Pernah tak korang rasa menyampah bila cakap dengan orang?
Pernah tak korang rasa macam ko cakap dengan tunggul?
Pernah tak korang bila cakap elok-elok, tapi respon yang ko dapat rase nak bagi terajang kat dia?
Pernah tak korang rasa lonely?
Pernah tak korang cakap dengan kucing, pokok, atau teddy bear kesayangan korang?
hmmm, pernah ke aku? Rasenye pernah, cakap dengan camera..hihihiUntuk semua soalan di atas, jawapan aku adalah YA!
Sapa yang selalu singgah kat blog ni, mesti selalu nampak aku cakap sorang2 kat 'kotak jerit' tu kan. Terutamanya Ashie, aku siap kene sound lagi....wakakaka. Bak kata HuruL a.k.a HuHo, ape guna ade kotak serbaguna tu kalau tak digunakan. Betul gak tu. (
eh, tu kan account aku, kotak aku, aku punye suke la nak buat ape)
Tipulaa kalau nak kate takde orang yang tak pernah cakap sorang2. Contohnye macam aku ni, dahla tinggal ber-3 je dengan parents pulak tu. Ada benda yang kita boleh cakap dengan orang tua kita, ada benda yang tak. Sebagai contoh, aku tengah tgk video Kim Joon pakai rambut palsu jadi perempuan, cantik pulak tu, aku pun kate '
cutenyerrrrrrrrrrrrrrrrrr!!' (
memang ada la video tuh) Takkan aku nak cakap dengan mak aku plak? (
padahal mak aku dengar je tetibe aku gelak sorang2 cakap 'cute' kat dalam bilik)
comel giler kan I? hihihihi(you, kenapa pakai cam gini? malu ahh...errr, tp cute jugak! Hahahah)
Kadang-kadang bile kita tak puas hati pasal sesuatu tuh mesti kita rasa marah, geram atau nak lempang orang, betul tak. Sebab tu jugak aku gunekan 'kotak jerit' tu nak lepaskan marah aku. Daripada aku lepaskan kemarahan aku kat orang lain atau tiba2 nak pergi serang orang tak pasal2, lantak lah aku nak cakap bahasa ape pun.
Bila kita stress pasal kerja pun menjadi faktor kita nak cakap sorang2. Hahahah...yang ni HuruL selalu buat. Kalau aku pulak masa zaman belajar, tension dengan banyak assignment. (
zaman tu tak pakai 'kotak jerit' lagi) Tengah buat assignment tu boleh plak aku cakap '
woiii, stress la! keje banyak dowh!!! 1 assignment je nak 200 page..gile!!! Pastu bagi masa dahla seminggu je, gile!!!!' Tiba-tiba kawan aku sound '
ko cakap dengan sapa?' Hahahahahah.. Benda yang kita cakap tu kalau boleh nak je kita cakap kat boss atau lecturer kita, betul tak? Tapi kerana rasa takut, tak sampai hati atau pape jer lah, tu yang jadi cakap sorang-sorang tu.
gua stress laa!! bagi lu makan kasut ni kang!!!Ataupun, rasa lonely gila... Tu jugak antara sebab aku cakap sorang-sorang. Contohnya, macam aku nak cakap something yang biasanya aku akan cakap kat kawan rapat aje. Tapi dia takde, bz dating, kerja atau study. Yang jadi mangsanye sekali lagi kotak jerit tuh jugak, hahahaha... Ade satu masa tu aku cam sedih gila, siap nyanyi lagu ape ntah...liriknye aku taip kat kotak jerit tu nak tunjuk rasa sedih punye pasal. (
tu macam terasa nak pegi karaoke pun ye jugak tu)
bosan...dorang sume tinggalkan aku, hmmm..cakap dengan radio jerla nampaknyer.Banyak lagi sebab kenapa aku cakap sorang-sorang. Agak-agak kalau terbaca ntahpape mesej kat 'kotak jerit' tu paham-paham ajer la ek. Huhuhu...