Lame tak jumpe! (jumpe celah mana??) Heheh..dah lama tak blogging. Aku rasa kali ni aku nak start blogging balik lah. Kesian pulak blog ni terabai, tapi bila check visitors every day not bad jugak.
First post selepas dah berbulan tak blogging ni just nak bagi tahu apa yang aku buat sampai takde masa nak blogging. Kalau dulu setiap hari satu post, atau pun dalam seminggu ada la 5-6 post.
Aku rasa semua orang dah tahu kot (especially yang pernah baca atau mmg reader blog aku ni) yang aku buat business sendiri sekarang. Ada jugak yang tanya, kenapa tak cari kerja sedangkan kelulusan ada. Hmmm.. tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin aku enjoy buat kerja sekarang,walaupun ada kesukaran di sana-sini. Kerja apa je yang tak susah kan dalam dunia ni.
Dah setahun lebih dah,hampir 2 tahun jugak lah aku buat kerja ni. Alhamdulillah.. Rezeki Allah nak bagi kan,pandai cari adalah rezeki tu. Yang penting usaha, tak banyak sikit dapat tolong family dan diri sendiri. Takkan nak harap parents je walaupun diorang pesara kerajaan kan.. Tapi banyak benda lagi aku kena buat untuk memuaskan hati aku ni. Yelah manusia mana reti puas weiii.. Nak itu nak ini.. aishhh..
Yang penting ada knowledge ye, sedangkan college dropout pun boleh berjaya.. Pakcik yang tak sekolah pun boleh jadi jutawan.. Eh sapa plak tu? hehe
Tapi dalam aku sibuk meneruskan kerja aku tiap-tiap hari, ada jugak mulut-mulut manusia yang cakap sesuatu yang memang tak sedap didengar.. macam-macamlah.. itu tak bagus, ini tak bagus.. menyusahkan itu-ini.. Mulut orang kan, bukan kita boleh tutup.. nak cakap orang macam-macam, tapi diri sendiri tak tengok pulak macam mana..
Bukan senang dan jadi senang ye.. kesabaran itu perlu ada..
Dari situ jugaklah aku tau macam mana susahnye nak dapatkan duit,lebih-lebih lagi zaman sekarang ni bila semua benda dah mahal.. dulu tau enjoy je kan, sekarang hambikk ko.. nak shopping beli baju sebulan sekali pun fikir banyak kali.. hahaha..
Kalau dulu dapat duit RM100, i was like whoaaaaa banyaknyeee..boleh simpan lama duit tu. Sekarang RM100 tu macam RM10 ye.. Makan,minum,barang dapur, keperluan diri.. plinnngggg habis gitu je T____T..
*derma sini sket duit tu woiii*