Hi korang!!!
Lame tak jumpe! (jumpe celah mana??) Heheh..dah lama tak blogging. Aku rasa kali ni aku nak start blogging balik lah. Kesian pulak blog ni terabai, tapi bila check visitors every day not bad jugak.

First post selepas dah berbulan tak blogging ni just nak bagi tahu apa yang aku buat sampai takde masa nak blogging. Kalau dulu setiap hari satu post, atau pun dalam seminggu ada la 5-6 post.

Aku rasa semua orang dah tahu kot (especially yang pernah baca atau mmg reader blog aku ni) yang aku buat business sendiri sekarang. Ada jugak yang tanya, kenapa tak cari kerja sedangkan kelulusan ada. Hmmm.. tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin aku enjoy buat kerja sekarang,walaupun ada kesukaran di sana-sini. Kerja apa je yang tak susah kan dalam dunia ni.
Dah setahun lebih dah,hampir 2 tahun jugak lah aku buat kerja ni. Alhamdulillah.. Rezeki Allah nak bagi kan,pandai cari adalah rezeki tu. Yang penting usaha, tak banyak sikit dapat tolong family dan diri sendiri. Takkan nak harap parents je walaupun diorang pesara kerajaan kan.. Tapi banyak benda lagi aku kena buat untuk memuaskan hati aku ni. Yelah manusia mana reti puas weiii.. Nak itu nak ini.. aishhh..
Yang penting ada knowledge ye, sedangkan college dropout pun boleh berjaya.. Pakcik yang tak sekolah pun boleh jadi jutawan.. Eh sapa plak tu? hehe

Tapi dalam aku sibuk meneruskan kerja aku tiap-tiap hari, ada jugak mulut-mulut manusia yang cakap sesuatu yang memang tak sedap didengar.. macam-macamlah.. itu tak bagus, ini tak bagus.. menyusahkan itu-ini.. Mulut orang kan, bukan kita boleh tutup.. nak cakap orang macam-macam, tapi diri sendiri tak tengok pulak macam mana..
Bukan senang dan jadi senang ye.. kesabaran itu perlu ada..
Dari situ jugaklah aku tau macam mana susahnye nak dapatkan duit,lebih-lebih lagi zaman sekarang ni bila semua benda dah mahal.. dulu tau enjoy je kan, sekarang hambikk ko.. nak shopping beli baju sebulan sekali pun fikir banyak kali.. hahaha..
Kalau dulu dapat duit RM100, i was like whoaaaaa banyaknyeee..boleh simpan lama duit tu. Sekarang RM100 tu macam RM10 ye.. Makan,minum,barang dapur, keperluan diri.. plinnngggg habis gitu je T____T..

*derma sini sket duit tu woiii*

As for now, sambil aku bekerja tu ada jugak planning nak buat macam-macam for future.. takpelah pelan-pelan kayuh.. nak jadi senang cepat2 kang jadi susah pun cepat juga... ish ish.. kena fikir jangka masa panjang.. aku ada family nak kena jaga.. family sendiri je,family mertua belum ada ye.. HAHAHAHAHA


Promo kedai sendiri

Gua rasa macam nak delete je blog ni.. asyik terabai aje..
errr.. tapi macam sayang plak..

ok lah nak promo sikit online store aku.. free advertisement kan.. wakakak
akulah kuli, akulah boss.. gasak lahh..

So sesiapa yang nak beli album artis Korea/Jepun, official merchandise ke apa.. boleh contact aku kat rockafella87@gmail.com ..jangan risau ORIGINAL ok!

Business belum nak berkembang sangat, baru test2 market jual plush toy dengan bag.. ada rezeki insyaAllah tak ke mana. Pelan-pelan kayuh dulu ye.

GO Kmusic Store a.k.a GO MY STORE <--ni nama gua dah register kat SSM. hohoho
Facebook
Catalog blog

 muaahhh^^

SS501 DESTINATION (Normal Edition) (Korean Version)

Macam biasa aaa aku hari2 tido lewat, kang bangun dah pukul berapa.. terdengar bunyi hon kenderaan, 4-5 kali dia bunyi.. tak lama pastu bapak aku masuk bilik...
"nah barang ko, dari Korea.. jauh sampai nye..."


Nilah bungkusannye, serious aku no idea apa benda kat dalam ni mulanya.. Aku ada beli barang dari Korea ke? Tengok nama pengirim tak familiar pun.. Dengan semangatnye bukak lah.. mak bapak aku pun join sekali tengok..
Buka-buka je nampak benda kaler hijau... oho0o0o.. dah tau dah...

Rupenye album SS501 yang aku order hari tu, tak sangka awal gila sampai, sebab album tu baru release. Hohohoho... So, camni lah rupa front cover album ni..

Back cover.. Nampak tu ada sticker KOMCA.. Korea mari ohh..

Ni rupa dalam dia, bersinar-sinar cd...cehh, padahal tu efek dr flash camera je.. LOL

Dalam cd ni include sekali photobook.. weeehuuuu.. Yang penting ada Jungmin... kyaaaaaaaaa!!!! Ok enough menggedik.. tsk!



kyaaaaaa... Jungmin so sekshii.. kekekeke
nampak tak baju dia tajam2 tu.. hoho


oh my angel Jungmin.. LOL








Sebenarnya ada lagi gambar HyungJoon Baby dgn KyuJong tak letak, tiba2 gambar plak corrupt, malas lah nak amik lagi.. tskk
Masa aku dapat cd ni masih lagi berbungkus dengan plastik transparent siap pelekat harga ₩13000, kalau convert Ringgit jadi lebih kurang RM34.15. Murah kan...hohoho..
Kat Malaysia belum ada lagi, tunggulah sebulan dua ni ke, tak lama lagi ada lah tu.. sebab SS501 ada official distributor kat sini. Sempat lagi kumpul duit nak beli, tapi semestinya harga bertambah sikit lah dari harga asal kat Korea kan.

When I received the album, and yeah the poster was included.. how cool is that, and I decided to photo-frame it soon.

although I hate HyunJoong's hair in this poster, but I kinda like this pic.. sebab tangan dia dgn cincin yang tajam tu nampak cam real je, hohoh efek camera je tu..

Amacam?? Jealous tak? Hehehee...

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


Fon-kepala?

Aku memerlukan headphone baru!!
Sebenarnya headphone neckband aku ade lagi. Aku beli tahun 2008, dia lah teman setia aku bila aku pergi jalan-jalan. Bukan tu aje, masa zaman aku belajar kat Melaka dulu pun headphone aku tu tak pernah aku tinggalkan, mesti ada dalam beg. Aku pernah buat entri pasal ni kat entri april 2008.
Headphone ni brand Philips punya. Masa baru-baru keluar harga boleh tahan mahal, dalam RM60-80. Tapi aku beli kat kedai jual barang computer, lepas kawtim dengan taukeh dapat RM40. Sekarang aku tgk RM29.90 dah boleh dapat. Aku sayang sangat dgn headphone ni. Tapi bila lama-lama pakai ear-pad dah koyak, alang2 dah koyak, aku cabut terus. Tapi bila pakai lama-lama sakit telinga pulak sebab takde ear-pad. Sound system memang mantap, tapi biasalah model camni noise akan kacau. Sebagai contoh, dalam kereta, bila driver buka radio, bunyi radio akan menggangu sikit pendengaran kita sebab kita akan dengar bunyi radio tu kalau dipasang dengan kuat lah.

Aku pun tweet..
tweet yang tengah2 tu, hahaah sempat promote CNBlue lagi. Shee suggest aku brand Sennheiser. Aku pun survey kat e-bay. Boleh tahan juga, harga pun agak affordable, depends what kind of product lah. Aku search lagi, aku berkenan kat satu brand ni, Skullcandy... Memang sangat menarik perhatian aku semua jenis headphone dia. Harga jangan cakaplah....memang mahal punya, even aku search kat web online shopping pun harga tak banyak beza.
Cantik kan. Banyak lagi yang cantik-cantik. Search sendirilah. Rambang mata oiii.. uishh.. kawal nafsu... kawal.... KimJoon baby, belikan 5 jenis please..LOL!~

Tapi mata aku macam berkenan kat yang ni...
Macam pernah tengok. Tapi kat mane eh? Pastu search laa lagi, jumpa macam-macam brand, sangat menarik hati juga. Tiba-tiba aku teringat kat seseorang ni. Gambar-gambar dia banyak juga yang pakai headphone...


Miahahah... nampak tak ape yang aku nampak? Sama kan dengan headphone yang aku berkenan tu. Cuma warna je ada sikit lain. KyuJong punya kaler white gold, yang aku berkenan tu white grey elephant. Taste kita same la sayang...hehehehe
Aku search untuk warna yang sama macam KyuJong punye... Banyak yang sold-out. Harganya agak mahal sikit..sikit jerla berbanding dengan white grey. Takpe-takpe, banyak masa lagi untuk sediakan duit...Hohoho...

Penyudahnya, aku beli yang lain... harga murah aje..lebih kurang harga aku punye Philips neckband headphone tu jugak...
Aku beli yang tengkorak pink. Tengoklah beberapa hari ni sampai la kot. Mintak-mintaklah dia sampai sebelum aku pergi Sarawak next week. Hurmmm.. Aku juga berkenan yang ni... Macam-macam warna...
Kalau tak silap aku, dalam drama You're Beautiful, Hwang Tae Kyung pakai yang warna putih tu, tapi bintangnya pun warna putih jugak. Cuba cek kat episod 1 scene airport tu.

Tapi aku masih berhasrat untuk membeli Skullcandy punya juga.. ngeh3...

Saya Mahu Duit!!!

Had a quite serious conversation with my mom yesterday. We talked about so many things...from family, money, education and bla bla bla...

I'm quite surprised when she said 'pasal ko nak amik kursus 6 bulan untuk lesen tour guide tu, pergilah..'. And I was like, WHATTTTTTTTTTT??????????!!! dalam hati jer. Memang aku nak sangat pergi kursus tuh, but the fees will be like 'baik-aku-gune-duit-tu-bayar-installment-kereta'.
yang, I nak kereta camni..boleh la eh? hihihi

(perghhh...BMW ingat duit aku keluar cam air ke)
jap, fikir dulu... ermm, kete Hyundai je taknak ke?

tu abang I dah pakai lah!!

Aku tau memang buat masa ni dia mampu keluarkan duit sebanyak tuh, tapi aku fikir nanti dia takde savings plak. Seriously after her retirement dan lepas dia dapat duit pencen dia tuh, banyak duit dia dah spent untuk family, sampai benda yang dari dulu dia nak sangat buat pun kene cancel.

Memanglah bile aku dapat lesen tuh, peluang untuk buat kerja yang aku suka dan pulangan yang aku dapat memang lumayan. Tapi itu untuk jangka masa panjang. Yang aku fikir untuk jangka masa pendek ni, duit yg nak digunakan tu bukan sikit ok. Kalaulah ade kecemasan berlaku, mana nak cekau duit oiiii!! Itu untuk fees saje, belanja aku nak duduk sana? Memanglah ade elaun sebulan RM500, tp taula kan duduk KL macam mane. Dulu masa praktikal aku duduk KL pun azabnyer ya ampun, Allah aje yang tau.

nah, ambik duit ni...kalau tak cukup bagitau ok.. jangan lupe convert plak duit ni.. heheh
oh, thank you so much dear...
(hmmppfftt.. I wish!)

Setiap kejayaan memang ada pengorbanan dan kesabaran.... I must think about these things seriously and make a right choice...

Lastly, thank god when I had the conversation with my mom, my dad was not around.. Kalau tak, benda hal-hal kecik pun jadi besar... aku malas nak gaduh-gaduh ni, sekali dia menyampuk macam semua benda dia fikir tu betul aje, kite nak bantah pun tak boleh. Itu memang benda yang aku dengan mak aku paling nyampah sekali. Sebab tu kitorang selalu buat benda malas nak bagitau dia awal-awal.
Related Posts with Thumbnails