Showing posts with label Kim Hyun Joong. Show all posts
Showing posts with label Kim Hyun Joong. Show all posts

SS501 DESTINATION (Normal Edition) (Korean Version)

Macam biasa aaa aku hari2 tido lewat, kang bangun dah pukul berapa.. terdengar bunyi hon kenderaan, 4-5 kali dia bunyi.. tak lama pastu bapak aku masuk bilik...
"nah barang ko, dari Korea.. jauh sampai nye..."


Nilah bungkusannye, serious aku no idea apa benda kat dalam ni mulanya.. Aku ada beli barang dari Korea ke? Tengok nama pengirim tak familiar pun.. Dengan semangatnye bukak lah.. mak bapak aku pun join sekali tengok..
Buka-buka je nampak benda kaler hijau... oho0o0o.. dah tau dah...

Rupenye album SS501 yang aku order hari tu, tak sangka awal gila sampai, sebab album tu baru release. Hohohoho... So, camni lah rupa front cover album ni..

Back cover.. Nampak tu ada sticker KOMCA.. Korea mari ohh..

Ni rupa dalam dia, bersinar-sinar cd...cehh, padahal tu efek dr flash camera je.. LOL

Dalam cd ni include sekali photobook.. weeehuuuu.. Yang penting ada Jungmin... kyaaaaaaaaa!!!! Ok enough menggedik.. tsk!



kyaaaaaa... Jungmin so sekshii.. kekekeke
nampak tak baju dia tajam2 tu.. hoho


oh my angel Jungmin.. LOL








Sebenarnya ada lagi gambar HyungJoon Baby dgn KyuJong tak letak, tiba2 gambar plak corrupt, malas lah nak amik lagi.. tskk
Masa aku dapat cd ni masih lagi berbungkus dengan plastik transparent siap pelekat harga ₩13000, kalau convert Ringgit jadi lebih kurang RM34.15. Murah kan...hohoho..
Kat Malaysia belum ada lagi, tunggulah sebulan dua ni ke, tak lama lagi ada lah tu.. sebab SS501 ada official distributor kat sini. Sempat lagi kumpul duit nak beli, tapi semestinya harga bertambah sikit lah dari harga asal kat Korea kan.

When I received the album, and yeah the poster was included.. how cool is that, and I decided to photo-frame it soon.

although I hate HyunJoong's hair in this poster, but I kinda like this pic.. sebab tangan dia dgn cincin yang tajam tu nampak cam real je, hohoh efek camera je tu..

Amacam?? Jealous tak? Hehehee...

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


JiHoo sunbae vs ShinWoo hyung








Aku memang dah lama nampak persamaan dorang berdua ni. Baru sekarang je nak tunjuk, sebab takde gambar yang sesuai.

Rupa ada la sikit hampir sama.

Bakat main gitar, pandai nyanyi.

Pandai wat muka seksi.. miahahahahah.. Tapi seksi lagi YongHwa sebab suka main bibir..

Berlakon drama dengan membawa watak yang lebih kurang sama. Sorang firefighter, sorang anjell. Kiranya penyelamat wanita lah..

Rambut dulu dan sekarang pun macam sama jugak.

Credit pic as labeled.
Related Posts with Thumbnails