Korang ingat lagi tak entri pasal Kimi Wa Petto versi Korea yang aku post dulu? Katenyer filem tu tak jadi kan. Tiba-tiba dapat tau filem tuh confirmed pulak. Aigooo...otteoke? Kejap jadi, pastu tak jadi, akhirnya jadi pulak. Macam biskut kejap ade kejap takde. Jangan nanti masa filem tu tayang tiba2 skrin jadi kosong plak...main2 magic. Hishhh!!~
Actress SooAe and SS501 Kim HyunJoong will meet in a movie.
A movie staff said on 30th November, “SooAe and Kim HyunJoong has been casted for the movie ‘You are my pet’ as the female and male leader characters. The movie will be directed by Kim ByungGon.”
The movie is about an episode of a beautiful and talent fashion magazine editor’s ‘cohabitation with a pretty boy. SooAe will be playing the fashion magazine editor and Kim HyunJoong will be the ‘pet’ flower boy. Kim HyunJoong’s agency said, “We have not finished the process of signing the contract. But we will confirmed everything by middle of the year.”
The movie is an adaptation of 10-part Japanese drama aired in 2003. This will be Kim HyunJoong’s next acting attempt after ‘Boys Over Flowers’ earlier this year.
Tentatively the movie is set to air in 2010.
credit:Kbites
*Nampaknye budak2 SS501 ni akan berpisah lagi sekali untuk sementara waktu, sebab leader-nye dah sibuk berlakon filem pulak. Masih ade concert lagi sampai tahun depan. (bile nak sampai Malaysia ni??????)
Ingat lagi tak kat entri yang ni. Sekarang aku senang hati sangat sebab chenta kesayanganku sudah baik dari swine flu. Alhamdulillah. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!~ Yokatta ne!
Sempat jugala aku melawat dia kat hospital siap bagi lauk raya lagi..hihihi.
Pada 30/11/2009 (hari ni) dia dah pun keluar hospital dan juga disahkan sudah baik sepenuhnya dari swine flu. Tapi baru je baik 3/12/2009 ni dah nak fly ke Thailand. (nak ikuttttttttttt!!!!) Beliau juga akan kembali untuk shoot rancangan Invincible Baseball untuk KBS2 TV.
*Ni laa nasib artis, baru baik sakit je dah mula kerja..aigooo!~
Edited: Kim Joon’s scheduled visit to the Philippines was canceled at the last minute because of his health condition. Haruslah batal, giler ape, baru keluar hospital dah nak kene kerja/travel sana sini.
Nak kate baru nak tido, ni dah tengah hari. Khusyuk sangat tengok kartun la ni. Wei budak, umur dah setahun 5 bulan, bila nak jalan? Bila nak pandai cakap? Aigoo...Otteoke?
*Ni hero pilihan ashie, hahahaha!! (dah beso nanti perangai jangan cam JunPyo, aku cubit nanti!)
Hari tu aku tengok iklan Brands yang ade Akim tu sebijik cam muka HongKi. Akim pun dah rambut karat. Aku tak dapat nak wat screen caps, tp ni ade beberapa ketul gambar yang aku rasa ade persamaan.
Ok, aku nak imejin Akim berlakon jadi Jeremy....erkkkk????
It's kinda sad when I saw this pic. He looks so tired. His eyes are reddish and his face looks pale. Macam terseksa gila tengok dia nak bukak mata,(aku panggil ni mata ikan buntal) tapi tetap maintain tunjuk 'peace'. (oh, sangat typical asian punya pose) Muka tak cukup tido. Aku rasa tido lah perkara yang paling nikmat dalam hidup dia. Sebab dia adalah sleeping majesty dalam rancangan Thank You For Waking Us Up..hahahahah.
Have a good rest dude...
Edited: Oh, mungkin juga mata beliau terkena pepper spray, akibat keplayboyan tahap melampau...hahahah. Opsss...KHJ mintak ampun! Huhu, have a good rest and have a nice day =)
Comment on KHJ: Gaya dah ada, muke kurang ekspresi. Comment on JYH: Kurang gaya, ekspresi muka pun kurang. Conclusion: Berlakon watak yang lebih kurang sama. Dua-dua MUKA TAKDE PERASAAN.
*tak tau kenapa masa nak buat entri ni aku tak bole tahan gelak, tapi kene cover sebab hero-hero malaya kesayangan aku tengah tido, kang kalau terbangun memang susah nak tido balik.
Edited: Kalau kat atas ade tuh hero muke takde perasaan, bagaimanakah pula dengan hero malaya yang ini? Ashie, sila pilih..nak mana satu? Hahahah...
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku bace tadi. Mula-mula aku on9 pakai henfon je, tapi bile tengok tajuk artikel tuh, terus aku tuka on9 guna PC. OMG OMG!!! Chenta hati ku kena swine flu!! Kim Joon disahkan menghidap swine flu pada 26 November. Pada tarikh yang same juga Taemin SHINee dan Thunder MBLAQ disahkan menghidap swine flu. Ishh..apsal ramai sangat artis Korea kene swine flu ni? Otteoke?? Baca artikel penuh kat sini. Sekarang dia ada kat hospital untuk menerima rawatan dan keadaannya juga stabil. Eh, 30/11 ni kan dia ada fanmeeting kat Filipina, agak2 jadi ke ek? Lepas tu nak ke Thailand, Singapore dengan Jepun lagi..aigooo, otteoke?? Oh, sayang ku, get well soon ok. FIGHTING!!~
Ok, sebenarnye ade benda lagi aku nak cerita pasal Kim Joon ni...hihihi. Aku raselaa, tak sia-sia aku pilih dia ni chenta hati aku..(fuhh gile berangan siot! sapa tak suka sila blah dr sini..hahaah) First of all, since BOF lagi I saw something in him. Yeah, at first mmg aku tak berapa suka dia ni, lagi2 bila dgn slang 'mat salleh tak siap' dia tuh. 'Yo yo! Ma bro, wazzup man!!' Hahahah, memang aku bantai gelak siap kutuk lagi siot.
At last, aku terjatuh chenta juga akhirnya..mwahahah. Tapi aku rase watak tu sesuai jugak untuk die (exclude 'mat salleh tak siap') as a very cool person that values friendships. In fact, he is really a person like that. Oh, you are so sweet... When I watched this vid...
Awwww..he is so sweet with his mother (but hopefully you're not a mummy's boy ok..) Sejuk perut mak dia mengandungkan dia.
Bukan tu saja ye, dia sangat baik hati dan juga rajin. Masa dekat lokasi untuk rancangan Invicible Baseball Team siap tolong pungut sampah lagi, dan juga kerja2 lain yg sepatutnye sebagai individu patut buat. Weii, bukan senang artis nak buat kerja2 camtu dengan rela hati ok. And I'm talkin' about an artist..superstar weii, famous gile tuh. Masa dia tengah buat kerja2 tuh, ade la peminat ni terjatuh pen (dan2 jatuh pen, katela nak mintak sign..hahaha), dengan baik hati Kim Joon angkat pen tu dan pulangkan pada tuan punya pen. Pastu ade budak kecik nak ambik gambar dgn dia, dengan rela hati dan penuh kesopanan beradab tatasusila, (perghh ayat takleh blah dowh) dia melutut sebelah budak tu dan terserlah lah image 'manner man' beliau. Peminat2 tersebut rasa terharu dan 'awwww.....' Picture Credit K Bites
Tapi pelik la die ni, kejap aku tengok die kurus, kejap tengok dia berisi. OK, aku paham, mungkin bila penat kerja die kurus, pastu berat die naik balik... Tengok jer la gambar2 ni...
Time kurus
Time berisi (ke mata aku yang tak berapa nak betul atau camera trick ni?)
Whatever it is, aku tetap suka dia...haruslah kan. Kalau tetibe aku tak suka tuh mesti ada something wrong lah.
Dalam video yang ni, dia nampak berisi. But when I watched this video, I was like 'OMG OMG Kim Joon smart gilerrrrr, sweetnyee...drools all over'. Bwahahahaah.. Plus, he wore green cloth dengan aku rase nak kate tie bukan tie kaler hijau jugak. Aku suke hijau ok! And the girl stole Kim Joon from me..siap bagi teddy bear, kissed him and hugged him. (takpe aku ada teddy bear 'JungMin') WTF!!! Ok takpe, ko budak kecik, hahah.. Weii, bunga tuh patut bagi aku bukan budak tu! (ok berangan lagi)
Ok, sekian bebelan aku kali ni untuk ruangan BuZZ @ GO.
*apsal aku rase blog aku ni dah mcm majalah hah?? Uishh....
Selamat bertemu kembali dalam ruangan BuZZ @ GO. Walaupun aku busy giler hari ni, tapi aku tetap menggatalkan jari ni nak menaip dalam blog. Kali ni aku nak cerita pasal satu lagi band baru. Band apa??? Jangan banyak tanye, bace je entri nih.
Anda pernah dengar band C.N Blue? Anda kenal dengan C.N Blue? Tapi sudah pasti anda kenal siapa Jung Yong Hwa bukan? Alaaa 'guardian angel' dalam drama yang buat aku naik gile tiap-tiap minggu tuh..hihihi. ShinWoo oppa, saranghae! Huhuhu... Jadi, ape kene mengene beliau dgn C.N Blue?
C.N Blue ialah singakatan dari Code Name Blue. (apaaaaaaa??? cerita biru???? Heppp! Tolong jangan menyimpang tempat lain.) Adalah band baru dari Korea Selatan. Mereka ini dikatakan F.T Island yang kedua, sebab muzik mereka yang lebih kurang sama dengan F.T Island. (konsep nama kumpulan pon lebih kurang je) Tambahan pula mereka juga di bawah satu syarikat yang sama F&C Music atau Fish & Cake Music. (ape daaa muzik kek dan ikan..hahah)
C.N Blue ni jugak adalah indie band, biasalah sebelum keluarkan album mesti dorang dah perform merata2 kat Korea tu, gigs sana sini. Lebih kurang sama je macam kat Malaysia. Pada 19 Ogos lepas, dorang release album bertajuk 'Now or Never' kat Jepun.
C.N Blue dianggotai 4 orang anak muda, yang memang boleh dijadikan adik-adik atau toyboy/anak ikan kepada wartawan yang sedang menaip ni. Mereka ialah :
Name: Jeong Yong Hwa (정용화) Japanese Name: チョン・ヨンファ Position: Lead Vocal and Guitar Birthdate: 1989.06.22 Height: 180cm Blood Type: A
Name: Lee Jong Hyun (이종현) Japanese Name: イ・ジョンヒョン Birthdate: 1990.05.15 Position: Guitar and Vocal Height: 183cm Blood Type: O
Name: Kang Min Hyuk (강민혁) Japanese Name: カン・ミンヒョク Birthdate: 1991.06.28 Position: Drums Height: 184cm Blood Type: A
Name: Kwon Gwang Jin (권광진) Japanese Name: クォン・グァンジン Position: Bass Birthdate: 1992.08.12 Height: 180cm Blood Type: AB
Dalam album 'Now & Never' dorang ni ade 5 buah lagu iaitu Now Or Never, Let's Go Crazy, Love Revolution, Just Please, dan Tearsdrop in The Rain. Lagu-lagu dorang memang semuanya bahasa Inggeris, aku pun taktau kenapa. Walaupun mereka ni masih baru, tapi salah seorang anggota iaitu Jung Yong Hwa telah berlakon dalam drama You're Beautiful juga membantu untuk menaikkan populariti band ni. Syabas adik-adikku. Jom layan lagu-lagu dorang, boleh tahan jugak best. Memang kene dengan citarasa aku la...
Intro lagu ni buat aku nak nyanyi lagu 'Only Youuuuuuuuuuuuuuuu'...tapi jauh menyimpang..hahaha
Nyang ni lagu favorite aku. Best!
Lagu ni macam sesuai untuk jadi lagu tema anime. Aku rase laa..
Edit Tambahan: Nampaknye video telah removed, sapa nak try dengar lagu2 dari album lepas dorang Now or Never dan Voice, atau album baru release Bluetory sila beritahu aku ok. These album recommended sapa yang suka layan indie band/music. Best!
Sapa kat sini suka JiHoo sunbae?? Saya!! Sapa kat sini suka ShinWoo hyung?? Saya!!
Ape motif soalan cam gini??? Hahaha..takde pape. Saje je nak buat kecoh. Aku nak bagitau yang Kim Hyun Joong dgn Jung Yong Hwa terpilih untuk jadi MC kat stesen MBC untuk rancangan Sunday Night. Waaaaaaaaa....JiHoo senior dan JiHoo junior bertemu!! These two guardian angels who stole my heart!! Hahaha.. Tapi aku tetap setia kat ShinWoo ku.
Dorang berdua ni akan muncuk di rancangan Sunday Night untuk episod ‘Korea Ecosystem Rescue Centre, Hunters’. Katenyer, untuk episod yang ni, dorang akan skodeng Babi Hutan. Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????? Hahaha..macam takde bende lain nak skodeng. Tapi ni skodeng bukan sebarang skodeng laa. Dorang ni bekerjasama dgn orang2 profesional untuk mengkaji spesis ni. Selain angels berdua ni ada jugak orang lain yang akan jadi MC, dan rancangan ni katenyer akan ditayangkan pada Disember.
*ishh..gamba atas tu Shinwoo tak ensem! Sebagai ganti......
Ye, aku mmg hensem dan JELITA!
Baru sedap sikit mata aku nak memandang. Hahahaha...neway KHJ pon hensem gak.
Edited: Yang ambe maksudkan skodeng Babi Hutan tu sebenarnye camni, rancangan ni sebenarnye nak tunjukkan pasal penangkapan babi hutan kat daerah Kyungsan tuh. Sebab populasi binatang tu makin banyak, dan akan mengganggu ekosistem alam. Memang haruslah kene skodeng babi hutan tu sume kan. Hehehe...
Nota tepek kat dahi: Skodeng2 babi hutan tuh, jangan jadi macam Tae Kyung kene kejor dgn babi dalam You're Beautiful sudah..wakakakakakak
Semalam, eh? Semalam ke?? Ye kot.. Aku borak2 dgn Ashie. Borak2 kosong je kat shoutbox kat tepi ni haa... Ni sume mulanya pasal 'KiBum'. KiBum memang banyak..KiBum mana satu? SuJu? SHINee? U-Kiss? Yang Ashie dah confuse.. Hahaha, kesian die sampai pening2.
Yang aku nak cerita sekarang ni ialah KiBum U-Kiss. Jom tengok biodata die sikit...
Toyboy baru aku..hahahaah
Real Name: Kim Ki Bum (김기범)
Birth date: December 29, 1990 (1990-12-29)
Family: Parents, Older Brother
Facts: A former member of Xing. He is fluent in Japanese.
Cube tengok betul2 dia ada iras siape? Tengok pipi dia, tengok hidung dia....... Tak dapat gak??? Apedaaaa..tak semangat K-Pop aa camni kalau tak dapat teka.
Dia lah adik Kim Hyung Joon @ Baby SS501. Comel kan?? Memang seacuan betol dua beradik nih. Cuma mata Baby besar sikit dr KiBum. Ashie macam tak percaya gile die ni adik Baby. (Padahal dah banyak kali bagitau..pening byk sgt tu, takpe ambe paham..ekekek)
Baby: Aku lah yang paling segak, bergaya, tampan dan JELITA! KiBum: Hyung, jangan perasan. Senyuman aku ni lagi hebat dan ANGGUN ok.
Daripada pandangan mata aku la, lepas tengok video2 dorang ni yang bersepah-sepah dalam Youtube tu, aku rasa KiBum ni nampak macam matang sikit dr Baby. Baby ni nampak cam 'manly childish' (paham2 sendirilah). Mungkin pasal dalam SS501 die paling muda, selalu kene buli, di cop 'loser', paling senang nak nangis dalam group, tu yang nampak beza sikit dr adik dia. Manakala KiBum dalam group U-Kiss, dia di antara yang paling tua.
Oh, brotherly love....
Hyung Joon-ah, adik ko cium pandai lak nak jerit geli, tapi yg ko cium YongSaeng tu ape ke hal plak???
Nota tepek kat dahi: KiBum ialah toyboy aku ok! Hahahaha..support U-Kiss and listen to their song Man Man Ha Ni.