Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Pelik kah?

  • Terjumpa budak memakai 'fur coat' di pusat membeli belah. Malaysia sudah turun salji kah? Nak kate pusat membeli-belah tu sejuk sangat tak pulak. Cuaca kat Malaysia bila akhir-akhir tahun ni memang tak menentu, hujan juga menyebabkan rasa sejuk, tapi....... Fashion victim kah beliau? Atau dia terikut-ikut gaya Gu Jun Pyo?
JunPyo: Die ikut style aku tuh, takde dapat royalti ke?
WooBin: Deyy, ko dah kaye gile pun nak royalti lagi ke?

  • Handphone ku berdering lagu SS501 - A Song Calling For You (versi bunyik video game tuh), ada budak Cina tuh pandang semacam kat aku. Dia cakap cina dengan kawan dia, 'eh, tuh lagu SS501, orang Melayu minat jugak? Tak sangka!' (tu dah translate daaa..aku paham sikit bahasa cina, tp kurang pandai untuk bercakap) Pelik kah orang Melayu minat artis Korea? Ringtone dia Super Junior - Sorry Sorry..aku tak hairan pun.
kang aku menari 'Jjangu Dance' kang, lagi die pelik lak...
  • Jalan-jalan kat pusat membeli-belah yang besar, terdapat banyak kedai baju,kasut,seluar,aksesori yang paling terkini....aku cuba carik beanie hat/beanie hat. Siap tawaf dari tingat LG,G,1 dan 2, takde langsung?? Topi, ala-ala Justin Timberlake yang sangat dah 'lame' tu melambak plak. Fur coat ada jual, takkan snow cap takde plak??!
sell, and buy me!! If not..you die!!
  • Aku makan TomYam Gung Noodle pakai chopstick. Orang Melayu sekeliling pandang aku dengan pandangan yang sangat menjengkelkan berulang kali. Siap cakap 'dah takde garfu nak pakai agaknye'. Salah ke aku pakai chopstick? Nak aje aku cakap 'weiii, kau ni tak satu Malaysia langsung la, mesra alam lagi laa tak agaknye kau ni!'.
jemput makan, salam satu Malaysia!!
(dia nak suruh aku cakap camtu agaknye kat die)

Dialog hari ini:
Aku: Avatar pukul 3 ptg untuk 2 orang!
Cinema Cashier: RM16.00
(tak lama kemudian)
Uncle Lim: Santau, 5 petang..4 orang ah.
Aku: (dalam hati) whoaaaa..cayalah uncle! (senyum)kenyit

Nota tepek kat dahi: 'Uncle Lim' nama hanya rekaan semata-mata. Takkan aku nak tanye nama betul dia plak!

Cakap sorang-sorang. Gila kah?

Pernah tak korang rasa menyampah bila cakap dengan orang?
Pernah tak korang rasa macam ko cakap dengan tunggul?
Pernah tak korang bila cakap elok-elok, tapi respon yang ko dapat rase nak bagi terajang kat dia?
Pernah tak korang rasa lonely?
Pernah tak korang cakap dengan kucing, pokok, atau teddy bear kesayangan korang?

hmmm, pernah ke aku? Rasenye pernah, cakap dengan camera..hihihi

Untuk semua soalan di atas, jawapan aku adalah YA!

Sapa yang selalu singgah kat blog ni, mesti selalu nampak aku cakap sorang2 kat 'kotak jerit' tu kan. Terutamanya Ashie, aku siap kene sound lagi....wakakaka. Bak kata HuruL a.k.a HuHo, ape guna ade kotak serbaguna tu kalau tak digunakan. Betul gak tu. (eh, tu kan account aku, kotak aku, aku punye suke la nak buat ape)

Tipulaa kalau nak kate takde orang yang tak pernah cakap sorang2. Contohnye macam aku ni, dahla tinggal ber-3 je dengan parents pulak tu. Ada benda yang kita boleh cakap dengan orang tua kita, ada benda yang tak. Sebagai contoh, aku tengah tgk video Kim Joon pakai rambut palsu jadi perempuan, cantik pulak tu, aku pun kate 'cutenyerrrrrrrrrrrrrrrrrr!!' (memang ada la video tuh) Takkan aku nak cakap dengan mak aku plak? (padahal mak aku dengar je tetibe aku gelak sorang2 cakap 'cute' kat dalam bilik)

comel giler kan I? hihihihi
(you, kenapa pakai cam gini? malu ahh...errr, tp cute jugak! Hahahah)

Kadang-kadang bile kita tak puas hati pasal sesuatu tuh mesti kita rasa marah, geram atau nak lempang orang, betul tak. Sebab tu jugak aku gunekan 'kotak jerit' tu nak lepaskan marah aku. Daripada aku lepaskan kemarahan aku kat orang lain atau tiba2 nak pergi serang orang tak pasal2, lantak lah aku nak cakap bahasa ape pun.

Bila kita stress pasal kerja pun menjadi faktor kita nak cakap sorang2. Hahahah...yang ni HuruL selalu buat. Kalau aku pulak masa zaman belajar, tension dengan banyak assignment. (zaman tu tak pakai 'kotak jerit' lagi) Tengah buat assignment tu boleh plak aku cakap 'woiii, stress la! keje banyak dowh!!! 1 assignment je nak 200 page..gile!!! Pastu bagi masa dahla seminggu je, gile!!!!' Tiba-tiba kawan aku sound 'ko cakap dengan sapa?' Hahahahahah.. Benda yang kita cakap tu kalau boleh nak je kita cakap kat boss atau lecturer kita, betul tak? Tapi kerana rasa takut, tak sampai hati atau pape jer lah, tu yang jadi cakap sorang-sorang tu.

gua stress laa!! bagi lu makan kasut ni kang!!!

Ataupun, rasa lonely gila... Tu jugak antara sebab aku cakap sorang-sorang. Contohnya, macam aku nak cakap something yang biasanya aku akan cakap kat kawan rapat aje. Tapi dia takde, bz dating, kerja atau study. Yang jadi mangsanye sekali lagi kotak jerit tuh jugak, hahahaha... Ade satu masa tu aku cam sedih gila, siap nyanyi lagu ape ntah...liriknye aku taip kat kotak jerit tu nak tunjuk rasa sedih punye pasal. (tu macam terasa nak pegi karaoke pun ye jugak tu)

bosan...dorang sume tinggalkan aku, hmmm..cakap dengan radio jerla nampaknyer.

Banyak lagi sebab kenapa aku cakap sorang-sorang. Agak-agak kalau terbaca ntahpape mesej kat 'kotak jerit' tu paham-paham ajer la ek. Huhuhu...

Sejuk!!~

Sejak 4-5 hari ni, aku tido mesti guna selimut. Selalu tak pun. Sebelum ni aku tido siap bukak aircond lagi, kadang-kadang kipas pun aku on, tak pulak aku sibuk nak carik selimut. Selimut aku tebal sikit dari tuala mandi, besar lebih kurang cadar tilam queen size tuh haa.. Ape lagi, berselubung la aku, tapi dah tau sejuk taknak pulak tutup aircond. Apsal eh?

hehehe..buat ape dalam selimut tuh?? selimut besar-besar 'takkan pakai sorang je'..lalalala

Yang aku pelik bila time aku sejuk mak aku plak rase panas, bila aku rasa panas, dia plak kate sejuk. Pelik tau mak aku ni. Tu yang kadang-kadang aku panggil dia kulit buaya.. hahahah.. Dia tido kat bilik dia bukak aircond jarang sangat aku tengok dia pakai selimut. Bertukar-tukar deria rasa kah? Ni aku taip entri ni aku tengah pakai selimut jugak....erghhh!!~

I kat sini pun sejuk gak, selimut I lagi tebal tau..taknak join sama ke? hihihi...

(takleh blah dinding bunga-bunga)

*Ade jer gambar-gambar dorang ni relate dengan entri aku..kihkihkih.
Related Posts with Thumbnails