Memori 2009

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2009...
Dan ini juga entri aku yang ke-200, setelah beberapa tahun aku mule memblogkan diri..
Aku lalui hari-hari sepanjang 2009 dengan biasa-biasa je...

Januari
  • Masih lagi belajar kat UiTM Melaka walaupun sepatutnye aku dah grad macam kawan-kawan 1 batch yang lain..tapi kawan2 lain yang same-same extend ade gak. Hihihi..
  • Buat pinjaman kat AgroBank sebab mane ade loan lagi nak tanggung aku belajar weii..nasib baik dapat walaupun tak berapa nak cukup.
Februari
  • Aku meninggalkan dunia blog untuk seketika sebab masih belajar lagi.
Mac
  • Ade tarikh yang memang aku takkan lupekan dalam bulan ni sampai bila-bila.
  • 1 day trip to Putrajaya untuk siapkan documentary, assignment ni weiii!!
  • Video editing yang menggiler!! Buat sampai tak tido malam, nak dubbing suare lagi.
April
  • Birthday housemate aku, kitorang kene kan dia kaw2 sampai kotor rumah! Mandi kunyit, tepung, bedak..ahahah macam-macam bau ade wei.
  • Bulan ni jugak laa pulun carry mark untuk final exam, penuh dgn test, quizzes, assignment yang macam #$%^&*(*&^%#$%^
  • Mulanya final exam...
  • Buat BBQ Party kat rumah sewa..happening giler weh!
Mei
  • Masih lagi dalam minggu exam....dalam minggu ni jugak la kitorang berfoya-foya sakan, sebab banyak gap antara 1 subjek ke 1 subjek..lepas tu study macam org giler.
  • Exam ni la jugak menentukan aku boleh grad ke tidak, sebab ade 1 paper tu aku dua kali fail, ahahahah...accounting memang bukan bidang aku laa..hhmmppffttt!!
  • Bulan ni jugak adalah birthday aku... Cisssss, kene mandi air sabun dengan bedak plak..
  • 1st time pergi Air Terjun Gunung Dato'...best wohh!!~
Jun
  • Habis belajar duduk rumah, bulan ni jugak aku start mengadap internet sampai lebam weii..
  • Pulun tengok drama Jepun/Korea habis-habisan..
  • Dapat result exam. Alhamdulillah, aku lulus semua. Yiipppiiee!!~
Julai
  • Kembali memblogkan diri..secara aktif.
  • Mule kenal dengan geng-geng GO. Blog2 dorang memang wajib singgah..
Ogos
  • Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52. Tahniah!!
  • SS501 ade kat Kota Kinabalu shooting DVD terbaru. (perlu ke masukkan bende ni?..ahahah)
September
  • SS501 fan-meeting kat One World Hotel PJ, bulan puasa plak tu weii. (poyo je, bukan ko pegi pun) Geng2 bloggers lain semangat pegi walaupun tak dapat jumpe SS501 depan mata.
  • CD SS501 yang aku kirim kat Waiem masa fan-meeting hari tuh sampai sudah. Yahoo!!!
  • Hari Raya paling tak best dalam hidup. Menyakitkan hati!!!
Oktober
  • Hari konvokesyen ku!!
  • Dapat tengok Lee Min Ho depan mata weii!! Terkesima aku sekejap..selalu tengok kat tv/monitor pc jer. Tak dapat autograph pun tak kisah janji dapat tengok dengan mata aku sendiri. Nice view dowh!~ Memang hadiah hari konvokesyen yang terbaik aku bagi kat diri sendiri. Hahahaha...sanggup tunggu dari pagi sampai petang, berdiri untuk beberapa jam.
  • Hari paling sibuk aku dalam bulan ni la, turun naik KL/Subang beberapa kali nak settlekan banyak hal.
  • Virus URB sudah mula menular dikalangan Netizens (drama You're Beautiful). Kerana drama ni semua orang jadi tak senang duduk.
November
  • Birthday mak aku.
  • Hari persaraan mak aku jugak.
  • Handphone kesayangan gua hilang! !@#$%^&^%$#@#$%^&*()
  • Dapat handphone baru. Hahahahahah
  • Hari Raya AidilAdha.
  • Kenduri kesyukuran, potong jambul anak sedara aku yang ke-2. Senang cerita bulan ni jugak memang bz.
  • Shopping barang-barang baru untuk rumah.
  • Aku fail untuk dapatkan lesen P. !@#$%^&*!@#$%^&
  • Kim Joon kene H1N1, tapi cepat je dah sihat. (perlu gak ke masukkan yang ni?)
Disember
  • Berjaya mendapatkan lesen P.
  • Masih aktif memblogkan diri hingga kini.
  • Frust tak dapat pegi Sundown Festival kat Singapore.
  • 'collapse' lepas balik dari JB, mabuk semacam..adeh! Tapi pastu tak pasal-pasal geng bloggers ucap tahniah..ape kes?? Sapa bawak gossip nih? Ahahahaahah
Aku malas nak cakap pasal azam tahun baru, sebab biasanya memang tak tercapai pun azam tuh, cuma berharap hari-hari yang akan datang akan jadi lebih baik dari sebelumnya...
Selamat Tahun Baru untuk semua :)

5 コメント:

Unknown said...

wah..so many memories..
so many things ...

uh september paling best dan klako bagi aku..ahhaha

and..oktober..sob sob..
aku x dapt pegi KL sebab kene wat tesis..waaaaaaaa...

"'collapse' lepas balik dari JB, mabuk semacam..adeh! Tapi pastu tak pasal-pasal geng bloggers ucap tahniah..ape kes?? Sapa bawak gossip nih? Ahahahaahah"
AHHAHHHAH...klako..ambe lah yang sebarkan tuh..muahhaa

waiem said...

Hepi new year

Smoga apa yg dihajati akan tercapai pd 2010...

xXrucciXx said...

ashie - ambe dah tau dah sapa yang bawak cite tu, ahahaah..xleh blah tul...

waiem - thank u :)

HuRuL_AiNi said...

mesti rasa beza kan bertukar dr student kepada kim joon's housewive...hehehhee

aku dulu memula abis belajar pun pulun tengok drama sampai lebam...hahaha

xXrucciXx said...

ahahaah, xleh blah dowh stetmen ko..ni baru berangan je, kalau betul2 jadi camne agaknye...adoiiii

Related Posts with Thumbnails