My A.N.Jell is.....

Aku baru tengok drama You're Beautiful ni sampai episod 5. (ye, aku tau aku dah ketinggalan jauh ni) Tapi taktau kenapa aku feeling lebih kat scene ShinWoo makan dengan Go Mi Nam yang akhirnya Go Mi Nam lari keluar dgn Tae Kyung. Aku simpati giler kat ShinWoo...


Mesti dia rasa frust gila. Sabar jerla. Bagitau jer laa yang ko dah tau dia perempuan..aishhh. Sampai bila nak makan hati ajer. Tapi aku ade sikit TERRRR'imagine' yang scene ni watak ShinWoo dilakonkan oleh Kim Hyun Joong. Hahahah...

Paling takleh blah dalam episod ni si Tae Kyung tunjuk terer konon dia tau jalan2 sekitar bandar untuk balik ke studio. Tulaa suruh amik teksi taknak. Kotor katenyer. Giler freak dia ni.
Kerek betul. Penyudahnya pusing2 kat situ jugak 4-5 kali. Hahahahah..aku teruja betul tengok replika ice cream kedai tu. Macam real dowh!
Dalam episod ni jugak ada scene yang buat aku rasa cam nak gugur jantung tengok muka Tae Kyung.
Kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!!~ Kenapa comel sangat ni??? Tapi rambut takleh blah ah. Dah mcm Elvis Presley pulak aku tengok dia. Nasib ko sebaya dengan aku. Ye, tapi aku lebih tua dari ko ye Geun Suk..huhuhuh

Aku baca blog Shee tadi. Dia tanya Who is your A.N.Jell? Ok, aku pilih ShinWoo, walaupun aku suke tengok Tae Kyung. Huhuhuhu...
(perlu ke aku buat sepanduk 'I can be your Go Mi Nam'?) wakakakakakakgelakguling

Minggu Sibuk (Konvokesyen ku)

Hari Selasa 27/10/2009. Hari yang takkan aku lupa sampai bila-bila, sebab hari ni ialah hari Konvokesyen aku. Bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Ramainya manusia!!!! Nombor giliran aku je 585. Beratur nak masuk dewan punye la panjang..dengan panasnye.
Masa ni aku sampai taktau nak pegi mana, nasib kawan aku call terus dia pegi carik aku, tengah ramai2 tu jumpa plak tu. Hahaha..ni la kawan baik aku. Dia tu otak dia sengal2 sikit. Hehehe..lama tak jumpa dia.

Lepas tu, nak tunggu masuk dewan, kitorang lepak2 amik gambar dulu..pastu baru pakai jubah siap2 beratur ikut nombor giliran masuk dewan. Pihak UiTM jugak ada bagi topeng, hand sanitizer sebagai langkah mencegah dari H1N1.

Berdebar-debar rasanya hati masa naik stage amik diploma tuh. (padahal kosong je..hahahah) Lepas 3 jam majlis berlangsung barulah dapat keluar dewan. Panas bontot weii walaupun duduk dalam air-cond.

Kawan aku tu tinggi pasal dia pakai heels sebenarnyer..hahaha

Gambar takdela banyak sangat..tapi ni jer yang sempat aku nak share dalam blog ni. Aku cuma terkilan tak dapat amik gambar dengan kawan2 yang lain. Yelah manusia punye ramai, masing dah jumpa family kat tempat lain2 susah nak jumpe dah.

Tapi kisah disebalik konvokesyen aku ni ade cerita yang memang menyakitkan hati aku, family aku, kakak ipar aku. Menyampah gila! Macam tak paham plak orang ade keluarga mestilah sibuk nak attend konvo aku, ni main order2 plak nak suruh balik cepat. Bodoh ke apa? Ingat boleh balik suka2? Nasib baik bila aku sampai rumah hari tu dia takda bising2, kalau tak memang aku sound direct baik punya aku bagi. Lantaklah ko nak kate aku biadap ke, kurang ajar ke, aku tak pedulik!

Minggu yang kesibukan ini masih belum habis ye. Esok, Jumaat 30/10/2009, hari persaraan mak aku pulak. Jadi satu family kene datang kat majlis tu, preparation macam2 nak kene buat.

*Birthday mak aku 1/11/2009 ni tak dapat nak plan ape2, sebab takde duit langsung. Serious dah kering kontang! Omma, bianhae!

Apple beliau jatuh!

Hahaha..comel jer muka dia masa ni.

Aku baru tengok You're Beautiful episod 3. Paling takleh blah scene apple Jeremy jatuh, pastu Go Mi Nam pulangkan apple dengan gaya menggoda iman si Jeremy. Hahahah..kesian dia terimejin yang bukan2 sebab dia taktau Go Mi Nam tu perempuan.
Aku rasa tgk drama ni pun aku macam da tak betul sikit, bila scene serious muka aku pun ikut serious cam beriya benor tengok. Pastu tiba2 gelak pasal scene lawak...aishhh.

Minggu Sibuk (berbaloi-baloi)

Minggu lepas mula dari 22/10 Khamis sampai laa ke minggu ni, aku memang sangat busy. Sebab ape? Nak ambik jubah la, Lee Min Ho datang KL la **ehemehemperlukeni?mcmkojerorganizer**, aku Konvo la...aaa macam2.
Seriously start dari minggu lepas jugak badan aku sakit2, puas aku lumur badan dengan losyen pati halia, berangin siot!!! Hahahaahah...

Hari Khamis tuh aku gerak dari Batu Pahat ke KL, stay rumah kakak aku kat Cheras sebab esoknya nak pegi ambik jubah kat UiTM. Esoknya Jumaat tuh pagi2 buta (taklah buta sangat) dah keluar rumah, nak kejar komuter punye pasal. Dahla lembab!! Sakit jiwa. Turun PJ sebab nak pegi saing dgn kawan aku terus ke Shah Alam. Sampai UiTM nak carik parking pun susah..nak kene pegi situ la sini la, beratur lagi. Naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga....nasib baik aku tak belajar kat UiTM Shah Alam tu. Kiranya aku bersyukur gila laa belajar kat UiTM Melaka. Selesai ambik jubah kitorang mencapab (cari pablisiti) dengan amik gambar secara poyo beramai2. Lihatlah..
Pastu kitorang pegi lepak kat Hotel Quality Shah Alam...*ehembuatapatuehem*..Apedaaa, bukan buat ape pun, pegi karaoke jer. Ingat nak pegi Greenbox kat JJ, sekali penuh daaaa...
Sila abaikan logo pada cawan dan jug air itu ye. Takde kena mengena langsung..itu air strawberry.
Keluar karaoke kami mencapab pula di sekitar hotel.
Muka je senyum, penatnye ya ampun. Tuhan je yang tau...Sampai rumah dah pukul 12 malam. Hari Sabtu gua rileks satu hari dekat rumah...top-up tido semalamnye..hahahaahha

Hari Ahad plak...**ehemehemlagimautanyekeehemehem** Keluar rumah pun pagi2 buta jugak, nak tengok Lee Min Ho kat Sg.Wang. Nasib baik penantian yang berbaloi-baloi. Ahli-ahli rombongan cik kiah tidak balik dgn tangan kosong ye. Siap dihantar pulang lagi. Terima kasih tuan punya MyVi hijau, Cik Waiem.
Gu Jun Pyo masih menjadi pujaan. Maaf ye Dao Ming Si, kamu hanya spare-part. Hahahah

Hari Isnin duduk rumah jer, buat preparation. Sambil2 on9 dgn guna line internet wireless dari rumah sapa pun aku taktau. Guna laptop zaman bila punya ntah, nasib baik boleh on9 & update blog. Tapi masih takde feeling yang sama on9 kat rumah sendiri kat Batu Pahat. Yelaa laptop skrin kecik, pastu kejap2 stuck. Nak bace blog2 korang pun rase tak best. Serius tak boleh konsentret. Komen pun 'asbol' jer...aishhh

*Uishh..dah kul 6 pagi...bersambung ye...hehehe..

MV Teaser

Bila aku dengar je lagu Love Like This dari SS501 ni, aku memang dah rasa kelainan dalam album baru diorang. Lagipun review album baru dorang ni bersepah2 kat internet. Katenye album kali ni menampakkan dorang 'more Manly'. Haruslah kan...tgk ajerlah imej dorang mcm mane, mekap pun dah lain, rambut pun lain....
Dan2 terus jatuh chenta dgn lagu Love Like This....dan wajiblah aku membayangkan camne agaknye MV lagu ni nanti. (poyo je, macamla aku yg bikin MV dorang..hahaha)

Aku bayangkan:
  • budak2 5 orang ni menari kat dancefloor yg background nye hitam dihiasi lampu2 putih..
  • ade scene dalam kete...
  • (yg lain2 taktau aku nak describe..haha)
Bila aku tengok teaser ni....


...adelaa sikit macam ape yang aku bayangkan...apakah tanda2nya ini????

Lee Min Ho @ Sg.Wang 2

Bertemu kita kembali dalam rancangan Lee Min Ho @ Sg.Wang bahagian 2. Misi kali ni disertai oleh aku, Ruha & Waiem..bertiga je ni weii! Penantian yang berbaloi-baloi..

 Wahahaha! Ada yang komplen tak sabar2 nak tgk, ada yang kata pasal aku upload satu gambar je kat previous entri. Kan aku dah kate aku bz, tapi aku taknak mengecikkan ati korang yang dah memang kecik tuh, aku upload jugak gambar2 ni dgn excitednyer..siap edit ni ha...Tgk puas2 ye..hohoho

Benda ni keluar pun semua orang dah jerit, termasuk lah aku. Hahahaha...

Andwae!!! Hahahaha..layak ke ko nak jadi Jandi dia?? 

Akhirnyaaaaa..beliau pun keluar. Masa ni aku rasa telinga aku macam dah nak tertanggal jer. Aduh..berdesing gila telinga aku weii..

Aaaaaaa, rase cam nak gugur jantung aku tgk dia senyum. Tengok betul2 depan mata kot. Minah kat blkg aku ni tak abis2 cakap 'ensemnye dia, comelnye dia.' Berulang-ulang kali. Yelaa aku taula die ensem!!




Oh, gambar favourite aku. Hahahahah

Cameraman yang pemalu ade di situ..Hihihi

Dapat tengok backside pun jadilaa..Kire okla dapat tengok depan belakang kan..heheh

Dia ni senyum aje sepanjang masa. Takde 1 saat pun muka dia tak senyum. Berapa banyak lipgloss dia pakai agaknyer. Dahla tulang pipi dia tinggi, mau tak lenguh sepanjang masa je senyum. Aduii..tapi memang aku respek kat dia la....

Lee Min Ho @ Sg.Wang 1

Aku tau korang tak sabo nak tengok gambar Lee Min Ho kat Sg.Wang hr tu kan. Hehehehe....

Ni gamba favorite aku, bukan senang nak snap gamba ni wei. Ntah brp kali aku snap dapat plak. Comel!!!!!!

Gambar lain2 tunggu aaaa..aku bz giler ni. Laptop ni plak zaman tok kaduk punye. Paham2 laa ek.

Aku.Drama.Muzik.Filem

Sekarang lebih kurang pukul 5 pagi. Ape aku buat tak tido lagi? Aku memang time gini tak tido, jadi jaga. Kang orang bangun tido, aku baru nak tido. Dah mata ni degil nak wat camne. Agaknye kalau kene urut refleksologi kat kaki aku ni baru boleh tido awal, sebab dibetulkan segala urat2 dalam badan.

Malam tadi dalam kul 10, aku dah habis tengok drama My Fair Lady. Mula2 aku layan sorang2 jer, sekali mak aku masuk bilik, dia pun join sama sekali. Dia pun follow gak drama tuh kalau aku bukak ch303. Mak aku pulak bole tahan excited tengok drama tuh, siap buat air kopi bawak masuk bilik aku lagi. Yang aku bengang tiba2 pulak line slow, jadi masa tengok tu agak sangkut2 sikit, mak aku tetap tak berganjak dari bilik. Hahahaha..boleh tahan.
*aku igt aku sorang je perasan orang gaji Kang Hye Na sorang tu muka cam KimJoon..bau2 bacang agaknye..ahahah
turio-nim..awatnya hang wat muka ghupa itu? terlebih makan tapai ka??

Pagi2 buta ni aku makan tapai..siap ada yang sound aku jangan makan banyak2 kang mabuk, merapu-rapu potpet tak pasal. Tak pernahnye aku makan tapai mabuk, sedap adeler..nak2 tapai pulut..best tuh!

Bila dah tak tido ni, alang2 aku ngadap pc aku download la lagu2 ape yang ade. Tak tahu la dah berapa puluh lagu aku download sekaligus. Download2 jugak, tapi kalau lagu tu berbaloi untuk didengar aku beli la album artis tuh. Macam album baru SS501 REBIRTH tu. Ye! Memang aku dah download whole album, tapi aku TETAP nak beli album ORIGINAL dorang, sebab lagu best2! Serious!

Sekarang ni aku tengah layan lagu2 FT Island plak. Lagu2 dalam mini album dorang JUMP UP. Seriously, lagu2 dalam album ni memang semuanya best. Aku ni susah nak suka lagu2 kalau pertama kali dengar..tapi yang ni terus suka. Aku takde la minat FT Island ni macam SS501, tapi ntah..tiba2 suka. Aku bab2 lagu ni agak cerewet sikit walaupun semua jenis lagu aku dengar. Kalau aku jadi artis agaknye, matilaa komposer nak buat lagu untuk aku. Wakakakaka...
Kesimpulannya, memang tak rugi kalau beli album ni. Mane nak carik ah? Nak kene pegi tower record kah? Sebab biasanya album2 yang aku carik biasa ada kat situ. Tak pun kedai Speedy yang besar2 mcm kat Midvalley tuh.

Aku suka lagu Bad Woman dgn Missing You. Lagu Missing You ni ada kombinasi muzik klasik dari Vivaldi - Four Seasons (Winter) dengan muzik rock/pop. Memang menjadilaa, sedap didengar.

Lepas tu boleh pulak aku layan lagu2 klasik. Lagu2 dari Beethoven - Moonlight Sonata. Eh, ni bukan pasal pengaruh dari drama Beethoven Virus ye..tidak sama sekali. Saje terasa nak dgr. Pastu aku layan Immediate Music jugak...haa ape tu Immediate Music? Sila klik sini. Macam2 jenis aku dengar. Aku suke daripada Trailerhead (boleh search kat youtube ye). Tapi favorite aku ialah Serenata, sila klik sini.

uihh..dah pukul 6pagi??

*Filem terbaru lakonan 'Nama Saya Rain' Ninja Assassin tak lame lagi keluar. Camne la rupa dia jadi ninja agaknyer. Makin tough tu badan dia. Huhuhu..


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan!

Jangan conteng arang kat muka...muka sapa? Muka sapa-sapa laa.

Tapi ni ape dah jadi? Wakakakak..saje. Aku takde kerja nak buat ni, takde idea. Sambil2 tgk video ntahpape kat youtube.

Kim Joon 'The Man'

OMG! OMG! OMG!
Macam tak percaya je aku yang dalam gambar ni Kim Joon. Terserlah kejantanan dia weii. Lain gila muka dia. Yummy!!~ Ahahahaha





Gambar ni untuk Photo Exhibition called 'The Man' for Celebrating 200th edition of Marie Claire Korea. The event was arranged as a part of the global aid program Join Together Society (JTS) to set up a fund to eradicate poverty for Asian Children. Also posing for the photo show were 46 top Korean stars, including Park Yong-ha, So Ji-seop, Lee Min-ho, and Cha Seung-won.
*mana gambar Lee Min Ho? Mana? Mana???

Plus, Kim Joon has been working overtime lately, appearing in various TV variety shows and music programs, and even starring in a musical. His hectic schedule landed him in hospital for throat pain, but he was more than willing to take part in the event and promote the good cause.
*aigoo..ngapain kamu? Tak sudah2 cerita budak2 bunga ni masuk hospital je. Hope you're doin' fine now.

Ada sikit aura jahat pada dia dalam gambar tuh. Tapi smart ah. Selalu orang kata dia ni 'being too nice' punya orang. Jadi nampak sikit kelainan dia. Tapi aku suka! Akekekek

Nota tepek kat dahi: Haaaaa! Lepas tengok gambar ni jangan sebok nak main 'snatch2' ahh.

Nota penting: SS501 Persona Asia Tour @ Malaysia probably in January 2010. Get ready!!!
Related Posts with Thumbnails