Lelaki Idaman?

Bila bercakap tentang lelaki idaman, apa ciri-ciri lelaki idaman korang?
'aku nak yang romantik'
'aku nak yang kacak'
'aku nak yang kaya'
'aku nak muka ala-ala chinese look' ...........hhhmmmpppfttt!!!~
Macam2 laa yang korang nak.
macam aku taknak ke? pilih la aku, nanti dapat jam tangan ni free..ala-ala buy 1 get 1 free gitu..:P

Kita boleh cakap macam2, nak yang begitu, begini,...tapi nanti bila nak buat suami ingat ape yang kita idam2 kan tu dapat ke? Takde maknanyer.
Ape yang kita nak tu cuma nafsu je. Kita tak kenal lagi dengan orang yang sesuai dengan kita boleh la kita cakap macam2. Sebab tu tak kenal maka tak cinta.

Macam jugak korang suka artis korea, dah tentu lah yang jadi artis ni semua hensem2 kan. Dari situ jugak korang akan kata 'oh, dia ni hensemla, aku nak la lelaki camni'. Ko dah jadi peminat dia memang la ko suka. Tapi tahukah korang yang korang nampak tu luaran aje. Tapi memang tak dinafikan, ade jugak sifat dalaman seseorang tak banyak beza dengan sifat luaran. Tapi kalau sekadar untuk suka tu takde salahnye, takde sapa nak halang pun. Nak berangan artis tu jadi laki ko pun takpe... (erkk....ni macam kene batang hidung sendiri je..hahahah)

masih lagi kah dia ni lelaki idaman anda lepas tengok gambar ni? hahahahaahahahahah....gelakguling

Contoh lain, masa kita berada di kolej/universiti, kita dikelilingi dengan ramai manusia yg pelbagai ragam, yang si lelaki mencuci mata dengan tengok perempuan, begitu juga dengan si perempuan. Pantang nampak yang cun/hensem mesti 'nak masuk line' atau 'test market'. Sekali dah kenal, si dia yang pada mulanya ko puja-puja sangat tuh taklah seindah yang kita sangka. Tak salah kalau kita memilih, tapi jangan terlalu memilih atau meletakkan harapan yang tinggi, kang diri sendiri gak yang kecewa.

pilihlah aku jadi pacarmu....!!~
(eh, cam kenal je lagu tuh?)

Soalan 'Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?' pernah ditujukan pada aku suatu ketika dulu. (tu masa tengah boring-boring sambil borak-borak kosong la tu) Aku tak ingat pulak ape aku jawab. Sekarang ni, aku taktau nak jawab ape, sebab kehendak manusia ni berubah-ubah. Tapi sudah semestinya aku nak yang terbaik untuk aku, aku pon taknak letak harapan yang tinggi sebab aku pun sedar tahap aku kat mana.

Aku tak kisah kalau lelaki itu seorang yang 'dork' atau segila Jo Kwon. Sekurang-kurangnya dia boleh menghiburkan hati aku. Hahahaah..ke aku yang gila sekarang ni?
Yang penting sekali jangan suruh aku panggil dia 'abang'..!@&#*$#@%^$%^&^$%^$#%^##@!##$!@%$ Sumpah aku tak suka ok!
Dan semestinya dia harus berfikiran matang dan lebih logical dari aku, aku tak kisah kalau dia kelihatan seperti budak-budak atau lebih muda dari aku, asalkan bukan berfikiran macam budak-budak. Yelaa, nak buat laki kot,mestilah yang boleh guide kita ye tak.

agak-agak kalau die joget zapin atau kuda kepang camne rupenye ek?

ngan kite taknak ke?
(yang ni nak kene tunggu 15 tahun lagila, takpun abis SPM...ceh, aku dah anak dua agaknye time tuh)

Senang cerita, aku ni tak kisah sangat, agak-agak yang boleh ngam dengam aku, boleh layan kepala....aku ok aje. Terserah jer lah pada tuhan. Lagipun tak semua yang kita nak kat dunia ni kita dapat, ape yang kita dapat tu bersyukur ajelah.
Korang pulak macam mane?

8 コメント:

HuRuL_AiNi said...

kekekek...kimchi, best pulak isu ko ni....

zaman dulu2 masih belajar dulu mmg angan mcm2....

tapi skarang, bila dah berdepan ngan realiti kehidupan sebenar...aku cuma boleh kata, aku redha ngan siapa je jodah yg Tuhan tentukan....tapi biarlah mampu menyara hidup aku nanti & at least seorang yg boleh aku hormati & taati seumur hidup...cheewah....

tapi skarang ni berangan still on, klu boleh yuma, yuya, jeajoong, changmin, kim bum, lee jun ki...semua la nak jd boyprean...hahaha

xXrucciXx said...

tau takpe...
aku pun camtu gak dulu, yelah time tu budak2 lg...makin hari kite makin matang, so kehendak pun berubah...

wehh..berangan tetap berangan, pedulik la kan, name pun berangan aje..hohoho....

Unknown said...

wah..kelihatan siyes sekali topik rucci kali ni..ahaha..

aku camtu jugak ..
samolah..tp aku nye jejaka idaman..
dari dolu sampai sekarang aku ske lelaki curly hair ..ataupong ikal2..
pahtu ske yang muke cute2..
itu berangan je..

"Nak berangan artis tu jadi laki ko pun takpe... (erkk....ni macam kene batang hidung sendiri je..hahahah)"
cam aku pong skali kene ni..
hahahhaha..lantak..

"Yang penting sekali jangan suruh aku panggil dia 'abang'..!@&#*$#@%^$%^&^$%^$#%^##@!##$!@%$ Sumpah aku tak suka ok!"
weh..samalah kite..aku prefer panggil nama lagi dari abang..aigoo...camno tuh..tp kalu kawen kang, panggil abang ok jugak..ataupong panggil laling..aishhh ..

aku pasti nya nak carik yang setia..
sebab aku jupe slama ni..hampeh x setia, sebab aku jenis yang very loyalty..because aku tersangatlah jeles..betul ni..kalu ko x percaya ko cuba ah rapat2 ngan minho..ahahahha...siap ah..<-alamak sekali aku warning tukang postin ni...ahahhaha...sori sori sori..

Shee said...

Uihhsss..topik hangat nihh... aku pon baru membincangkan isu ni ngan junior aku kat MSN few days ago (dia yang sibuk nak brainwash aku untuk kurangkan aktibiti fangirling aku..hampeh) ahahahaha.. tapi kan isu ni memang patut diutarakan.. ahahaha nanti lah aku post response untuk post ko ni ye.. nampak mcm best.. so tak yah lah aku buat kotak komen ko ni mcm blog aku lah pulak.. ahahahaha..

tapi satu lah aku nak jawab...lelaki idaman aku biarlah seseorang yang punya potensi untuk membawa aku ke syurga <-- woooo~ ni jawapan standard aku boleh berikan.. effect selepas tengok Ketika Cinta Bertasbih. ngeh. ngeh. lain-lain.. nanti aku cerita.. ahahahahaha :p~

xXrucciXx said...

kalo ambe la kan...ambe lg suke panggil die 'awak, you, sayang, atau nama dia' ...

ambe tak suke cinta-cintun yang terlampau berbunga2....aishh terasa bulu kat badan memanjang 2-3 inci tau...ahahahah

xXrucciXx said...

shee, ciri2 mcm yg ko cakap tu seharusnya ada dlm setiap lelaki yg nak dibuat suami...sapa taknak weii

waiem said...

Uik panggil "abang" la best...tak pon kita tuko "yobo" ke atau "chagia"...hahaha

Ciri-ciri laki ambe hahaha gelak dulu...mcm kelako je
1. Chinese/ korean/japan look hahaha...nak jugak
2. Bagi ambe tengok drama pas kawin...hahaha...kalau x bagi abes la kena tutup blog
3. Anak bongsu
4. Ada chemistry
5. Yang boleh jadik imam (op kos la kan yg ni)

xXrucciXx said...

yobo? chagia?
ahahaha...kang terpinga2 pulak die...hohoho

Related Posts with Thumbnails