Minggu Sibuk (Konvokesyen ku)

Hari Selasa 27/10/2009. Hari yang takkan aku lupa sampai bila-bila, sebab hari ni ialah hari Konvokesyen aku. Bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Ramainya manusia!!!! Nombor giliran aku je 585. Beratur nak masuk dewan punye la panjang..dengan panasnye.
Masa ni aku sampai taktau nak pegi mana, nasib kawan aku call terus dia pegi carik aku, tengah ramai2 tu jumpa plak tu. Hahaha..ni la kawan baik aku. Dia tu otak dia sengal2 sikit. Hehehe..lama tak jumpa dia.

Lepas tu, nak tunggu masuk dewan, kitorang lepak2 amik gambar dulu..pastu baru pakai jubah siap2 beratur ikut nombor giliran masuk dewan. Pihak UiTM jugak ada bagi topeng, hand sanitizer sebagai langkah mencegah dari H1N1.

Berdebar-debar rasanya hati masa naik stage amik diploma tuh. (padahal kosong je..hahahah) Lepas 3 jam majlis berlangsung barulah dapat keluar dewan. Panas bontot weii walaupun duduk dalam air-cond.

Kawan aku tu tinggi pasal dia pakai heels sebenarnyer..hahaha

Gambar takdela banyak sangat..tapi ni jer yang sempat aku nak share dalam blog ni. Aku cuma terkilan tak dapat amik gambar dengan kawan2 yang lain. Yelah manusia punye ramai, masing dah jumpa family kat tempat lain2 susah nak jumpe dah.

Tapi kisah disebalik konvokesyen aku ni ade cerita yang memang menyakitkan hati aku, family aku, kakak ipar aku. Menyampah gila! Macam tak paham plak orang ade keluarga mestilah sibuk nak attend konvo aku, ni main order2 plak nak suruh balik cepat. Bodoh ke apa? Ingat boleh balik suka2? Nasib baik bila aku sampai rumah hari tu dia takda bising2, kalau tak memang aku sound direct baik punya aku bagi. Lantaklah ko nak kate aku biadap ke, kurang ajar ke, aku tak pedulik!

Minggu yang kesibukan ini masih belum habis ye. Esok, Jumaat 30/10/2009, hari persaraan mak aku pulak. Jadi satu family kene datang kat majlis tu, preparation macam2 nak kene buat.

*Birthday mak aku 1/11/2009 ni tak dapat nak plan ape2, sebab takde duit langsung. Serious dah kering kontang! Omma, bianhae!

1 コメント:

Nakamura Kazuki said...

teringat time ambe kovo kat dewan seri budiman tahun 2007...dan 2 tahun berlalu...dah tua dah..hehehe

Related Posts with Thumbnails