Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Cerita Sepanjang Mei dan Sedikit di Bulan Jun.

Perghhh.. bersawang sudah blog aku ni.. fuhh fuhhh... (cuma sempat update lagu je apa kes)
Kalau dilihat kat kotak jerit kat sidebar ni, ada yang suruh aku update.. ye memang dah lama sangat terabai blog ni... Ntahlah.. makin bosan pulak rasanya...
Sebulan tak update blog tu.. mwahahahaah... ok, aku ringkaskan apa yang terjadi dalam masa sebulan ni...

1. Happy Birthday to Me!!!



Lihatlah!!!! Sekali 3 bloggers buat entri untuk birthday aku 5 Mei lepas. Kamsahamnida. Arigato Gozaimasu. Semangat tu weh... kekekek..Ketiga-tiga blog inilah yang aku selalu datang buat kacau. Kekekeek...padahal baru kenal last year gara-gara kegilaan kitorang kepada hiburan dari Korea.
Semua letak gambar KimJoon plak, aigooo... (owh,FYI KimJoon is my hubby in fan-dom world..hahaha)

2. http://go.hurulaini.net
Forum GO dirasmikan pada bulan Mei, exactly the same day on my birthday. Betulkan Hurul? hehehe.. kat forum ni we all share macam-macam info pasal hiburan Korea dan Jepun terutamanya. Sapa yang berminat sila lah register ye, dan tunggu giliran korang untuk disahkan pendaftarannye. (perghhh tak skema plak ayat)

3. Korean Arirang Week/My Star Shop
6 Mei hari tu aku pergi KL, saja jalan.-jalan.. Dah lama tak pergi sana. Sampai KL je aku pergi Times Square shopping. Hohoho.. tengoklah apa yang aku beli..

I bought this as a birthday present to myself. Puas hati..hoho.. ermm.. Pada yang berkenaan nanti aku pos ye, aku tak sempat lg nak pos.. hohoho..
Lepas tu esoknye aku pergi Istana Budaya, ada Korean Arirang Week katanya. Sebenarnya memang mula-mula nak pergi, pastu tak jadi. Aku dengan kawan aku pergilah tempat lain. Pastu last minit tukar plan plak IB. Sumpah best!!! Event ni sempena dengan 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Korea. Kat event ni jugak dorang cuma persembahkan persembahan muzik dan tarian Korea je. Aku suka gila bila orang Korea tu nyanyi lagu Ikan Kekek. Enjoy..siap tepuk tangan lagi.




4. Blog Terabai
HAHAHAHAHA.. ok kalau korang perasan last entri aku pada 6/5 kan. Itupun ntah ape2 punye entri. Seriously, aku memang takde mood nak blogging sekarang. Banyak distractions. Dalam blog aku pun bukan aku cerita apa sangat. Lagipun sejak ada forum GO aku lagi rajin update kat sana. Takpun borak2 dengan user lain kat shoutbox.

5. 501 Day
Tarikh 1 Mei tu dulu katanya kumpulan kegemaran aku dari Korea iaitu SS501 akan buat 'comeback' tapi delay katenye. Takpelah, lagipun banyak hal dan masalah yang timbul. Sebagai peminat tegar aku rela tunggu. Namun begitu salah seorang ahli kumpulannya iaitu Park JungMin telah mengadakan Royal Avenue Opening Day pada hari tersebut. Fuiyo0o bangga siot!!! Royal Avenue tu jenama baru untuk menjual pakaian/kasut/aksesori wanita. Selain tu ada online/offline shop jugak untuk jenama ni. Tapi kalau tak silap jugak dulu ada jenama lain Royal Straight Flush yang khusus untuk lelaki. Tapi tak terkenal sangat sebab marketing strategy failed! hohoho.. tp untuk pengetahuan semua Jenama tu dah taja banyak artis contohnya pakaian F4 dalam BOYS OVER FLOWERS.


6. SS501
Bulan ni jugak SS501 release album baru dan 'comeback' selepas tamat promosi REBIRTH pada tahun lepas. Album yang bertajuk DESTINATION ni memang dapat sambutan ramai dan pujian daripada yang bukan peminat mereka juga. Membuat kemunculan pertama di Dream Concert Mei lepas.



Kerana kegilaan aku pada mereka ni, aku siap beli album terus dari Korea.. hahahahahahaha dah dapat dah pun. Semangat tuuu.. Albumnya ada 2 versi, tapi kerana ongkosnya kurang ada, kena la beli yang normal edition punya dulu. Special edition punya nanti dulu..takpelah.. kekekeek


7. CNBLUE
Bulan Mei ni jugak CNBlue release album baru bertajuk BlueLove.. Lagu Love Light menjadi siulan peminat CNBlue. Dalam album ni lagu-lagu mereka ada berentak rock dan broadway. Ohh syabas!! So everybody spread the LOVE and CLAP CLAP CLAP along with the songs ok.

Korang dah beli belum album CNBLUE?? Nak order?? kekekek.. Sila click kat gambar CNBLUE kat sidebar ni ye untuk info.

8. T-Max
hohohoo.. satu lagi kumpulan dari Korea menjadi kegilaan aku. T-Max. Korang mungkin kurang kenal dengan nama kumpulan ni. Tapi kalau aku sebut KimJoon atau Song WooBin Boys Over Flowers mesti kenal. hehe.. Dialah ahli kumpulan T-Max. "almost paradiseeeeeeee" ni juga lagu kumpulan T-Max. Mereka telah muncul dengan album baru iaitu Born To The Max. T-Max juga menambah ahli kumpulan baru iaitu Park Han Bi dan Joo Chanyang setelah Park YunHwa ke 'military service'. Album T-Max juga dalam senarai pembelian aku.. hahahaah





Hurmm.. apa lagi? Cukuplah kot.. panjang sangat dah ni..
Harap-harapnya aku tak malas lagi nak update blog lepas ni..

Oh ye.. Siapa yang selalu baca blog Waiem pasal drama dan info tentang Korea, beliau telah melangsungkan perkahwinannya pada 5/6 hari tu. Selamat Pengantin Baru ye, semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Kidong.. kekekekeek.. Dan juga Selamat Hari Jadi semoga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur bersama suami tercinta.
Maaflah ye, sebab tak dapat datang.. walaupun di Johor dan ambe di Batu Pahat. Nantikan sahaja hadiah dari ambe.. kekekeek


[Info] Islam di Korea

(ini adalah salah satu entri terperap)

Dalam internet ni macam-macam benda kita boleh cari kan. Tapi sekarang ni aku tengah gila dengan Korea, hahaha.. Whatever you say, I'm Lovin' It. Jadi aku search lah macam-macam pasal Korea ni, tentang budaya, hiburan, cara hidup, apa-apa jerlah yang berkaitan dengan Korea. Tapi aku sangat tertarik dengan cerita Islam di Korea ni. Macam-macam info dah aku baca. So, aku nak kongsi dengan korang apa yang aku dapat tadi..

Tentera Korea beragama Islam menunaikan solat di Masjid Hannam-dong, Seoul/Yonhap
Korean Muslim soldiers pray at a mosque in Hannam-dong, Seoul/Yonhap

Aku tau kat mana-mana negara mesti ada umat Islam, aku tak terkejut kat Korea ada orang Islam pun, tetapi cuma sedikit terkejut sebab ada tentera Korea yang beragama Islam.
Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini.

Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.

dipetik daripada : http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Korea



Seoul Central Mosque

Masjid ni dibuka pada tahun 1976, di Itaewon, Seoul. (tiba-tiba teringat movie The Case of Itaewon Homicide, hahahaha) Lokasinya di Hannam-dong, Yongsan-gu. Masjid ini mengadakan ceramah agama berbahasa Inggeris, Arab dan bahasa Korea. Pada setiap solat Jumaat, biasanya lebih kurang 800 umat Islam yang kebanyakkan dari India, Turki, Pakistan dan Arab menunaikan solat di sini.
Masjid ini adalah satu-satunya Masjid di Seoul, dan ia juga menjadi antara salah satu tarikan pelancong dan juga masyarakat Korea sendiri untuk mengetahui serba sedikit tentang Islam.
Ada insiden mengenai masjid ini di mana ada lelaki bersenjatakan pedang memasuki masjid, oleh kerana itu polis diperlukan untuk melindungi masjid untuk beberapa bulan selepas kejadian.

Kronologi
  • 1955 (September): Imam Zubercoch and Abdul Rahman, Participated in the Korean War as military service members, reached Quran for the first time in Korea.
  • 1955 (October): Korean Muslim Committee started (Umar Kim Jin Kyu as Chairman: Imam and Secretary General uhammad Yoon Doo Young)
  • 1961 (September): 14 men mission headed by Senator Ubaidulla of Malaysia stayed in Korea for 13 days.
  • 1962 (August): The Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman donated $33,000 for the construction fund of Central Masjid of the Korean Muslim. (Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut terbantut akibat inflasi.) ---- betul ke terbantut? ni yang nak kene cek balik ni...
  • 1963 (October): The Malaysian Speaker brother Haji Muhammad Noh visited Korea in (promised to propose to the Malasian government for the development of Korean Muslim)
  • 1967 (March): Korea Islam Foundation approved by Ministry of Culture and Information of Korea (Approval No. 114, March 3, 1967)(Chairman Suleiman Lee Hwa Shik), Secretary General Adul Aziz Kim Il Cho)
  • 1974 (December): Through the good offices of late President Park Jung Hee, 1,500 m2 of land was donated as building site for Central Masjid.
  • 1974 (May): Construction of Seoul Central Masjid and Islamic Center were completed and opened.
  • 1976 (December): Busan Temporary Masjid opened, Br. Kim Myung Hwan began to perform dawah work.
  • 1976 (March): Korea Islamic Cultural Centre Installed and being operated in Jeddah, Saudi Arabia
  • 1978 (April): Temporary Masjid opened at Yok-ri Gwangjoo-eup, Gyunggi-do, Korea: brother Abdullah Jun Deuk Lin began to preach Islam to the people.
  • 1978 (October): The largest pilgrimage group of 132 persons went to perform the holy pilgrimage for the first time in Korean History; Kuwait Temporary Masjid opened.
  • 1980 (May): The then prime Minister Choi Gyu Hwa promised to King Khalid of Saudia Arabia to donate the land for the construction of Korea Islamic College during the joint comminique.
  • 1980 (July): 130 thousand Pyongs of land was donated for the construction of Islamic College in Yongin, Gyunggi-do, Korea.
  • 1980 (September): Opening ceremony of Pusan Al-Fatah Masjid was held
  • 1981 (June): Opening ceremony of Kwang-Ju Masjid was held
  • 1982.(August): Indonesia Branch was established
  • 1983 (August): W.A.M.Y. Seoul Regional Camp was held under the auspices of O.I.C. & W.A.M.Y.
  • 1984 (August): W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held.
  • 1985.(July): The 1st Leadership Training Camp was held
  • 1985 (August): The 2nd W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
  • 1986.(April): Opening ceremony of Anyang Rabita Al-Alam Al-Islamic Masjid was held
  • 1986 (September): Opening ceremony of Jeon Joo Abu Bakr sidiq masjid was held
  • 1987 (August): 87 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
  • 1988 (August): 88 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held

Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjadi ketara. Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam; apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli. Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini terdapat juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju and Daegu. Menurut Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), presiden Institut Islam Korea, terdapat lebih kurang 40,000 orang Islam yang berdaftar di Korea Selatan, dan lebih kurang 10,000 dianggarkan adalah penganut yang soleh

Yayasan Muslim Korea menyatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam yang pertama dan akan dinamakan Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada bulan Mac 2009 dengan matlamat untuk membantu orang Islam di Korea mempelajari agama mereka menerusi kurikulum sekolah yang rasmi. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah-sekolah menengah dan malahan universiti. Abdullah Al-Aifan, Duta Arab Saudi ke Seoul telah mengirimkan $500,000 kepada yayasan tersebut bagi pihak kerajaan Arab Saudi.

Ramai orang Islam Korea mengatakan perbezaan gaya hidup mereka membuatkan mereka dapat berdiri teguh berbanding orang lain dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kebimbangan terbesar mereka ialah sikap prejudis yang dirasai mereka selepas peristiwa 11 September 2001, ketika ramai orang menunjukkan minat terhadap idea-idea keislaman namun kebanyakannya jahil tentangnya.

Sumber:
  • http://koreanarakitaku.blogspot.com/2009/02/agama-islam-di-korea-dan-orang-korea.html
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Korea
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Seoul_Central_Mosque
  • http://www.islamkorea.com/english/
*don't blame me IF some of the infos are wrong.

Ni antara info-info yang sempat aku baca, banyak lagi sebenarnya, takkan aku nak letak semua kat sini kan.
Akhir sekali aku nak bagitahu korang semua yang kat luar tu dok kutuk aku minat dengan Korea aje macam minat secara membabi buta. Nak ke korang baca info-info macam ni? Bukak la mata sikit, aku minat bukan secara membabi buta, tapi aku belajar daripada apa yang aku minat. Yang baik kita ambil, yang buruk kita ambil juga tapi cuba kita betulkan yang buruk tu, yang terlebih buruk tu ko buang la jauh-jauh!

Minat tu minat lah juga dengan hiburan Korea, tapi benda yang berilmiah pun aku ambil kira juga. Korang jangan tahu nak hentam aje. Ape hina sangatkah golongan yang minat hiburan Korea/Jepun ni? Nak kutuk-kutuk plak, korang BAGUS sangat ke? Aku tak kata aku bagus, tapi aku nak tunjuk kat korang semua yang korang tu salah!!

Ok, sekian

Domestic Overseas....

Ok, sebenarnya entri ni dah lama.. Tapi tiba-tiba ada orang komen, iaitu Shee. Huhuh..
Gambar-gambar ni diambil masa aku dengan classmate pergi buat assignment untuk Tourism Marketing. Kitorang kena buat documentary untuk promote tempat ni.

Nama tempat ni Tropical Village. Lokasinya di Ayer Hitam, Johor. Kalau dari rumah aku dalam 40 minit je. Group aku cuma 4 orang. Sebenarnya aku buat kat sini pasal nak save budget, haha taknaklah buat jauh-jauh. Kawan-kawan yang lain tu 2 orang dari Kelantan, seorang dari Terengganu. Alang-alang dah dekat dengan rumah aku, dorang tido jerlah kat rumah aku, daripada pergi jauh-jauh pastu nak tido hotel la apela kan. Makan tidur pun FOC je, hahahah.

Tempat ni nak kata macam theme park, tak jugak. Kawasan pun takde la luas mana pun. Kat dalam tempat ni ada mini-world landmarks macam Statue of Liberty, Eiffel Tower, Grand Pyramid and Sphinx of Egypt, Taj Mahal, dan lain-lain lagi. Selain dari tu, ada Ghost House dengan Alien House. Aku cuma masuk kat Alien House aje, tapi sound efek dalam tu dari rumah hantu. Dahla gelap nak mamp**.. Memang tak nampak ape2. Alien pun nampak cuma samar-samar je.

Kalau tengok video masa kitorang dalm rumah alien tu, mesti korang gelak. Tapi mana ntah videonya..ishh..
Korang layan jer lah gambar kat bawah ni ek.



















Orang Takde Sivik dalam Kapal Terbang

Hari ni aku makan cara macam org Korea, cuma bukan makan makanan Korea aje. Bayangkan, mangkuk nasi lain, mangkuk sup lain, pinggan lauk lain, bila makan pun nasi tak dicampur dengan sup dan lauk, makan asing-asing. (tengok lauk jugak, ade juga orang Korea makan nasi dicampur dengan lauk..takde spesifikasi tertentu cara mereka makan)
Peduli lah aku nak makan cara ape pun, janji tidak sampai orang cakap aku makan macam orang takde sivik.
Hahahaha..lagi sekali intro cam tak kena je dengan tajuk entri.

Sivik atau civic, maksudnya of or belonging to a city or citizen. Kalau ikut fahaman aku macam tanggungjawab semua orang lah. Tetapi tengok juga situasi yang bagaimana untuk dikatakan tanggungjawab seseorang itu.

Minggu lepas kan aku pergi Sarawak (ape kisah kat sana nanti aku cerita dalam entri lain), nak ke sana tentulah kena naik kapal terbang. Dah 22 tahun aku hidup, ni lah baru first time naik kapal terbang, ahahaahahha... Prosedur untuk ke sana dan mengharungi hari-hari nak berlepas semua berjalan dengan lancar. Tetapi tidak ketika perjalanan pulang dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Rabu lepas 3 Februari 2010, penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur adalah pukul 7.10 petang dengan Airbus AK5215. Aku pun masuklah dalam pesawat macam biasa, cari seat dan terus duduk dan pakai tali pinggang keselamatan. Seat aku nombor 22D. Tiba-tiba datang satu couple ni duduk depan seat aku. Duduk tak boleh nak slow2 agaknye, die macam menghempaskan diri dia untuk duduk kat seat tu. Lepas tu mulut dia bising aje cakap-cakap entah pape. Wei, ko sedar tak AirAsia ni seat dia limited space, agak2 la nak duduk pun.

Dahla tuh, masuk2 flight aje terus makan tak berhenti-henti. Pastu duduk nak sedap rileks konon, dia menurunkan seat dia ke belakang tanpa hiraukan aku yang duduk belakang dia. Wei, gila! Flight belum berlepas ko nak turunkan seat ko apehal? Bila dah macam tuh tentulah ruang untuk aku makin kecil betul tak?

Tapi thanx la, nasib baik badan lu tak camni bro...
wakakaakakak...

FA atau flight attendant yang lalu ruang tengah jalan tu siap tegur lagi suruh dia naikkan seat dia, sekali. Dia pun naikkan lah siap cakap sorry. Pastu dia sambung makan lagi, huha huha dengan bini dia, kecoh giler..jakun ke ape mamat ni.
Tak lama lepas tu, dia turunkan lagi seat dia, dahla duduk tak reti diam. He keeps pushing the seat while seating on it. Wei tak cukup besar ke untuk ko? Dah tak cukup ruang untuk ko tapi ko nak conquer space orang lain plak. Dah tau ruang AirAsia kecik, apsal ko tak naik MAS aje! Ko tak mampu ke? Kalau tak mampu, then please respect others la you jerk!! Gila selfish orang macam ni. Dan untuk kali ke-2 FA tegur dia untuk naikkan semula seat. Ape yang aku perasan dia ni, mata dia bila pandang FA yang cun2 tuh macam nak makan orang. Dasar lelaki..hmmmppffftt!!! Bila flight nak berlepas FA pun duduk la kat seat dia sendiri kat cabin tu, dia usha2 sampai belakang dia turunkan sekali lagi seat dia. And I was like WTF!!!!!! Kalau nak ikutkan rules bila flight berlepas seat tu kena tegak la bodoh!! Bangang ke apa kau ni.

Nasib FA tu tak seksi camni, kalau tak mesti lu dah terkam dia kan bro.. lu pun dah tak ingat bini lu kat sebelah kan...ahahahaah

Dia ni memang manusia tak tau adab. Serious shit!! Orang macam ni tak boleh bawak majlis. One more thing, dalam flight mana boleh ambil gambar tak digalakkan pakai flash. Tapi selamba badak dia je guna flash, mencapab sana-sini. Macam la ko dgn bini ko tuh hot sangat. Blah la wei! Gua tengok rambut lu pun gua rase cam nak muntah, tercacak2 keras macam lidi. Cicak jatuh atas kepala lu pon boleh mampos tau tak!! Sepanjang penerbangan tuh dia sangat tak boleh duduk diam. Makan dahlah non-stop, tak cukup makan ke ape. Lepas tu siap merendek lagi. Wei macam ko sorang aje nak bercinta. Poyo la kau ni. Malu la sikit, public kot.

Kan bagus kalau lu duduk sopan beradab tatasusila camni..
dan kalau ruang seat tu luas camni, gua tak heran la bro...

Ok, memang gua emo taip entri ni. Hahahaah..bile fikirkan balik, mana aku tak emo, dahla aku tengah demam, so aku nak la suasana yang selesa dalam penerbangan tu. Tapi malangnya tak dapat gara-gara manusia takde sivik ni.

Sambung lagi perihal dia ni. Lebih kurang 15 minit nak sampai LCCT dan untuk landing, time tu la dia pening la apelaa, siap bini dia urut2 la bagai. Dalam hati aku padan dengan muka ko, selfish sangat. Kalau ko mampos pun aku pedulik ape. Allah tu maha adil, sekarang kena balik kat ko. Jangan ingat dia tak buat hal lagi, ada seterusnya. Bila flight selamat landing, penumpang bolehla keluarkan barang dari peti simpanan barang kan. Dia dengan bini dia tak sabar2 nak keluar macamla dorang aje penumpang dalam tu. Badan ko tu kalau kecik comel takpe. Menyampah betul aku dengan dia ni. Dan lagi sekali dia buat benda yang tak sepatutnya. Handphone kan takleh on selagi kita belum masuk terminal, tapi dia ni tak. Flight landing jer, berhenti depan terminal tu sementara nak tunggu pintu flight dibuka dia dah on handphone dia siap jawab call lagi, dahla tu cakap kuat2 plak tu, macam dia sorang je pakai handphone. Ni lagi satu tindakan bodoh bangang bahlol nak mampos dari dia. Radiasi dari handphone tu bahaya la bongok. Dan handphone juga boleh mengganggu perhubungan dari kapal terbang ke menara terminal. Kalau jadi pape macam mane? Bodoh tau dia ni, tak fikir ke tu semua? Arghhhh!!!!! Gua rasa cam nak tembak je mamat tu kat kepala kasi berkecai. Malunya aku sebagai rakyat Malaysia nak ngaku dia warganegara Malaysia depan pelancong2 asing yang lain. BODOH!!! Ko memang sangat takde adab!!

p/s: wei, kalau lu baca entri gua ni, tak payahla lu nak sentap. lu ada otak lu pikir la, gua lagi sentap duduk kat belakang lu, lu tau tak. Gua rase kalau kene kat batang hidung lu pon mesti lu marah punye kan. Kalau orang lain boleh respek dan duduk diam2, apsal lu tak boleh? Bontot lu bisul ke bro? Takde duit nak gi klinik korek bisul lu ke? Byr tiket flight lu mampu, takkan duit nak bayar klinik lu takde? Ke tiket flight lu tuh sumbangan ehsan orang untuk lu? Sentap tak lu baca msg gua ni? Kire ok la gua leh sabar lagi dengan lu masa dalam flight tu, kalau tak memang gua dah seligi kepala lu, malukan lu satu kapal, takpun bagi lu makan kasut gua dan ciyom stokin gua yang giler babi punye wangi tu. Hahaahahahahah.... Gua doakan anak lu nanti tak perangai cam lu la k. Tapi orang kata bapak borek anak rintik ye tak. Tapi seriously la, gua tak harap anak lu ikut perangai cam lu ok.

Drama pendek di petang hari..

Hari ni bosan!!! Aku tido pun dah lambat, kul 9 pagi baru nak tido. Bagus kan..hahah.
Oh, ye.. minggu depan aku akan ke Kuching, Sarawak. Saje jalan-jalan carik makan. Huhu.. Yelah banyak-banyak negeri kat Malaysia ni Sabah dan Sarawak je aku tak jejak lagi. Ni ade rezeki lebih, boleh lah terbang ke sana.

ehemhurulehemkeklapissatudozenplis...miahahahaha.. Just kidding..LOL!

Aku tak packing lagi pun. Packing la hal paling malas aku nak buat kalau pergi travel, begitu juga dengan unpacking. Hoh..!!~
Tadi mak aku masuk bilik, saje nak skodeng aku la tuh..

Ko dah packing?
Belum..alaa nanti ah..
(dia ternampak seluar jeans aku masih bergantung belum dibasuh)
Haa, tuh seluar bila nak basuh? kang nak gi Sarawak takde seluar..hee budak ni..
Alaa, malam ni pun boleh basuh, esok pon boleh..
Hmmppfftt!!

Pastu dia usha henfon aku plak. Touch screen phone ni bila kita sentuh skrin kan nanti kita objek2 dalam tuh. Bila mak aku sentuh je, keluar plak gambar aku tengah mencapab pakai headphone baru..miahahahaha.. kantoi di situ.

Chewahh..gambar dengan headphone baru...
Hah? Mane2? (dalam hati, alamak kantoi)
(Pastu amik handphone terus cancel banyak2 kali sampai keluar wallpaper..)

aishh..sekali mak mertua nampak aku daaa...
(ni laa wallpaper handphone aku..LOL)

Haa, tu muka sapa tu? Budak jepun ke korea mana tuh?
Mana2?
Tu kat handphone..
o0o..ala gambar sapa2laa...
Bukan gambar MinHo?
hishh.. MinHo saje yang mama ingat... tsk tsk...
Manalah tau kan, nak letak muka MinHo kat situ..hehe
(mama keluar bilik)

Lepas dia keluar aku gelak tutup muka dengan rasa takleh blah... Aigoo, mak aku ni.. tak habis-habis dengan MinHo dia. Kang aku tunjuk rancangan Hello Baby dengan SHINee tu kang, ada yang dia melepak dalam bilik aku. Ish Ish....

Noona, tgk yoogeun, comel tak? Suruhlah makcik tengok Hello Baby, mana tau kite boleh jadi calon menantu dia..hehehe
Aigoo, minho-ah..ko pakai baju katak pasal nak layan budak tu? hahah


Makan @ GO - Cream Puff Zettai Kareshi di Malaysia (Beard Papa's)

Korang pernah tengok drama jepun Zettai Kareshi @ Absolute Boyfriend kan. Dalam drama tuh dorang ade buat cream puff untuk dipasarkan. Korang tak teringin ke nak tau macam mana rasa cream puff tu?
Masa aku tengok drama tu, aku tengok macam sedap je. Nak jugak rasa. Tapi kat Malaysia ni manalah nak dapat.

Masa aku stay kat Boulevard Hotel Midvalley hari tu, aku pun jalan-jalan la dalam Midvalley. Aku terpandang satu kedai ni dengan tulisan Jepun, rasa tertarik nak ke sana. Nampak pula ada orang pakai baju chef. Rupanya kedai tu menjual cream puff yang macam dalam drama Zettai Kareshi. Aku rasa excited sangat nak cuba rasa. Don't worry, it is HALAL! Teruja tengok puff yang rangup tu. Aku merengek dengan mak aku nak beli, siap cakap ni orang Jepun suka makan. Mak aku tau sangat aku akan cuba apa-apa yang berkaitan dengan Jepun ni...hahahah

Mula-mula ingat nak beli 2 jer, tapi kat situ ada 3 rasa. Nak cuba semua. Penyudahnye aku beli 6 cream puff berperisa vanilla, coklat dan green tea. Oh ye, nama kedai tu Beard Papa's.
Tak rugi beli, sedap siot!!!! Cream dia fresh dan sejuk. Bila kita nak beli baru dia masukkan cream tu dalam puff.
Bawak balik hotel, makan dengan rasa excited. 'Sedapnyeeeeeeeeee!!!!' Sebaik sahaja aku masukkan cream puff tu dalam mulut dan mengunyah, itulah perkataan pertama yang aku sebut. (Heppppp! tengah makan jangan bercakap!) Harganya agak mahal, tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.

Selain cream puff, aku ada beli Fondant Au Chocolate. Yang ni memang sedap, sumpah tak tipu. Enak dimakan ketika ianya sejuk dan mampu buat korang kecur air liur. Sebaik saja aku memotong FAC tuh dengan sudu, cream chocolate nya melimpah keluar. Aiyayaiiiiii...

Ni rupa kotaknya, Santa Clause kah itu? Heheheeh.. Beard Papa's boleh didapati di MidValley Megamall di low ground level, alaa satu level dengan kedai Speedy tuh, Sunway Pyramid dan juga Jusco One Utama.

Beard Papa's ni memang originally asal dari Osaka, Jepun. Dibuka oleh Yoji Hirota pada tahun 1999 dengan slogan Fresh'n natural cream puffs, memang fresh pun. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Jika korang teringin nak merasa keenakan makanan dari Jepun ni seperti dalam drama-drama Jepun, boleh lah mencuba di cawangan yang berdekatan.

Rehearsal Anugerah Juara Lagu

Sabtu lepas, 9/01/2010 petang tu aku tidur jap, bangun-bangun aje akak ipar aku ajak pergi tengok full rehearsal Anugerah Juara Lagu kat Stadium Putra Bukit Jalil. I was like, WHATTT??? Betul ke nih?
Lagipun dia kerja kat Media Prima tu, jadi senanglah nak masuk kat stadium tuh. Aku pergi dengan abang & kakak ipar aku, abang aku plak bawak satu bas student dia dari SeGi College.

Sampai stadium tak ramai orang sangat pun. Pintu masuk dibuka pada pukul 7.30 petang. Haishhh..hujan pulak sebelum tuh. Dah tahu hujan bagilah kitorang masuk awal, bodoh betul security ni.

Ni view dari arena seat.

Rehearsal start at 9.00pm sharp! Sebelum tuh duduk dulu la borak-borak dengan kakak ipar aku, abang aku sebok pergi menembak. (ambil gambarlah!!!) Kitorang duduk kat arena seat. Pengguna Hotlink duduk kat area depan stage. Tapi tak lama lepas tuh, kitorang yang kat arena seat ni boleh masuk plak area depan stage tuh, tiba-tiba security bagi masuk plak. Aku duduk kira dekat jugakla dengan stage tuh. Puas hati tengok wohh..

Suara Lan mantap dowh. Siti? Oklah..takdelah best pun dia nyanyi lagu Lan tuh.

Alyah suare sedap siot. Penuh perasaan dia nyanyi.

Cinta Adam dan Hawa

Ally tido dalam senyum. Cheryl yo yo'oo je dengar Faizal membebel. Faizal ape yang ko bebel?

Penuh perasaan. Cantik benor lah muka tuh..kahkahkah

Aizat BEST!

Stacy terlebih sudahhhhhhhh...

Yuna... Oh, Bulan......

Tomok jeling tajam. Ko ingat ko menang satu juta tu ko dah chanteq sangat ke noq...

Aizat memang TERBAIK!! Tapi seluar dalam tu...errrrrr....gelakguling

Abang Pejal kuuuuu... Dialah yang aku tunggu-tunggu malam tuh. Walaupun bertongkat, wa caya sama lu bro...!!~

Ok, aku tak paham motif minah ni keluar di akhir persembahan abang Pejal.. aku gelak tengok masa ni dengan AJL esoknyer.

Gambar-gambar ni semua abang aku yang tembak. Cilok dari FB dia, lain-lain gambar nantilah.
Kitorang balik pun dah lewat malam, sampai Putra Heights dah pukul 2 pagi.
Malas nak pergi AJL esoknya, mesti ramai manusia. Aku siap suggest kat aweks2 nak pergi tu takyah aa nak mekap, confirm cair la mekap ko sebelum AJL mula. Hahahahaha....

Aku ajak member2 aku pergi tengok rehearsal ni semua taknak pergi, poyo konon ade tiket VIP seat, dapat VIP seat pun ko dilayan cam puteri pun, dahlah sesak. Padahal tempat yang aku duduk tu pun kire VIP seat jugak. Ade kawan aku yang lain kate nyesal tak pergi time rehearsal sebab semua tempat full house. Hahahaha..padan muke!

Photo credit: Acidglory @ Shutterworks. (Abang gua la!)
Related Posts with Thumbnails