aku tak paham, memang sgt tak paham...
kenapa manusia suke pandang rendah atau mengeji pd manusia yang kurang upaya, yang kurang enak mata dipandang, yang miskin...
ape hak kau nak buat org macam tu???
kau dah sempurna sgt ke? kau kaya sgt ke???
mentang2 kau ade rupa, kau ada duit..kau rase kau laa yang paling hebat kat muka bumi nih...
jangan riak..kita di bumi hanya merasai pinjaman yang Dia berikan..
semua yang kau ade sekelip mata boleh hilang..
kau salahkan mereka 'dah tau kau cacat, jangan menyusahkan orang lain'..
kau mengutuk mereka 'dahla gemuk, ade hati nak pakai cantik-cantik, ade hati nak kahwin'..
kau mengeji mereka 'dahla miskin, ade hati nak kawan dgn orang kaya'..
ape hak kau??
cuba kalau orang kata 'belajar je tinggi2 tapi takde otak dan takde perikemanusiaan' pada kau??
andaikata kalau orang kata 'muka je cantik, tapi hati busuk dari bangkai babi' pada kau??
kalau orang kata 'name je kaya, tapi tak pernah bersyukur, bayar zakat, hasil kekayaan kau dari rasuah, berjudi dan tak halal' pada kau??
apa kau rase??
apa kau rase??
semasa kau mengutuk dan mengeji mereka...mereka marah,pertahankan maruah, atau mungkin mereka hanya berdiam diri..
tapi bila kau dikeji dan dikutuk..kalau boleh kau taknak mereka wujud pun dekat muka bumi ni, atau kau gunakan harta kau untuk puaskan hati kau dan org lain jd mangsa angkara kemarahan kau........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 コメント:
Post a Comment