Showing posts with label Gila. Show all posts
Showing posts with label Gila. Show all posts

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


Saya Mahu Duit!!!

Had a quite serious conversation with my mom yesterday. We talked about so many things...from family, money, education and bla bla bla...

I'm quite surprised when she said 'pasal ko nak amik kursus 6 bulan untuk lesen tour guide tu, pergilah..'. And I was like, WHATTTTTTTTTTT??????????!!! dalam hati jer. Memang aku nak sangat pergi kursus tuh, but the fees will be like 'baik-aku-gune-duit-tu-bayar-installment-kereta'.
yang, I nak kereta camni..boleh la eh? hihihi

(perghhh...BMW ingat duit aku keluar cam air ke)
jap, fikir dulu... ermm, kete Hyundai je taknak ke?

tu abang I dah pakai lah!!

Aku tau memang buat masa ni dia mampu keluarkan duit sebanyak tuh, tapi aku fikir nanti dia takde savings plak. Seriously after her retirement dan lepas dia dapat duit pencen dia tuh, banyak duit dia dah spent untuk family, sampai benda yang dari dulu dia nak sangat buat pun kene cancel.

Memanglah bile aku dapat lesen tuh, peluang untuk buat kerja yang aku suka dan pulangan yang aku dapat memang lumayan. Tapi itu untuk jangka masa panjang. Yang aku fikir untuk jangka masa pendek ni, duit yg nak digunakan tu bukan sikit ok. Kalaulah ade kecemasan berlaku, mana nak cekau duit oiiii!! Itu untuk fees saje, belanja aku nak duduk sana? Memanglah ade elaun sebulan RM500, tp taula kan duduk KL macam mane. Dulu masa praktikal aku duduk KL pun azabnyer ya ampun, Allah aje yang tau.

nah, ambik duit ni...kalau tak cukup bagitau ok.. jangan lupe convert plak duit ni.. heheh
oh, thank you so much dear...
(hmmppfftt.. I wish!)

Setiap kejayaan memang ada pengorbanan dan kesabaran.... I must think about these things seriously and make a right choice...

Lastly, thank god when I had the conversation with my mom, my dad was not around.. Kalau tak, benda hal-hal kecik pun jadi besar... aku malas nak gaduh-gaduh ni, sekali dia menyampuk macam semua benda dia fikir tu betul aje, kite nak bantah pun tak boleh. Itu memang benda yang aku dengan mak aku paling nyampah sekali. Sebab tu kitorang selalu buat benda malas nak bagitau dia awal-awal.

Lelaki Idaman?

Bila bercakap tentang lelaki idaman, apa ciri-ciri lelaki idaman korang?
'aku nak yang romantik'
'aku nak yang kacak'
'aku nak yang kaya'
'aku nak muka ala-ala chinese look' ...........hhhmmmpppfttt!!!~
Macam2 laa yang korang nak.
macam aku taknak ke? pilih la aku, nanti dapat jam tangan ni free..ala-ala buy 1 get 1 free gitu..:P

Kita boleh cakap macam2, nak yang begitu, begini,...tapi nanti bila nak buat suami ingat ape yang kita idam2 kan tu dapat ke? Takde maknanyer.
Ape yang kita nak tu cuma nafsu je. Kita tak kenal lagi dengan orang yang sesuai dengan kita boleh la kita cakap macam2. Sebab tu tak kenal maka tak cinta.

Macam jugak korang suka artis korea, dah tentu lah yang jadi artis ni semua hensem2 kan. Dari situ jugak korang akan kata 'oh, dia ni hensemla, aku nak la lelaki camni'. Ko dah jadi peminat dia memang la ko suka. Tapi tahukah korang yang korang nampak tu luaran aje. Tapi memang tak dinafikan, ade jugak sifat dalaman seseorang tak banyak beza dengan sifat luaran. Tapi kalau sekadar untuk suka tu takde salahnye, takde sapa nak halang pun. Nak berangan artis tu jadi laki ko pun takpe... (erkk....ni macam kene batang hidung sendiri je..hahahah)

masih lagi kah dia ni lelaki idaman anda lepas tengok gambar ni? hahahahaahahahahah....gelakguling

Contoh lain, masa kita berada di kolej/universiti, kita dikelilingi dengan ramai manusia yg pelbagai ragam, yang si lelaki mencuci mata dengan tengok perempuan, begitu juga dengan si perempuan. Pantang nampak yang cun/hensem mesti 'nak masuk line' atau 'test market'. Sekali dah kenal, si dia yang pada mulanya ko puja-puja sangat tuh taklah seindah yang kita sangka. Tak salah kalau kita memilih, tapi jangan terlalu memilih atau meletakkan harapan yang tinggi, kang diri sendiri gak yang kecewa.

pilihlah aku jadi pacarmu....!!~
(eh, cam kenal je lagu tuh?)

Soalan 'Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?' pernah ditujukan pada aku suatu ketika dulu. (tu masa tengah boring-boring sambil borak-borak kosong la tu) Aku tak ingat pulak ape aku jawab. Sekarang ni, aku taktau nak jawab ape, sebab kehendak manusia ni berubah-ubah. Tapi sudah semestinya aku nak yang terbaik untuk aku, aku pon taknak letak harapan yang tinggi sebab aku pun sedar tahap aku kat mana.

Aku tak kisah kalau lelaki itu seorang yang 'dork' atau segila Jo Kwon. Sekurang-kurangnya dia boleh menghiburkan hati aku. Hahahaah..ke aku yang gila sekarang ni?
Yang penting sekali jangan suruh aku panggil dia 'abang'..!@&#*$#@%^$%^&^$%^$#%^##@!##$!@%$ Sumpah aku tak suka ok!
Dan semestinya dia harus berfikiran matang dan lebih logical dari aku, aku tak kisah kalau dia kelihatan seperti budak-budak atau lebih muda dari aku, asalkan bukan berfikiran macam budak-budak. Yelaa, nak buat laki kot,mestilah yang boleh guide kita ye tak.

agak-agak kalau die joget zapin atau kuda kepang camne rupenye ek?

ngan kite taknak ke?
(yang ni nak kene tunggu 15 tahun lagila, takpun abis SPM...ceh, aku dah anak dua agaknye time tuh)

Senang cerita, aku ni tak kisah sangat, agak-agak yang boleh ngam dengam aku, boleh layan kepala....aku ok aje. Terserah jer lah pada tuhan. Lagipun tak semua yang kita nak kat dunia ni kita dapat, ape yang kita dapat tu bersyukur ajelah.
Korang pulak macam mane?

Pelik kah?

  • Terjumpa budak memakai 'fur coat' di pusat membeli belah. Malaysia sudah turun salji kah? Nak kate pusat membeli-belah tu sejuk sangat tak pulak. Cuaca kat Malaysia bila akhir-akhir tahun ni memang tak menentu, hujan juga menyebabkan rasa sejuk, tapi....... Fashion victim kah beliau? Atau dia terikut-ikut gaya Gu Jun Pyo?
JunPyo: Die ikut style aku tuh, takde dapat royalti ke?
WooBin: Deyy, ko dah kaye gile pun nak royalti lagi ke?

  • Handphone ku berdering lagu SS501 - A Song Calling For You (versi bunyik video game tuh), ada budak Cina tuh pandang semacam kat aku. Dia cakap cina dengan kawan dia, 'eh, tuh lagu SS501, orang Melayu minat jugak? Tak sangka!' (tu dah translate daaa..aku paham sikit bahasa cina, tp kurang pandai untuk bercakap) Pelik kah orang Melayu minat artis Korea? Ringtone dia Super Junior - Sorry Sorry..aku tak hairan pun.
kang aku menari 'Jjangu Dance' kang, lagi die pelik lak...
  • Jalan-jalan kat pusat membeli-belah yang besar, terdapat banyak kedai baju,kasut,seluar,aksesori yang paling terkini....aku cuba carik beanie hat/beanie hat. Siap tawaf dari tingat LG,G,1 dan 2, takde langsung?? Topi, ala-ala Justin Timberlake yang sangat dah 'lame' tu melambak plak. Fur coat ada jual, takkan snow cap takde plak??!
sell, and buy me!! If not..you die!!
  • Aku makan TomYam Gung Noodle pakai chopstick. Orang Melayu sekeliling pandang aku dengan pandangan yang sangat menjengkelkan berulang kali. Siap cakap 'dah takde garfu nak pakai agaknye'. Salah ke aku pakai chopstick? Nak aje aku cakap 'weiii, kau ni tak satu Malaysia langsung la, mesra alam lagi laa tak agaknye kau ni!'.
jemput makan, salam satu Malaysia!!
(dia nak suruh aku cakap camtu agaknye kat die)

Dialog hari ini:
Aku: Avatar pukul 3 ptg untuk 2 orang!
Cinema Cashier: RM16.00
(tak lama kemudian)
Uncle Lim: Santau, 5 petang..4 orang ah.
Aku: (dalam hati) whoaaaa..cayalah uncle! (senyum)kenyit

Nota tepek kat dahi: 'Uncle Lim' nama hanya rekaan semata-mata. Takkan aku nak tanye nama betul dia plak!

Cakap sorang-sorang. Gila kah?

Pernah tak korang rasa menyampah bila cakap dengan orang?
Pernah tak korang rasa macam ko cakap dengan tunggul?
Pernah tak korang bila cakap elok-elok, tapi respon yang ko dapat rase nak bagi terajang kat dia?
Pernah tak korang rasa lonely?
Pernah tak korang cakap dengan kucing, pokok, atau teddy bear kesayangan korang?

hmmm, pernah ke aku? Rasenye pernah, cakap dengan camera..hihihi

Untuk semua soalan di atas, jawapan aku adalah YA!

Sapa yang selalu singgah kat blog ni, mesti selalu nampak aku cakap sorang2 kat 'kotak jerit' tu kan. Terutamanya Ashie, aku siap kene sound lagi....wakakaka. Bak kata HuruL a.k.a HuHo, ape guna ade kotak serbaguna tu kalau tak digunakan. Betul gak tu. (eh, tu kan account aku, kotak aku, aku punye suke la nak buat ape)

Tipulaa kalau nak kate takde orang yang tak pernah cakap sorang2. Contohnye macam aku ni, dahla tinggal ber-3 je dengan parents pulak tu. Ada benda yang kita boleh cakap dengan orang tua kita, ada benda yang tak. Sebagai contoh, aku tengah tgk video Kim Joon pakai rambut palsu jadi perempuan, cantik pulak tu, aku pun kate 'cutenyerrrrrrrrrrrrrrrrrr!!' (memang ada la video tuh) Takkan aku nak cakap dengan mak aku plak? (padahal mak aku dengar je tetibe aku gelak sorang2 cakap 'cute' kat dalam bilik)

comel giler kan I? hihihihi
(you, kenapa pakai cam gini? malu ahh...errr, tp cute jugak! Hahahah)

Kadang-kadang bile kita tak puas hati pasal sesuatu tuh mesti kita rasa marah, geram atau nak lempang orang, betul tak. Sebab tu jugak aku gunekan 'kotak jerit' tu nak lepaskan marah aku. Daripada aku lepaskan kemarahan aku kat orang lain atau tiba2 nak pergi serang orang tak pasal2, lantak lah aku nak cakap bahasa ape pun.

Bila kita stress pasal kerja pun menjadi faktor kita nak cakap sorang2. Hahahah...yang ni HuruL selalu buat. Kalau aku pulak masa zaman belajar, tension dengan banyak assignment. (zaman tu tak pakai 'kotak jerit' lagi) Tengah buat assignment tu boleh plak aku cakap 'woiii, stress la! keje banyak dowh!!! 1 assignment je nak 200 page..gile!!! Pastu bagi masa dahla seminggu je, gile!!!!' Tiba-tiba kawan aku sound 'ko cakap dengan sapa?' Hahahahahah.. Benda yang kita cakap tu kalau boleh nak je kita cakap kat boss atau lecturer kita, betul tak? Tapi kerana rasa takut, tak sampai hati atau pape jer lah, tu yang jadi cakap sorang-sorang tu.

gua stress laa!! bagi lu makan kasut ni kang!!!

Ataupun, rasa lonely gila... Tu jugak antara sebab aku cakap sorang-sorang. Contohnya, macam aku nak cakap something yang biasanya aku akan cakap kat kawan rapat aje. Tapi dia takde, bz dating, kerja atau study. Yang jadi mangsanye sekali lagi kotak jerit tuh jugak, hahahaha... Ade satu masa tu aku cam sedih gila, siap nyanyi lagu ape ntah...liriknye aku taip kat kotak jerit tu nak tunjuk rasa sedih punye pasal. (tu macam terasa nak pegi karaoke pun ye jugak tu)

bosan...dorang sume tinggalkan aku, hmmm..cakap dengan radio jerla nampaknyer.

Banyak lagi sebab kenapa aku cakap sorang-sorang. Agak-agak kalau terbaca ntahpape mesej kat 'kotak jerit' tu paham-paham ajer la ek. Huhuhu...

Tak puasa!

Ok, aku masih dalam mode menyelimutkan diri, heheh...

Sementara nak tunggu mp3 yang aku download tu complete, aku baring-baring jap. Biasalah, mase baring-baring tu mesti fikiran aku melayang ntah ke mane. Tiba-tiba aku teringat masa bulan puasa lepas, time buka puasa kat kfc.

baring-baring sambil berangan makan ketupat dengan rendang daging.. oh, bestnyer!

Sebenarnya time tu aku tak puasa, masalah perempuan daaaa... Huhu! So, aku la tukang order makanan semua. Time2 period ni memang aku malas sikit, pastu macam cepat penat, lagi plak sebelum buka tuh kitorang pegi shopping barang-barang sikit. Nak elakkan beratur panjang kat kaunter aku beratur la dalam 45 minit sebelum buka. Duhhh..kfc servis macam sial! Sorry to say la. Bulan puasa mesti ramai manusia buka luar kan, dari 4 kaunter tu, dia bukak 2 kaunter je, bodoh tak bodoh? Hangin je aku! Baru 10 minit beratur belakang aku je dah berderet manusia. Dah tu buat kerja lembab! Aku dahla haus giler ni....

Sampai je turn aku, aku order laju-laju..terkebil-kebil mamat tu nak tekan button kat mesin tuh, hahahaah...
Dah, dapat makanan semua, aku letak je makanan dgn air atas meja, terus duduk pastu minum air. Ade minah meja sebelah aku ni pandang semacam je..... Aku pun terpikir ape hal dia nih??
And then, aku perasan air dalam gelas aku tuh dah tinggal separuh... ya ampun!! Aku minum di khalayak ramai rupenyer..hahahaahahah!! Oklaa, memang la aku tak puasa tapi agak2 la kan, yang aku pon boleh selambe je minum. Nasib baik tempat yg aku duduk tu agak tertutup...

huh, tak sabo sangat agaknyer.. air tu bukan lari pun...
(lebih kurang camnila minah tu pandang aku..haha)

Tapi aku rase cam nak bagi penampar je kat minah. OKlaa, aku dah kantoi minum sebelum waktu buka tu satu hal, ko tak payahla nak tengok aku semacam lame2 pastu nak kecoh kat kawan-kawan ko yang lain. Lepas tu nak pandang banyak kali. Hello! Ko bukan perempuan ke? Paham-paham je la situasi aku, lagipun aku rase die sorang je yang nampak aku minum time tu. Pastu nak pandang2 senyum2 sindir aku, ko apehal???? Gile perangai kekampungan!!!

lu pehal? tak puas hati dengan gua ke?

Kalau aku jadi dia, aku tak heran pun kalau perempuan yang minum time tu. Lagipun bukannya aku jalan sambil minum ke yang memang orang ramai terang2 nampak. Aku selalu je nampak orang melayu tak puasa, minum terang2 kat kedai makan terbuka, takde pon nak pandang2 macam dia.
Duhhhh..gile kampung perangai!! Weii, orang yang lagi kampung dari ko pun tak perangai macam ko lah! FYI aku pun orang kampung jugak!! Bluwerkkk, you suck!! Hahahah...

Kim Joon semakin popular!!~

Haduii, nak pecah perut aku gelak masa tengok Invincible Youth tadi... Takleh blah betul masing-masing punye perangai dalam rancangan tuh.. (intro yang takde kene-mengena langsung dgn entri kali ni)

Pastu tadi aku bukak nuffnang.. aku suke tengok apa keywords yang keluar untuk sampai ke blog aku.. Aku cam tak caye jer keywords tu yang masuk..aku bantai gelak macam orang giler jugak lah tadi. Tapi pada masa yang sama aku rase cam 'sampai camtu sekali ko nak cari info pasal dia'...

(sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat!)

Hahahaha..takleh blah dowh. Sapa punye kerja la ni?? Aku cek kat traffic feed datang dari Oslo, biar betul???? Ke dia ni bloggers jugak, tp die letak alamat untuk traffic feed dia kat Oslo? (padahal orang Malaysia jugak) Kalau 1 je keyword yang lebih kurang sama tu aku takdelah hairan sangat, ni sampai 4!! Aigoo....Otteoke???? Apa yang dia nak cari ni sebenarnya??? Hahahaha....aku taip entri ni pun sambil senyum-senyum.

KimBum: Huh, sangat takleh blah keywords.
HyunJoong: Haha, tula..aku nak tau sangat sapa lah orang yang buat tu.

KimJoon: Uhukk..sampai hati. Siapelah aku ni kan..sedih wo0o..

Aku: You takyah la sedih, kan I dah ckp, you gemuk ke kurus ke I tetap suke..*wink wink*

(sila muntah darah lagi!)
Related Posts with Thumbnails