Showing posts with label Makanan Jepun. Show all posts
Showing posts with label Makanan Jepun. Show all posts

Makan @ GO - Cream Puff Zettai Kareshi di Malaysia (Beard Papa's)

Korang pernah tengok drama jepun Zettai Kareshi @ Absolute Boyfriend kan. Dalam drama tuh dorang ade buat cream puff untuk dipasarkan. Korang tak teringin ke nak tau macam mana rasa cream puff tu?
Masa aku tengok drama tu, aku tengok macam sedap je. Nak jugak rasa. Tapi kat Malaysia ni manalah nak dapat.

Masa aku stay kat Boulevard Hotel Midvalley hari tu, aku pun jalan-jalan la dalam Midvalley. Aku terpandang satu kedai ni dengan tulisan Jepun, rasa tertarik nak ke sana. Nampak pula ada orang pakai baju chef. Rupanya kedai tu menjual cream puff yang macam dalam drama Zettai Kareshi. Aku rasa excited sangat nak cuba rasa. Don't worry, it is HALAL! Teruja tengok puff yang rangup tu. Aku merengek dengan mak aku nak beli, siap cakap ni orang Jepun suka makan. Mak aku tau sangat aku akan cuba apa-apa yang berkaitan dengan Jepun ni...hahahah

Mula-mula ingat nak beli 2 jer, tapi kat situ ada 3 rasa. Nak cuba semua. Penyudahnye aku beli 6 cream puff berperisa vanilla, coklat dan green tea. Oh ye, nama kedai tu Beard Papa's.
Tak rugi beli, sedap siot!!!! Cream dia fresh dan sejuk. Bila kita nak beli baru dia masukkan cream tu dalam puff.
Bawak balik hotel, makan dengan rasa excited. 'Sedapnyeeeeeeeeee!!!!' Sebaik sahaja aku masukkan cream puff tu dalam mulut dan mengunyah, itulah perkataan pertama yang aku sebut. (Heppppp! tengah makan jangan bercakap!) Harganya agak mahal, tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.

Selain cream puff, aku ada beli Fondant Au Chocolate. Yang ni memang sedap, sumpah tak tipu. Enak dimakan ketika ianya sejuk dan mampu buat korang kecur air liur. Sebaik saja aku memotong FAC tuh dengan sudu, cream chocolate nya melimpah keluar. Aiyayaiiiiii...

Ni rupa kotaknya, Santa Clause kah itu? Heheheeh.. Beard Papa's boleh didapati di MidValley Megamall di low ground level, alaa satu level dengan kedai Speedy tuh, Sunway Pyramid dan juga Jusco One Utama.

Beard Papa's ni memang originally asal dari Osaka, Jepun. Dibuka oleh Yoji Hirota pada tahun 1999 dengan slogan Fresh'n natural cream puffs, memang fresh pun. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Jika korang teringin nak merasa keenakan makanan dari Jepun ni seperti dalam drama-drama Jepun, boleh lah mencuba di cawangan yang berdekatan.

JB

Tadaima!!
Dah 4 hari aku tak update blog rupenyer. Aku menghilangkan diri kejap. Ke mana? Tak ke mana pun.. pergi JB aje. Pemergian aku ke JB sebenarnye tak dirancang, tiba-tiba je. Ni pasal mak aku la dapat duit koperasi dia, terus je nak gi jalan-jalan.

Hari Khamis tuh dalam pukul 8pagi kalau tak silap, aku yang masih syok tido tiba-tiba lagu 'A Song Calling For You' berkumandang...
Aku: Yoboseyo?? Hello?
Mama: Dik, nak gi JB tak?
Aku: Hah? watpe? (tgh mamai ni)

Mama: Jalan-jalan. Bangun, mandi, siap-siap, mama sampai rumah kite gerak....


ape? u nak gi JB? buat ape? pegi dengan sapa? berapa lama? bila balik? hotel mana? napa tak pegi dgn i? lain kali cakap la awal2!
(eh, byk tanye plak.. kan cuti ni, jalan2 la. dgn parents i la. 1 malam aje. kalau 1 malam tu kirela sendiri brp hari. nak pegi dgn u? i pun selalu kene tinggal. nk ckp awal2? mcm la selalu ada rumah, nk ckp pun susah!)
(perbualan yang agak emo sikit)

Aku tak suke sangat gi JB, bukan ade apa sangat pun. Lagipun aku agak lost jalan2 area JB. Aku rasa lagi senang jalan kat KL.
OTW ke JB tu aku pulun tido jer aaa.. Nasib bapak aku tak suruh aku drive, hahahaah.. Dahla lalu jalan lama, bosan gile. Perut dah lapar, tak makan pape pun.
Sampai JB singgah jap AEON Tebrau City lunch. Ramai betul manusia dalam tu, yela cuti sekolah, pastu esoknye nak Christmas lagi, shopping sakan laa. Jalan-jalan carik foodcourt, aku jumpe ARASHI......

Hahahah.. Kedai makanan Jepun daaa.. I'm not sure it is Halal or not, tengoknye macam tak. Aku bukan nak masuk pun, tapi suka tengok interior design kedai ni dengan gambar2 makanannyer. Lepas lunch jalan-jalan dalam JJ tu, erghhh..pening dgn manusia yg ramai, terus balik kat kereta. Terus check-in kat Puteri Pacific sebelah Plaza Kotaraya.

Dah lama rasanya tak tido hotel..eh? yeke? Yang tak bestnye boleh pulak tak bawak laptop!! Sekarang every room in a hotel ada internet access..perghh rugi dowh! Tak sampai satu hari tinggalkan rumah aku dah rindukan PC aku, hahahaha...Tak senang duduk dibuatnye takde internet weii. Nak keluar ke Kotaraya nak access wireless internet cam malas la pulak, terpaksa la tahan nafsu..hohoho
Ape? baru satu hari takde kat rumah dah rindu PC? hahaha..cerita kelakar apekah ini? Hahahaha
(amboi..gelak sakan kau ye..hmmppffttt!!)

Baru aku teringat, Chrismast Eve rupanya,patutlah banyak cerita best kat tv. Akhirnya aku layan Lord of The Ring kat 8tv, habis je cerita tuh aku pun cuba untuk tido dengan dengar lagu dari handphone aku. Percubaan berjaya! Tapi, pukul 430pg aku dah tersedar..aiyo0o. Mana taknya waktu camni aku memang tak tido, so aku berjaga sampai pagi dan siap2 nak breakfast. Masa breakfast aku perasan dalam hotel tu majoriti Melayu, bangsa lain beraya kita gi holiday tido hotel..hahaha.
kalaulah malam nak christmas tu aku terjumpe santa kiyut cam gini...huhuhu

OTW nak balik Batu Pahat, aku rase perut aku senak semacam. Nak kata makan banyak tak jugak. Bila sendawa tuh aku rasa macam gas dapur keluar dr mulut. Ewwww..(agak2 kalau ade api depan mulut aku boleh jadi cam naga tak??) Lama-lama senak tuh rasa makin teruk plak, angin penuh satu badan..nak gerak pun sakit, dah macam kene senggugut pun ade. Terasa macam nak muntah, tp tak pun muntah. Memang confirm angin yg sangat teruk. Mak aku siap urut/ketuk2 badan aku dalam kereta kasi angin keluar. Ya ampun, sakitnye Tuhan je tau, dah macam orang mabuk aku dalam kereta tuh. Sampai rumah tu yang aku terus 'collapse'....
nak kate aku minum banyak cam budak ni tak jugak...7 gelas tu weii, perut ko baldi ke ape?

Nota tepek kat dahi: Ape yg aku taip pasal Christmas tu janganlah salah paham, bukan lah nak menyambut pun perayaan tuh. Jangan salah faham pulak, nama pun cuti/public holiday. Pasal santa yang kiyut tuh, kita pun tahu memang tak wujud pun santa clause, but what I mean is the fake santa is everywhere during Christmas. For those who celebrate it Merry Christmas to ya'll
Related Posts with Thumbnails