SS501 REBIRTH...dari gegendang telingaku.

Semua dah tau kan SS501 muncul dgn Special Edition Album REBIRTH lepas hampir 2 tahun budak-budak 5 orang ni tak bersama.
Selepas munculnya Kim Hyun Joong dalam drama '4 kumbang dan 1 bunga' Boys Over Flowers populariti SS501 semakin melonjak-lonjak naik.
Kali ni aku nak cerita pasal lagu-lagu dalam album ni. Ada 5 buah lagu kesemuanya ye, nama pun mini album...(tapi kenapa taknak buat full album ah??? bajet besar2 keluar, buat mini album je..)

  • Wasteland -4.30
  • Love Like This 2.46
  • Haruman (One Day) 5.05
  • Obsess 03.35
  • Wan Du Kong (Peas) 04.35
20/10/2009 album ni release. Dua hari lepas tu aku dah download semua lagu untuk album ni. (giler cepat dowh) Sebelum album release berita pasal album ni memang merata2 laa..dan lagu Love Like This dijadikan lead track. Mula2 dengar memang mcm tak percaya ni SS501 ke? Sebab ada kelainan dari segi muzik dan vokal. Memang diorang ni bawak genre 'bubble-gum pop' tapi album kali ni genre muzik sebegitu macam hilang. Vokal pulak ade 'improvement'. Lagu ni juga agak catchy sebab baru 2-3 kali dengar aku dah dapat hafal melodinye... Pada aku lagu ni tak bosan kalau dengar banyak kali, sebab ia lagu rancak dan agak pendek...

Untuk lagu Wasteland pulak....hurmmm, taktau kenapa, aku rasa macam something wrong dgn lagu ni. Bunyi piano tu macam tak kene jer....lepastu aku rase dorang nyanyi lagu ni macam kene paksa je, aku bukan nak kondem pasal lirik atau maksud yg tersirat tentang lagu ni... aku maksudkan melodi dan cara lagu ni dinyanyikan..tu je.

Lagu Haruman (One Day), pada aku la kan...cepat bosan kalau selalu dengar lagu ni, dahla panjang sampai 5 minit. Tapi pujian harus diberikan pada semua sebab aku rase bukan senang nak bawak lagu ni. Ini menunjukkan vokal mereka banyak kemajuan....

Lagu Obsess tak berjaya membuat aku Obsess pada lagu ni, sebab aku lagi Obsess dengan lagu Love Like This...tapi aku suka lirik 'I'm obsess with you, wanna be with you'...tapi oleh sebab lagu ni catchy sangat, aku senang nak ingat melodinye...

Lagu terakhir, Wan Du Kong (Peas)..aku percaya lagu ni boleh buat korang senang hati, nak join tepuk tangan sekali pun boleh...paling cute bila time JungMin 'set, dul, hana..GO!' sooooo cute!!! (ok yang ni memang statement bias..hahaha)..

Boleh dikatakan, aku agak suka dengan semua lagu dalam album ni, sebab berjaya buat aku dengar kesemuanya. Sebelum ni hanya artis2 tertentu saja yang aku dengar dan suka semua lagu dalam 1 album seperti Jay Chou dan Kelly Clarkson.
Untuk yang baru nak dengar lagu2 dalam album ni, aku suggest Love Like This, Wasteland & Wan Du Kong (Peas).

starstarstarstar/5
Walaupun aku minat dgn SS501, tapi aku takde nak puji atau suka kat dorang ni lebih2 mcm dorang yang fanatik giler kat luar tuh. Come on la..tak semua org perfect ok.

Nota tepek kat dahi: Pen-pal ku dari Korea berkata 'I have friendly feeling towards SS501. They seems very likeable.' dan dia seorang lelaki ok...hihihi
:44:

5 コメント:

Unknown said...

ahhaha...statement nota tepek dahi..aku pong nak cakap..member aku yang anto aku kat One world itu hari, dier cakap dier ske jugak ss501..agaga..dan dier lelaki dan keje kat korea as a musician...tp dah balik dah skang.

aku pong downlaod gak lagu love like this, dengo lam kete...tp lagu2 lain x dengo lagi..nanti ah aku downlaod.
aku pong rasa cam len skit lagu2 dan style dorang kali nih..
tp lam bindeo tu...jungmin so kyaaa..encem..ahhaha

Unknown said...

ahhaha...statement nota tepek dahi..aku pong nak cakap..member aku yang anto aku kat One world itu hari, dier cakap dier ske jugak ss501..agaga..dan dier lelaki dan keje kat korea as a musician...tp dah balik dah skang.

aku pong downlaod gak lagu love like this, dengo lam kete...tp lagu2 lain x dengo lagi..nanti ah aku downlaod.
aku pong rasa cam len skit lagu2 dan style dorang kali nih..
tp lam bindeo tu...jungmin so kyaaa..encem..ahhaha

xXrucciXx said...
This comment has been removed by the author.
xXrucciXx said...

tau takpee...mata ambe ni degil, nak tumpu kat JungMin aje..pastu kat Baby...huhuhu....

xXrucciXx said...

eh, lupe plak..kawan ashie tu sape ek??? hihihihi...

*sebok je nak tanyer...

Related Posts with Thumbnails