Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

SS501 DESTINATION (Normal Edition) (Korean Version)

Macam biasa aaa aku hari2 tido lewat, kang bangun dah pukul berapa.. terdengar bunyi hon kenderaan, 4-5 kali dia bunyi.. tak lama pastu bapak aku masuk bilik...
"nah barang ko, dari Korea.. jauh sampai nye..."


Nilah bungkusannye, serious aku no idea apa benda kat dalam ni mulanya.. Aku ada beli barang dari Korea ke? Tengok nama pengirim tak familiar pun.. Dengan semangatnye bukak lah.. mak bapak aku pun join sekali tengok..
Buka-buka je nampak benda kaler hijau... oho0o0o.. dah tau dah...

Rupenye album SS501 yang aku order hari tu, tak sangka awal gila sampai, sebab album tu baru release. Hohohoho... So, camni lah rupa front cover album ni..

Back cover.. Nampak tu ada sticker KOMCA.. Korea mari ohh..

Ni rupa dalam dia, bersinar-sinar cd...cehh, padahal tu efek dr flash camera je.. LOL

Dalam cd ni include sekali photobook.. weeehuuuu.. Yang penting ada Jungmin... kyaaaaaaaaa!!!! Ok enough menggedik.. tsk!



kyaaaaaa... Jungmin so sekshii.. kekekeke
nampak tak baju dia tajam2 tu.. hoho


oh my angel Jungmin.. LOL








Sebenarnya ada lagi gambar HyungJoon Baby dgn KyuJong tak letak, tiba2 gambar plak corrupt, malas lah nak amik lagi.. tskk
Masa aku dapat cd ni masih lagi berbungkus dengan plastik transparent siap pelekat harga ₩13000, kalau convert Ringgit jadi lebih kurang RM34.15. Murah kan...hohoho..
Kat Malaysia belum ada lagi, tunggulah sebulan dua ni ke, tak lama lagi ada lah tu.. sebab SS501 ada official distributor kat sini. Sempat lagi kumpul duit nak beli, tapi semestinya harga bertambah sikit lah dari harga asal kat Korea kan.

When I received the album, and yeah the poster was included.. how cool is that, and I decided to photo-frame it soon.

although I hate HyunJoong's hair in this poster, but I kinda like this pic.. sebab tangan dia dgn cincin yang tajam tu nampak cam real je, hohoh efek camera je tu..

Amacam?? Jealous tak? Hehehee...

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


CNBlue Cookies

Hohoho.. dah lama tak update ni, busy.. lepas tu banyak distractions lah..
Minggu lepas seseorang telah membuat geng otteoke menjadi teruja gila, sebabnye?? Mahunye tak teruja bila dapat cookies macam ni...

 CNBlue and Yonghwa on cookies!!!

Dahla sedap pulak tu. Mak bapak aku makan pun kata sedap. Yang lain-lain sayang nak makan..hahaha. Simpan je, kalau boleh nak frame sekali.
Pastu aku share gambar cookies dari blog Waiem kat CNBlue MalaysiaFC ade pulak yang nakkan cookies tu. Hehehe..
Harap-harap tuan punye cookies tu amik order lah bila dia senang nanti, kekekeek..

Sekarang CNBlue Malaysia FC dah ada twitter sendiri ye, tolonglah follow.. hehehe.. Aku ada jugak share pasal cookies tu kat situ.. semuanya meroyan nak jugak cookies tu. Penat jugalah nak melayan kerenah masing-masing. Aigoo...


Family Outing Season 2. Episod 1 & 2


[AMARAN, entri kali ni dipenuhi dgn gambar-gambar, kalau tak suka sila jangan tengok dan jangan baca.]

Sesiapa yang memang mengikuti industri hiburan Korea mesti tau rancangan Family Outing kan. Sekarang dah masuk musim ke-2 dah. Musim pertama baru je habis bulan Februari lepas. Sedih w0oh..aku tengok pun sampai melelh air mata..sob sob.. kalau dah gelak memang macam orang giler dah.. kekekek

Jadi, sekarang ni aku nak cerita pasal Family Outing musim ke-2 plak.. jeng jeng jeng.. Siapakah permenant family untuk musim kali ni.. jom skodeng!!~

seronok beno budak2 2PM ni, alamat sapa agaknye die nak hafal tu..

milik siapakah hidung dan mata ini? kekeke

hoho, mamat rambut ponjot nih..

UEE???

tu dia, Jo Kwon dgn Yoona

Jo Kwon, Shin BongSun, Yoona, Taeyeon 
Yoon SangHyun, Kim WonHee, Ji SangRyul

Pastu diorang ni semua berkumpul satu tempat nak perkenalkan diri masing-masing. Masa tu jugaklah, diorang semua kene vote siapa patut jadi ketua untuk hari tu.

oppa??? hahah.. dah macam pakcik dgn anak sedara, lagi mau dipanggil oppa..
suke beno la tu Sanghyun.. kekekek

Taecyeon akhirnya dipilih menjadi ketua, dan2 je pastu joget lagu Heartbeat.. ahahahah
Taecyeon-ah, jangan senyum lebih-lebih plis..tak berapa nak hensem, ko memang tak hensem pun sebenarnye..kekekeke tp aku suka!

Pastu diorang ni semua meneruskan perjalanan ke mana destinasi yang ditetapkan.. tadi huha-huha sangat excited giler, hambik ko..semua dah collapse dalam bas..kekeke

Bila dah sampai destinasi tu, dorang ni ditempatkan dalam satu rumah, haaa..kat dalam rumah tula bermulanya episod orentasi ni.. macam-macamla yang terjadi..

cuba teka, ni seluar dalam siapa? kahkahkah..

kesian, artis pun pakai BB Cream tiubnya sampai jadi camtu..kekekek

habisla Jo Kwon dah mula buat perangai..hoho

orentasi tak macam orentasi, macam polis buat siasatan je.. sampai lesen memandu pun diorang ni cek, aigoo.. mesti korang tau sapa punye ni kan..kekeke

sesi perebutan makanan bermula, masing-masing dah lapar gila tahap dewa langit ke-7..kahkahkah.. siapa suruh pecah lobang bawak makanan kan, habis semua kene rebut.. siap bawak lari naik tingkat dua..kekekek

kalau dulu musim pertama ada Dumb & Dumber brothers dan Small Eyed brothers.. sekarang musim ke-2 ada Yoon Tom & Jo Jerry..hahahah yang paling jahat of course la Jo Kwon.. kekeke

haaa.. ni kenapa plak ni? ada yang cam nak terberak, yoona dah tertonggeng-tonggeng.. Jo Kwon, memang terserlah keburukan mukanya itu..kekekeek

Ni dah macam pertandingan talent time plak.. macam-macam persembahan ada, ni adalah antara yang tunjuk bakat pada malam tu..
apa yang Taecyeon dan Jo Kwon cuba lakukan..errrr...
seriously, aku ala2 ngeri campur ngilu tengok persembahan SangRyul dgn SangHyun. kekekekek

momok!!!!!!!

hahahaha..

apakah motif cuaca sejuk giler nak mamp** dgn suhu -15 darjah tapi memakai baju musim panas ni? beku o0oh..tegak semua bulu-bulu di badan..errr.. ok NEXT!!

masing-masing menahan sejuk.. yoona cam takde perasaan je.. tp muka sanghyun memang takleh blah.. kekekeke

konon-konon bercuti di tepi pantai gitteww.. taktau ke sejuk giler nak mamp**.. tu semua senyum hipokrit tuh, hahahaha..

ok, sekian untuk spoiler Family Outing Season 2 Episode 1 & 2

Credit: RSS & T2S
Feel free to repost, take out with full credit.
Please do not hot-link pictures.
Related Posts with Thumbnails