Makan @ GO - Cream Puff Zettai Kareshi di Malaysia (Beard Papa's)

Korang pernah tengok drama jepun Zettai Kareshi @ Absolute Boyfriend kan. Dalam drama tuh dorang ade buat cream puff untuk dipasarkan. Korang tak teringin ke nak tau macam mana rasa cream puff tu?
Masa aku tengok drama tu, aku tengok macam sedap je. Nak jugak rasa. Tapi kat Malaysia ni manalah nak dapat.

Masa aku stay kat Boulevard Hotel Midvalley hari tu, aku pun jalan-jalan la dalam Midvalley. Aku terpandang satu kedai ni dengan tulisan Jepun, rasa tertarik nak ke sana. Nampak pula ada orang pakai baju chef. Rupanya kedai tu menjual cream puff yang macam dalam drama Zettai Kareshi. Aku rasa excited sangat nak cuba rasa. Don't worry, it is HALAL! Teruja tengok puff yang rangup tu. Aku merengek dengan mak aku nak beli, siap cakap ni orang Jepun suka makan. Mak aku tau sangat aku akan cuba apa-apa yang berkaitan dengan Jepun ni...hahahah

Mula-mula ingat nak beli 2 jer, tapi kat situ ada 3 rasa. Nak cuba semua. Penyudahnye aku beli 6 cream puff berperisa vanilla, coklat dan green tea. Oh ye, nama kedai tu Beard Papa's.
Tak rugi beli, sedap siot!!!! Cream dia fresh dan sejuk. Bila kita nak beli baru dia masukkan cream tu dalam puff.
Bawak balik hotel, makan dengan rasa excited. 'Sedapnyeeeeeeeeee!!!!' Sebaik sahaja aku masukkan cream puff tu dalam mulut dan mengunyah, itulah perkataan pertama yang aku sebut. (Heppppp! tengah makan jangan bercakap!) Harganya agak mahal, tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.

Selain cream puff, aku ada beli Fondant Au Chocolate. Yang ni memang sedap, sumpah tak tipu. Enak dimakan ketika ianya sejuk dan mampu buat korang kecur air liur. Sebaik saja aku memotong FAC tuh dengan sudu, cream chocolate nya melimpah keluar. Aiyayaiiiiii...

Ni rupa kotaknya, Santa Clause kah itu? Heheheeh.. Beard Papa's boleh didapati di MidValley Megamall di low ground level, alaa satu level dengan kedai Speedy tuh, Sunway Pyramid dan juga Jusco One Utama.

Beard Papa's ni memang originally asal dari Osaka, Jepun. Dibuka oleh Yoji Hirota pada tahun 1999 dengan slogan Fresh'n natural cream puffs, memang fresh pun. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Jika korang teringin nak merasa keenakan makanan dari Jepun ni seperti dalam drama-drama Jepun, boleh lah mencuba di cawangan yang berdekatan.

11 コメント:

ieja said...

adoii.. teruja pulak tengok puff tu.. kat MV erh..? kena pergi carik nih..

ieja said...

adoii.. teruja pulak tengok puff tu.. kat MV erh..? kena pergi carik nih..

waiem said...

Zettai blom tgk tpi krim puff ni ambe dah makan...mmg sedapppp lazat dan berkrim...

Mak kawan ambe buat jual krim puff...sedap gilak gak...salu oder dengan mak dia dulu...krim puff mak dia kecik sikit dr yg ni...mmg makan x henggat doniya wa cakap lu...huhu

happycloud said...

zettai kareshi~ ouhh

HuRuL_AiNi said...

wallaweh....mcm sedap je....

ari tu kan aku menginap kat midvelley gak...mmg nak sgt cuba...tp was-was dowh....last2 aku beli dunkin donut...best juga sbb mmg sedap...hohoho...next time g kl sure beli ni...hehehehe

xXrucciXx said...

dunkin donut minho dah x best (abislaa bini minho marah aku jap lagi)...hahaha

aku pun mule2 was2...tp tengok byk kali kedai tu, ade tampal sijil halal dan pekerja pun melayu..terus aku pegi beli...huhu..sedap!

Shee said...

ehh..so i've just watched you are beautiful for the urmm 34543845784778673467783653 times...lol. and- and di hujung cerita.. hehe ambe nampak salah satu penaja diaorang.. is "Beard PAPA" ni.. hurmm.. now I wonder which one makanan diaorang yg Bread Papa sponsor.. could it be the smiley ice-cream cake yang Hong Ki makan tu? tapi ambe rasa tu Baskin & Robbins yang sponsor.. hmm.. agaknya yang mana ye... hmm.. tapi yg penting Beard Papa juga pemes di Korea nun! lol.

♥corcraze♥ said...

kat midvalley??
sunway pyramid pon ade kan kan kan??
yeayyy!
mmg dah lama tgk zettai kareshi,and even craving for that cream puffs,pastu bila jumpa ur link pasal ni mmg naik gian balik nih!!!

btw,like shee said,dlm YAB tu bnyk ice-cream cakes kiut2,xde ke lat mesia???
plsssss help me!!!
temptation sgt tgk!

xXrucciXx said...

ice cream tu carik je kat baskin robbins mesti ade punye, tp kalau nak try brand lain kene la tawaf sunway pyramid ke, midvalley ke, OU ke, pavillion ke.. mesti byk choice.. hehe

Amalia Jehari~~ said...

mahal x?? braper ringgit yer yg satu kotak tu?? mmg tgh cri cream puff yg btol2 kaw2 ni..

xXrucciXx said...

quite pricey jugak laa.. 1 cream puff tu 3.30 kalau tak silap..
mahal, tp puas hati..

Related Posts with Thumbnails