Jauh Mahu Aku Pergi....

tadi aku borak2 dgn kawan aku, dah lama tak jumpe (pada hal br la brp bulan). Igt tak dlm entry 'Nak Menipu Tapi...Bodoh' tuh? Roommate aku tuh la..hahahaha.
Tiba2 aku ckp kat die, "kenape aku semenjak dua menjak ni jiwang ek?' pastu aku gelak. hahaha mungkin aku byk sgt tgk drama kot, pastu nak feeling lebih, kena pulak time dtg bulan, emo la jawabnye. Pastu aku ckp lagi "wei aku nak pegi jauh laa..jauh drpd manusia2 yang selalu aku nampak".
Sebenarnya dah lama aku fikir mcm tuh, nak duduk jauh dari org sekeliling yang mungkin dah biasa aku nampak. Aku rase nak duduk pulau pastu kerja sane. Aku dah bosan dgn org sekeliling aku yang mementingkan diri dan sombong serta mendiskriminasikan manusia. Mungkin aku tak pandai nak bawak diri dgn berada di sekeliling org mcm tuh. Dah la takde ketenangan hidup, pemandangan dan suasana yg kacau bilau, kurang udara segar. Aku pon taktau ape yg aku carik untuk diri aku, ape yang aku nak..atau aku tak kenal dgn diri aku sendiri. Entahlaa.. Mungkin aku perlukan seseorang yang boleh membantu aku.
Tapi cukup kuat ke aku nak menghadapinye sorang2??. hmmm..kalau tak cube taktau btul tak? Aku bukan laa kuat seperti luarannya yang org boleh nampak, kdg2 aku terpaksa tipu diri sendiri untuk tutup segala kelemahan dan malu. Aku berlagak kuat, berkuasa, mungkin seperti ketua..tp dgn cara itu jugak aku memotivasikan diri aku. Aku selalu igtkan pd diri aku segala ape yg aku buat ade tujuan dan sebab, jgn lokek utk berkongsi dan mengajar kelebihan yang ade pd diri aku, sbb ape yang aku ada semua Allah yang bagi, Dia yang punya.

Tapi cuma......
Kalau aku pergi jauh, mcm mane plak dgn org yang aku syg?? Takkan nak tinggalkan mcm tuh jer?
Oh, mungkin aku kene buat sikit pengorbanan kot.
Ah, kenapa nak fikir psl org lain, sdgkan org tak penah nak fikir pasal aku? Atau aku yg ego?
Tapi aku nak jugak cari sesuatu yang manfaat untuk diri aku....

Entahlaa....

0 コメント:

Related Posts with Thumbnails