Tatkala aku menaip entri kali ni, lagu Lucky dr Ashily OST Boys Over Flowers berkumandang. Ahhh..I'm not so lucky, ok!
Diskriminasi menjatuhkan aku, reputasi kini menjadi bisu.... Tapi entri kali ini mengenai Situasi. Bukan lagu Bunkface la oii. Situasi yang mungkin korang pernah mengalami, mungkin membuatkan korang rasa hepi mcm nak terbang di awang2an, atau juga rase macam nak sagat muka seseorg atau muka sendiri dgn kertas pasir.
Situasi 1.
Apabila kawan kamu menghadapi dgn masalah, dia akan dtg mengadu, minta nasihat, atau pertolongan kamu. Dia sering berbuat begitu kpd kamu. Kamu sedaya upaya utk tlg dia. Kawan kamu berjanji pada diri sendiri dan juga kamu untuk buat apa saja untuk lupakan masalah atau memperbetulkan keadaan. Akan tetapi, dia tidak melakukan seperti yang dijanjikan, tetapi dia masih mencari kamu dan minta pertolongan kamu, dan masalah dia menjadi semakin teruk. Kamu sudah letih untuk memberi nasihat kerana dia masih ingkar pada janjinya banyak kali. Kamu sudah beri banyak peluang untuk dia tunaikan janji dia, tapi janji tinggal janji. Apa tindakan kamu? Marah? Memberi nasihat lagi? Tinggalkan kawan kamu?
Bila kamu marah, kamu khuatir persahabatan kamu akan rosak Tapi kalau kamu tidak marah, dia masih begitu dan tidak berubah.
Bila kamu beri nasihat lagi, kamu yang rasa sakit hati, semata2 tidak mahu rosakkan persahabatan, tetapi kamu sudah bosan dgn sikap kawan kamu dan kamu mungkin akan jadi bom yang hanya tinggal untuk meletup.
Bila kamu tinggalkan kawan kamu, takut pula kawan kamu kata yang kamu tidak boleh diharap langsung, walhal sudah byk kali kamu menolong dia.
Aku bebel: yang aku tak paham, baru sekali aku marah, org bole ckp aku cpt naik angin la, sikit2 nak marah la, pdhal aku punye bersabar dgn org mcm tu die tak fikir ke? Sikit punye baik aku nak jage ati org pon xde org nak paham. nnti kalo aku x tlg kate aku xleh harap plak. weh, kesabaran aku ade tahapnye tau!
Nota tepek kat dahi: entri ni aku post takde niat nak kenekan sape2, tp aku pecaye yang korang pon penah rase situasi mcm ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 コメント:
Post a Comment