SokSek @ GO - Tempias Virus Korean Wave

Aku rase semua orang dah tahu Korean Wave sedang menular dgn berleluasa skrg ni. Jadi ape yang aku nak cerita ni ialah pengalaman aku sepanjang menjadi salah seorang yang penghidap virus Korean Wave. Orang-orang kat sekeliling aku pun terkene tempiasnye..hihi

WARNING: Entri kali ni agak panjang!! Tarik nafas panjang2 nak bace ok!~



1. Sejak aku layan drama My Fair Lady, mak aku pun join sama tengok. Actually mak aku tak layan drama2 Korea, tp pasal aku dah conquer tv, dia terpaksa tgk sekali. Kadang2 dia punye emo tengok drama tu mengalahkan aku. Dalam 5-6 episod terakhir drama tuh, aku tgk kat MySoju.com, sebab tak sabar kat KBS lambat sangat. Oleh kerana PC aku dalam bilik, aku tgk 5-6 episod last tuh 1 hari suntuk. Kebetulan mak aku masuk bilik, dia ternampak..eh, dia join sekali tengok siap bawak air dengan makanan lagi. Macam tengok wayang daaaa......


2. Aku memang layan variety show 2Days 1Night kat KBSWorld astro ch303 tuh. Pengacara dia Kang HoDong tu memang lawak. Tapi aku taste kat Lee SeungGi tuh..hihihi, dan sekali lagi mak aku pun turut join same. Sebab dia suka tengok tempat2 menarik dalam rancangan tuh. So,bila aku tengok MAMA Award kat chV hari tuh, keluar la si Kang HoDong ni jadi presenter. Sekali lagi mak aku terperasan..dia cakap 'eh, dia ni bukan yg hari tu main2 kat air terjun ke?'. And I was like..'wahhhh..mak aku kenal muka Kang HoDong'.


3. Music Bank ni ditayangkan seminggu 3 kali kat KBS World kan. So, aku boleh pilih mana-mana hari kalau nak tengok. Padahal tetiap minggu artis yang buat persembahan hampir semua artis yang sama. Aku pun layan la duduk depan tv tuh sambil berkata dalam hati 'pedulik, sapa tak suka tengok ade aku kisah? aku nak tengok jugak'. Mangsa terpaksa tengok antaranye mak aku lagi. Kahkahkahkah... Dia pernah sound aku mase tu Brown Eyed Girls tengah perform Abracadabra..'eh, ni kan dah tengok last week, lagu ni laa, budak pompuan ramai2 nyanyi'. Aku senyum aje.



4. Aku suke nyanyi lagu SHINee Ring Ding Dong tu, nak2 part chorus tuh..hahah. Bunyik die cam kelakar tapi best. Hari tuh mase akak aku balik, kitorang lepak dalam bilik. Aku saje nyanyi part chorus tuh, akak aku sound 'lagu mende ko nyanyi ni? ding ding ding digiding'. Aku jawab 'ko ape tau'. Dia macam tak suke, tapi aku nyanyi lagi. Agaknye dia pun dah naik hafal. Aku play lagu tuh pakai henfon aku..aku cakap kat dia, 'meh aku bukak lagu ding ding ding ko'. Dia tersenyum2, last2 die pun ikut part ding ding ding tuh... Hahahah!! And one day she said..'weh, ko boleh cut lagu kan? Buatkan lagu ding ding ding tu, nak wat ringtone'. And I was like..'finally!!!!!!! ko suke lagu tu kan??' Bwahahahaahah!!



5. Last 2 weeks, Brown Eyed Girls ade perform lagu baru kat Music Bank. Lagu Sign, dorang menari siap bawak kipas. Lagu tu pun catchy jugak, especially tang chorus yang dot dot dot tuh. Sedang aku syok tengok, ada pulak suare latar kat belakang aku. Makcik aku rupenyer... Bila sampai part chorus je die nyanyi dot dot dot.. Few days after that, aku keluar gi bandar, nyanyi lagu tuh dalam kereta..kakak aku join sekali tang dot dot dot tuh. Mak aku pulak cakap 'eh, tu bukan lagu yang kite tengok kat tv hari tu? Yang budak pompuan nyanyi ramai2 tuh?' Aku pun jawab..'ha'ah..yela'


6. Sekarang aku tgh follow variety show baru kat KBS, Invincible Youth. Aku tengok dari 1st episod lagi. Dan buat sekian kalinya, mangsa terpaksa tengok, mak aku jugak!! Bwahaahahahah.. Mak aku tanye macam2 masa tengok, dia tanya budak2 tu semua sapa..aku cakap la dorang ni sume artis dari group lain-lain, kene dtg kat kampung tlg buat kerja2 kat kampung. Masa episod yang ke-3 kalau tak silap, akak aku pun join tengok. Dia macam tak suka..dia siap cakap 'mama tengok rancangan camni?' Mak aku jawab plak..'mama dah tengok dr episod mula2, layan jerla..best jugak tgk budak2 ni'... Ade satu scene kelakar tu, akak aku tergelak tgk.. Dalam hati aku..'Yesssssss!!!' Hahahah..
Pastu mak aku terperasan sorang pompuan ni (Narsha - BEG), dia pakai spek dalam rancangan tuh. 'Yang pakai spek tu macam biasa tengoklaa, dia yang nyanyi dgn budak pompuan ramai2 kat tv hari tu ke?' Aku jawab 'ha'ah yelaa...yang nyanyi lagu dot dot dot tu group dia la'. Mak aku pon 'ooooo' aje...
*aku rase mak aku ni suke kat Narsha kot. Aku pun suke dia..cutela die..hehe


7. Tadi aku tengok la Let's Go Dream Team dengan makcik aku. Makcik yang nyanyi lagu dot dot dot tuh..hahahaha. Dia tanya, 'rancangan ni lawan2 sama kumpulan ke?' Aku jawablaa 'ha'ah kumpulan artis lawan dgn mana2 kumpulan yang pro'. Dia gelak tengok Kim Hyun Joong masa tengah menari Love Like This, tambah pulak group member yang lain nak cube tiru gaya LOVE tuh. Tapi dari awal dia macam notice kat MinHo SHINee tuh, siap cakap 'fuiyo0o budak tuh boleh tahan'. Bila dah nak akhir2 masa turn MinHo nak tempuh halangan tuh, tiba-tiba dia cakap 'e'eh hensem budak ni kan..dia paling muda ek?' Aku jawab cool aje..'ha'ah, boleh tahan dia ni, last week pun pasal budak ni la group artis ni hampir2 menang masa lawan dgn kumpulan Korean Military Cadet..". Dalam hati aku, amboi makcik aku ni, tengok yang hensem aje.

Haaa!! Panjang kan..Sekian SokSek kita kali ni...

5 コメント:

ashie023 said...

ok diumumkan..mak ko lagik rock dari ko..ahhaha...cayalah!

aku semua layan nih..tp cam biasa lah tiap2 minggu kalu x tgk music bank x sah..
skrg nih duk layan IY jugak...narsha tuh kan ke dier paling muda lam tuh?a'ah yelah kot<-aku jawab sendiri..apa daa...

ok..aku samalah ngan makcik ko..ske Minho Shinee...anak ikan lawa..huhuhu

xXrucciXx said...

apsal lak mak ambe lagi rock?? xleh jadi nih..hahah

Narsha paling tua daaa...umo dia dah 28...

ashie023 said...

uh sori sori...sebenarnye dah tersilap orang...aku nak kata hyuna 4 minute tuh paling muda...ahahha

HuRuL_AiNi said...

aigooo...x boleh blah....hohoho

best nye ko tengah cuti boleh layan tv puas2...aku end up tengok je drama apa yg ada dlm simpanan...hohoho

variety show korea best....ingat lagi dulu masa skolah selalu je aku tengok variety show cina kat tv2 walau x faham sepatah...hahaha....tp skarang mana nak tengok, tv pun lansung aku x tengok...huhuhu

xXrucciXx said...

aku tgk tv bile cite yg aku nk tgk aje..haha

kalo x layan drama/youtube dlm pc jerla...

aku dulu suke layan yg hongkong punye variety show kt tv2 tuh..yg ade eric tsang si kepala bulat tu..hahaha

Related Posts with Thumbnails