Fon-kepala?

Aku memerlukan headphone baru!!
Sebenarnya headphone neckband aku ade lagi. Aku beli tahun 2008, dia lah teman setia aku bila aku pergi jalan-jalan. Bukan tu aje, masa zaman aku belajar kat Melaka dulu pun headphone aku tu tak pernah aku tinggalkan, mesti ada dalam beg. Aku pernah buat entri pasal ni kat entri april 2008.
Headphone ni brand Philips punya. Masa baru-baru keluar harga boleh tahan mahal, dalam RM60-80. Tapi aku beli kat kedai jual barang computer, lepas kawtim dengan taukeh dapat RM40. Sekarang aku tgk RM29.90 dah boleh dapat. Aku sayang sangat dgn headphone ni. Tapi bila lama-lama pakai ear-pad dah koyak, alang2 dah koyak, aku cabut terus. Tapi bila pakai lama-lama sakit telinga pulak sebab takde ear-pad. Sound system memang mantap, tapi biasalah model camni noise akan kacau. Sebagai contoh, dalam kereta, bila driver buka radio, bunyi radio akan menggangu sikit pendengaran kita sebab kita akan dengar bunyi radio tu kalau dipasang dengan kuat lah.

Aku pun tweet..
tweet yang tengah2 tu, hahaah sempat promote CNBlue lagi. Shee suggest aku brand Sennheiser. Aku pun survey kat e-bay. Boleh tahan juga, harga pun agak affordable, depends what kind of product lah. Aku search lagi, aku berkenan kat satu brand ni, Skullcandy... Memang sangat menarik perhatian aku semua jenis headphone dia. Harga jangan cakaplah....memang mahal punya, even aku search kat web online shopping pun harga tak banyak beza.
Cantik kan. Banyak lagi yang cantik-cantik. Search sendirilah. Rambang mata oiii.. uishh.. kawal nafsu... kawal.... KimJoon baby, belikan 5 jenis please..LOL!~

Tapi mata aku macam berkenan kat yang ni...
Macam pernah tengok. Tapi kat mane eh? Pastu search laa lagi, jumpa macam-macam brand, sangat menarik hati juga. Tiba-tiba aku teringat kat seseorang ni. Gambar-gambar dia banyak juga yang pakai headphone...


Miahahah... nampak tak ape yang aku nampak? Sama kan dengan headphone yang aku berkenan tu. Cuma warna je ada sikit lain. KyuJong punya kaler white gold, yang aku berkenan tu white grey elephant. Taste kita same la sayang...hehehehe
Aku search untuk warna yang sama macam KyuJong punye... Banyak yang sold-out. Harganya agak mahal sikit..sikit jerla berbanding dengan white grey. Takpe-takpe, banyak masa lagi untuk sediakan duit...Hohoho...

Penyudahnya, aku beli yang lain... harga murah aje..lebih kurang harga aku punye Philips neckband headphone tu jugak...
Aku beli yang tengkorak pink. Tengoklah beberapa hari ni sampai la kot. Mintak-mintaklah dia sampai sebelum aku pergi Sarawak next week. Hurmmm.. Aku juga berkenan yang ni... Macam-macam warna...
Kalau tak silap aku, dalam drama You're Beautiful, Hwang Tae Kyung pakai yang warna putih tu, tapi bintangnya pun warna putih jugak. Cuba cek kat episod 1 scene airport tu.

Tapi aku masih berhasrat untuk membeli Skullcandy punya juga.. ngeh3...

3 コメント:

HuRuL_AiNi said...

skullcandy punya headphone mmg lawa2 eyh....hohohoho...suka je tengok...hehe

aku kalau kat opis bila mula pasang headphone mula la opismate buat lawak pilot...huhuhu...tp aku buat badak je....hehehe

Unknown said...

skullcandyyyyyyyyyyyyy....aaggagaaa.
^
^
ignorelah budak kat atas ni..dier xleh kalu bab hedepung...

xXrucciXx said...

lawak pilot?? miahahah.. x dpt aku bayangkan...hohoho

jgn kate ignore2.. kang tau2 TERRRbeli satu kang... miahahah

Related Posts with Thumbnails