[Info] Islam di Korea

(ini adalah salah satu entri terperap)

Dalam internet ni macam-macam benda kita boleh cari kan. Tapi sekarang ni aku tengah gila dengan Korea, hahaha.. Whatever you say, I'm Lovin' It. Jadi aku search lah macam-macam pasal Korea ni, tentang budaya, hiburan, cara hidup, apa-apa jerlah yang berkaitan dengan Korea. Tapi aku sangat tertarik dengan cerita Islam di Korea ni. Macam-macam info dah aku baca. So, aku nak kongsi dengan korang apa yang aku dapat tadi..

Tentera Korea beragama Islam menunaikan solat di Masjid Hannam-dong, Seoul/Yonhap
Korean Muslim soldiers pray at a mosque in Hannam-dong, Seoul/Yonhap

Aku tau kat mana-mana negara mesti ada umat Islam, aku tak terkejut kat Korea ada orang Islam pun, tetapi cuma sedikit terkejut sebab ada tentera Korea yang beragama Islam.
Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini.

Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.

dipetik daripada : http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Korea



Seoul Central Mosque

Masjid ni dibuka pada tahun 1976, di Itaewon, Seoul. (tiba-tiba teringat movie The Case of Itaewon Homicide, hahahaha) Lokasinya di Hannam-dong, Yongsan-gu. Masjid ini mengadakan ceramah agama berbahasa Inggeris, Arab dan bahasa Korea. Pada setiap solat Jumaat, biasanya lebih kurang 800 umat Islam yang kebanyakkan dari India, Turki, Pakistan dan Arab menunaikan solat di sini.
Masjid ini adalah satu-satunya Masjid di Seoul, dan ia juga menjadi antara salah satu tarikan pelancong dan juga masyarakat Korea sendiri untuk mengetahui serba sedikit tentang Islam.
Ada insiden mengenai masjid ini di mana ada lelaki bersenjatakan pedang memasuki masjid, oleh kerana itu polis diperlukan untuk melindungi masjid untuk beberapa bulan selepas kejadian.

Kronologi
  • 1955 (September): Imam Zubercoch and Abdul Rahman, Participated in the Korean War as military service members, reached Quran for the first time in Korea.
  • 1955 (October): Korean Muslim Committee started (Umar Kim Jin Kyu as Chairman: Imam and Secretary General uhammad Yoon Doo Young)
  • 1961 (September): 14 men mission headed by Senator Ubaidulla of Malaysia stayed in Korea for 13 days.
  • 1962 (August): The Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman donated $33,000 for the construction fund of Central Masjid of the Korean Muslim. (Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut terbantut akibat inflasi.) ---- betul ke terbantut? ni yang nak kene cek balik ni...
  • 1963 (October): The Malaysian Speaker brother Haji Muhammad Noh visited Korea in (promised to propose to the Malasian government for the development of Korean Muslim)
  • 1967 (March): Korea Islam Foundation approved by Ministry of Culture and Information of Korea (Approval No. 114, March 3, 1967)(Chairman Suleiman Lee Hwa Shik), Secretary General Adul Aziz Kim Il Cho)
  • 1974 (December): Through the good offices of late President Park Jung Hee, 1,500 m2 of land was donated as building site for Central Masjid.
  • 1974 (May): Construction of Seoul Central Masjid and Islamic Center were completed and opened.
  • 1976 (December): Busan Temporary Masjid opened, Br. Kim Myung Hwan began to perform dawah work.
  • 1976 (March): Korea Islamic Cultural Centre Installed and being operated in Jeddah, Saudi Arabia
  • 1978 (April): Temporary Masjid opened at Yok-ri Gwangjoo-eup, Gyunggi-do, Korea: brother Abdullah Jun Deuk Lin began to preach Islam to the people.
  • 1978 (October): The largest pilgrimage group of 132 persons went to perform the holy pilgrimage for the first time in Korean History; Kuwait Temporary Masjid opened.
  • 1980 (May): The then prime Minister Choi Gyu Hwa promised to King Khalid of Saudia Arabia to donate the land for the construction of Korea Islamic College during the joint comminique.
  • 1980 (July): 130 thousand Pyongs of land was donated for the construction of Islamic College in Yongin, Gyunggi-do, Korea.
  • 1980 (September): Opening ceremony of Pusan Al-Fatah Masjid was held
  • 1981 (June): Opening ceremony of Kwang-Ju Masjid was held
  • 1982.(August): Indonesia Branch was established
  • 1983 (August): W.A.M.Y. Seoul Regional Camp was held under the auspices of O.I.C. & W.A.M.Y.
  • 1984 (August): W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held.
  • 1985.(July): The 1st Leadership Training Camp was held
  • 1985 (August): The 2nd W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
  • 1986.(April): Opening ceremony of Anyang Rabita Al-Alam Al-Islamic Masjid was held
  • 1986 (September): Opening ceremony of Jeon Joo Abu Bakr sidiq masjid was held
  • 1987 (August): 87 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
  • 1988 (August): 88 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held

Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjadi ketara. Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam; apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli. Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini terdapat juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju and Daegu. Menurut Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), presiden Institut Islam Korea, terdapat lebih kurang 40,000 orang Islam yang berdaftar di Korea Selatan, dan lebih kurang 10,000 dianggarkan adalah penganut yang soleh

Yayasan Muslim Korea menyatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam yang pertama dan akan dinamakan Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada bulan Mac 2009 dengan matlamat untuk membantu orang Islam di Korea mempelajari agama mereka menerusi kurikulum sekolah yang rasmi. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah-sekolah menengah dan malahan universiti. Abdullah Al-Aifan, Duta Arab Saudi ke Seoul telah mengirimkan $500,000 kepada yayasan tersebut bagi pihak kerajaan Arab Saudi.

Ramai orang Islam Korea mengatakan perbezaan gaya hidup mereka membuatkan mereka dapat berdiri teguh berbanding orang lain dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kebimbangan terbesar mereka ialah sikap prejudis yang dirasai mereka selepas peristiwa 11 September 2001, ketika ramai orang menunjukkan minat terhadap idea-idea keislaman namun kebanyakannya jahil tentangnya.

Sumber:
  • http://koreanarakitaku.blogspot.com/2009/02/agama-islam-di-korea-dan-orang-korea.html
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Korea
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Seoul_Central_Mosque
  • http://www.islamkorea.com/english/
*don't blame me IF some of the infos are wrong.

Ni antara info-info yang sempat aku baca, banyak lagi sebenarnya, takkan aku nak letak semua kat sini kan.
Akhir sekali aku nak bagitahu korang semua yang kat luar tu dok kutuk aku minat dengan Korea aje macam minat secara membabi buta. Nak ke korang baca info-info macam ni? Bukak la mata sikit, aku minat bukan secara membabi buta, tapi aku belajar daripada apa yang aku minat. Yang baik kita ambil, yang buruk kita ambil juga tapi cuba kita betulkan yang buruk tu, yang terlebih buruk tu ko buang la jauh-jauh!

Minat tu minat lah juga dengan hiburan Korea, tapi benda yang berilmiah pun aku ambil kira juga. Korang jangan tahu nak hentam aje. Ape hina sangatkah golongan yang minat hiburan Korea/Jepun ni? Nak kutuk-kutuk plak, korang BAGUS sangat ke? Aku tak kata aku bagus, tapi aku nak tunjuk kat korang semua yang korang tu salah!!

Ok, sekian

11 コメント:

ashie023 said...

Tapi sekarang ni aku tengah gila dengan Korea, hahaha.. Whatever you say, I'm Lovin' It.
Yeah aku cam nk kata dah...aku nk kata 'ko x jemu ke?'ahaha..<-ayat melampau yang membuat kan aku sakit ati sampai x hengat makan..ahahha...

aku nampak banyak je masjid di Korea..tapi hanya sebilangan kecil saja yang menganut Islam..maybe ISlam pun, bukan org kat sana , org luar yang merantau..

aku masuk sini..tp aku x reti nak baca....ahaha..http://koreaislam.org/..bahasa korea wok weh...nok baca gane..ada dok org korea buat web pakai bahasa arab??

waiem said...

Ambe dah penah baca pasal tentera Korea anut islam tu

Korea ni byk benda positip yg kita bole ikut...dr segi semangat keje, budaya hormat org (yg kita kekurangan skrg ni), tak membazir (sebab makan kerak nasik hingga titisan kerak terakhir), patriotik gila babas (katakan tidak pada jenama luar)...etc etc

Takkan nak jemu pada benda yang bole motivate kita jadik positip..

Kalu jemu...ikut la budaya barat...tak dak sapa nak marah aih...

xXrucciXx said...

ekceli ambe pun dah lame bace pasal benda ni, tp tulaa kan... entri terperap tuh.. bulan bile punye ntah br nak publish..kekeke

tulah, kite suke apa yg kite suke, byk benda positif kita boleh ikut.. tp xkan kite nak show off plak kan, kang kate kite poyo plak.. tak show off pun org kutuk..
haihh..mcm2 hal manusia nih

.khai. @ drcomot said...

suka2.

han eba said...

korean is for korean. itu memang sah. but lately, its not anymore. HAHA

but my teacher ade cakap,sometimes Korean yang bukan islam, still tak tahu why we cannot eat dwaeji's meat

xXrucciXx said...

yela han, hahaha...

pasal tu mungkin takde pendedahan untuk dorang, but as far as I know, dorang ni respek pada semua agama... but at least they know yg Muslim cannot eat dwaeji's meat, they just don't know the reason why we can't..

nadia-ady said...

ramai org kata kalau gi korea, better kalau nak makan , makan kat area itaewon town sebab situ ramai org islam n banyak kedai makanan halal.*tengah survey2 nak gi korea sbnrnya ni.hehehe*

missmjjeje said...

hihihi...suke2 bace belog ni^^
agak2 ad x artis korea yg islam eh???
hihihi...just wonder..sy p0n minat korea jgk^^

Anonymous said...

sronok la read blog ko nie... setuju ngan pendapat ko nie suka ati la kta2 nie nak minat korea janji kta nie bkanye kacau diorang yg x minat korea un.... aq nie cukup paling x suke org dok hina2 korea... aq jga suka bezakan korea ngan malaysia dr pelbagai segi termasuk kebersihan...huhuhuh
(hope aq blh g korea suatu hari nanti^_^)

xXrucciXx said...

@missmjjeje suke ye? singgah2 la selalu, blog ni byk merapu je sebenarnye.. kekeke

@anonymous alamak?? xde nama ke.. heheh.. thanks for dropping by yer.. tulakan, just respect jer la ape yg org suka.. kita amik mana yg baik,yg buruk kita jauhkan.. tul tak? hehe

Anonymous said...

suke bce blog awak yg nie..hurm tu la kan...sye pon ader searh gak psl muslims in korea nie bkn nyer stkat search artis dyeorg jer...smbil blajar an...dpt ilmu jgk..hopefully..i'll be there one fine day...=)

Related Posts with Thumbnails